Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.bar] | تيبر

Definisi : (tébar); bertebar, bertebaran ber­tabur(an) ke sana ke mari, berhamburan, berserak-serak, terserak-serak: pengikut Wan Derus ~ di merata-rata pulau yg berham­piran; lari bertebaran lari lintang-pukang (tidak tentu arah, tidak keruan); menebari menaburkan sesuatu pd, meng­hamburi; menebar, menebarkan 1. mencampakkan (jala dll) supaya kembang atau terbentang: maka bentara pun lalulah ~ jala di olak putera bersiram itu; 2. menaburkan (benih dll), menghamburkan: orang sudah ramai membuat kerja, ada yg ~ padi dan ada yg mencangkul; 3. menjadikan berserak-serak, menyerak-nyerakkan; 4. ki menjadikan me-luas (merebak), memperluas: apabila terjadi perselisihan antara dua golongan umat, sengaja ditebarkannya perselisihan itu; 5. = mempertebarkan menyiarkan (agama dll) supaya berkembang; memper­tebarkan kecek Id menyiarkan khabar palsu; tertebar telah ditebarkan, terhambur, te­r-sebar, terserak, tersiar, tertabur;tebaran sebaran, siaran, taburan; pertebaran perihal bertebar: pd masa itu ~ penduduk begitu jarang; penebaran perbuatan menebar: corak ekonomi dan ~ sumber-sumber asli; penebar orang yg menebarkan, pengembang, penyiar: Demang Lebar Daun adalah seorang ~ asas demokrasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.bar] | تيبر

Definisi : (tébar); ~ layar bahagian rumah ber-bentuk segi tiga yg menutupi ruang di antara dua kasau jantan yg bersilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.bar] | تيبر

Definisi : /tébar/; bertebar bertabur; ber­serak. bertebaran bertaburan di sana sini; berhamburan; berserak-serak: Batang-batang mancis ~ di atas lantai. menebar membuang supaya bertebar atau supaya kembang: Bagaimana hendak pergi menjala sedangkan ~ jala pun tidak tahu. menebari menaburkan sesuatu pd; menghamburi. menebarkan 1 menaburkan sesuatu supaya berselerak: Ada yg ~ benih padi dan ada pula yg mencangkul. 2 melemparkan sesuatu supaya kembang: Jala yg ditebarkannya itu tersangkut pd kayu. tebaran hasil drpd menebarkan sesuatu; sebaran; taburan. penebaran perihal (perbuatan dsb) menebar atau menebarkan sesuatu. penebar orang yg menebar atau me­ne­barkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tebar


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
cast shadowbayangan tebarbayangan tebarbayang tebarKomunikasi Massa
broad lightcahaya tebarcahaya tebarcahaya tebarKomunikasi Massa
casting timewaktu tebarwaktu menebarwaktu tebarPerikanan
floodlightlampu tebar cahayalampu tebar cahayalampu tebnar cahayaPertanian
dispersetebarTiadaserakFizik
cast shadowbayangan kastbayangan kasbayang tebarTeknologi Maklumat
overstockingtebar lebihpenebaran lebihpenebaran lebihPerikanan
falling gearjala tebarlihat: drop or falling netsperalatan serkapPerikanan
stoking densitypadat tebarkepadatan penebarankepadatan penebaranPerikanan
alluvial apron/bajadatebar aluviumTiadatebaran lanar/bajadaGeologi
12

Kembali ke atas