Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tin.jau] | تينجاو

Definisi : ~ karang sj anjung di perahu (utk melihat-lihat batu karang di laut); bertinjau-tinjauan tinjau-meninjau; meninjau 1. memerhatikan (melihat-lihat) sesuatu dr tempat yg tinggi atau dr jauh: dr tingkat atas bangunan itu ia ~ suasana bandar Kuala Lumpur yg sedang dirayapi malam; dia berdiri di pintu meninjau-ninjau ke keliling halaman dan di kejauhan; 2. datang (berkunjung) utk melihat-lihat (mengamat-amati dll), mengunjungi (utk mengetahui sesuatu), melawat: ahli-ahli Parlimen diseru supaya selalu ~ kawasan mereka; ibunya selalu ~ ke rumahnya; 3. mengawasi, meng-intai, mengintip, menyiasat: pasukan peronda itu ditugaskan ~ gerak-geri penyeludup di sepanjang pantai negeri; 4. memeriksa, mempelajari, meneliti, meng­kaji: memang baik kalau kita ~ balik perkara-perkara yg akan memudahkan penyelesaian masalah itu; jika ditinjau dr sudut sastera dapat kita katakan karyanya bermutu; pegawai polis itu meninjau-ninjau buku hariannya; 5. menyelidiki atau menyiasat (pendapat, fikiran, dll), menduga (hati, perasaan): tujuannya hendak ~ pendapat alim ulama mengenai masalah loteri; duduk meraut ranjau, tegak ~ jarah prb tidak berhenti-henti bekerja dgn teliti; meninjau-ninjau datang atau berkunjung utk mengetahui, mencari, melihat, mengenal pasti dsb sesuatu yg belum pasti kedapatannya: kemudian mereka ~ kampung di sini kalau-kalau boleh ditubuhkan cawangan baru; puas lelaki itu ~ di luar jendela, namun tiada siapa pun yg kelihatan; tinjau-meninjau 1. saling meninjau (lihat-melihat dll); 2. mengamat-amati ke sana ke mari, mengawasi-awasi, berwaspada; tinjauan 1. perbuatan meninjau: sebelum membuat kesimpulan harus dijalankan suatu ~ utk mengetahui pendapat umum; 2. hasil drpd meninjau, pandangan; peninjauan 1. perihal meninjau; 2. tempat yg digunakan utk kerja meninjau; peninjau orang yg meninjau; pesawat ~ Id kapal terbang pengintip. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin.jau] | تينجاو

Definisi : ~ belukar a) sj tumbuhan (pokok renek), ulai-ulai, Greenia corymbosa; b) sj tumbuhan (pokok), cemantung jantan, derumun hitam, jambu arang, medang kelawa (mendung, musang), Elaeocarpus pani­culatus; c) ki menarik dipandang dr jauh tetapi tidak menarik jika dipandang dr dekat (bkn sese-orang): dia ~ belukar sahaja, apa­bila dekat tidaklah secantik manapun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin.jau] | تينجاو

Definisi : ; meninjau 1 memperhatikan sesuatu dr tempat tinggi atau dr jauh: Ia ~ dr tingkap itu. 2 pergi mengunjungi; melawati: Mereka pergi ~ kawasan-kawasan perumahan baru. 3 menyelidik atau menyiasat (pendapat atau fikiran seseorang). 4 mengintai (gerakan musuh); mengintip. tinjauan hasil meninjau; pandangan. peninjauan perbuatan atau hal meninjau. peninjau orang yg meninjau: askar ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinjau
Kata Terbitan : meninjau, tinjauan, peninjau,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
site reconnaissancetinjau tapaktinjau tapaktinjau tapakPertanian
nature traillintas tinjau alamdenai tinjau alamdenai tinjau alamPertanian
reconnaisance soil mappeta tanah tinjaupeta tanah tinjaupeta tanah tinjauPertanian
creel surveysurvei pancingtinjau pancingtinjau pancingPerikanan
KAP surveykaji KAPkaji tinjau KAPkaji tinjau KAPPerubatan
mid term reviewreview tengah waktutinjau semula pertengahan penggalkajian separuh penggalSains Politik
civil service reviewreview pegawai negeritinjau semula perkhidmatan awamsemak semula perkhidmatan awamSains Politik
administrative review commisionkomisi review administrasisuruhanjaya tinjau semula pentadbiransuruhanjaya semak semula pentadbiranSains Politik
oversight and reviewkekeliruan dan review semulakesilapan dan tinjau semulakesilapan dan semak semulaSains Politik

Kembali ke atas