Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. banyak tenaganya (dayanya), tidak lemah, bertenaga, berdaya, tegap: walaupun ia sudah tua badannya masih ~; orangnya muda lagi ~; ubat ~ ubat utk menambah tenaga badan; 2. tidak mudah roboh (rosak, patah, putus, dsb), tahan (tidak rapuh dsb), kukuh, teguh: meja ini ~ buatannya; jahitlah dgn benang yg ~ sedikit; mendapat kedudukan yg ~; 3. tidak mudah kalah (tumpas, tewas, dsb), kukuh: angkatan tentera yg ~; barisan pertahanan yg ~; 4. tidak mudah berubah (hati, pendirian, dsb), tetap berpegang (pd kepercayaan, keimanan, adat, dsb), teguh: mereka masih ~ kpd adat lama; imannya ~; 5. keras (berat, giat, hebat, erat, lantang, kencang, deras, dll): ibunya sedang sakit ~ di kampung; suaranya semakin ~; bekerja ~ bekerja keras (sungguh-sungguh); angin ~ angin kencang; diikatnya ~-~ diikatnya erat­-erat; 6. mampu (boleh) atau sanggup membuat sesuatu: ia tidak ~ menaiki tangga setinggi itu; budak-budak pun ~ berjalan sejauh itu; 7. suka makan (minum dll) banyak-banyak: ~ makan (minum); ~ belajar; ~ berhutang; 8. mempunyai kelebihan atau kecekapan dlm sesuatu pengetahuan: ia ~ dlm ilmu kira-kira; 9. = kekuatan tenaga, daya: ~ tarikan bumi; ~ tekanan udara; ~ gajah terdorong, ~ harimau terlompat-lompat prb perihal orang besar (mulia) ygmembuat kesalahan; ~ ketam kerana sepit, ~ burung kerana sayap, ~ ikan kerana radai prb a) berasa kuat (berkuasa) kerana ada kele­bihan padanya; b) tiap-tiap orang sedikit sebanyak ada kuasanya; sekuat 1. sama kuat dgn (dlm pelbagai erti): Ali tidak ~ abangnya; barisan pertahanan pasukan ini tidak ~ tahun lalu; 2. = sekuat­-kuat seboleh-boleh, sepenuh daya (tenaga): perempuan itu berteriak ~ hatinya; dia bekerja dgn ~ tenaganya; berkuat berkeras hati dan bersungguh-sungguh, bertekun (bekerja, berusaha, dsb), bertahan (menghadapi atau menanggung kesulitan, dll): ibunyalah yg ~ benar menyuruh ia pergi; tiap hari dia ~ utk mencapai cita-citanya; ~ tulang bekerja bersungguh-sungguh; berkuat-kuatan beradu tenaga, berlawan kekuatan: marilah kita ~ mengangkat batu ini, barang siapa tiada terangkat alahlah ia; menguati melakukan dgn kekerasan, ber­tindak keras kpd, memaksa: dikuati sahaja kalau tidak mahu menurut; menguatkan 1. menjadikan kuat (tegap, kukuh, dll): ~ badan; ~ ikatan; ~ pelukan; 2. meneguhkan (kepercayaan, sangkaan, pen­dapat, dll): kata-katanya tadi ~ kepercayaan Aini tentang kejujurannya; ~ hati; ~ iman; ~ semangat; 3. mengeraskan atau meng­hebatkan (bunyi, tekanan, dll): dlm suasana yg riuh-rendah itu ia terpaksa ~ suaranya; memperkuat menjadikan lebih kuat, mem­perkukuh, memperteguh, mempererat: kerajaan telah menerima bantuan utk ~ angkatan bersenjata Malaysia; ~ keazaman utk mengambil peranan dlm pembentukan masyarakat baru; kekuatan 1. tenaga, daya: makanan spt gula dan lemak menambah ~ badan; 2. kekuasa­an, keteguhan, kekukuhan: ~ musuh tidak dapat diduga; ~ batin (hati) kekuatan yg terdapat dlm batin manusia, kekuatan yg bukannya bersifat keduniaan (kebendaan); ~ iman keteguhan iman; penguatan perihal (perbuatan, usaha) me­nguati atau menguatkan; penguat sesuatu yg menguatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; kayu ~ = kuat-kuat sj tumbuhan (pokok), (asam) riang-riang, kayu bangka, keriang, sesudu paya, yang-yang, Archytaea vahlii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bertenaga utk membuat kerja dll; tegap tubuh badannya; gagah: Badannya sihat lagi ~. Mana yg lebih ~, singa atau harimau? 2 hebat (bkn tiupan angin dll); kencang; nyaring (bkn bunyi suara dll); tenat (bkn penyakit dll); teruk: Angin bertiup dgn ~nya. Suaranya semakin ~. Emaknya sakit ~. 3 tidak mudah rosak; tidak mudah putus atau tidak mudah pecah (bkn tali dll): kukuh; teguh; tahan: Baju ini ~ jahitannya. Tali itu ~, sukar utk memutuskannya. 4 ki tidak mudah berubah hati (pendirian dll); teguh (iman dll): Jika imanku tidak ~, sudah pasti aku menurut kemahuan mereka. 5 suka melakukan sesuatu (yg biasanya tidak baik) dgn banyak: ~ makan; ~ minum arak; ~ berjudi. berkuat bersungguh-sungguh; berkeras hati: ~ benar dia hendak melanjutkan pelajarannya ke luar negara. menguatkan 1 membuat sesuatu supaya menjadi kuat (teguh dll): Utk ~ badan, makanlah ubat ini. 2 mengeraskan bunyi (suara dll): Kerana anaknya masih berdegil, dia telah ~ suaranya. memperkuat menjadikan lebih kuat: Dia ~ ikatan pd berkas kayu itu sebelum mengangkatnya. kekuatan 1 tenaga; daya: Umurnya beransur tua dan ~nya pun makin berkurang. 2 keadaan kuat; keteguhan; kekukuhan: Kita hendaknya janganlah mengecil-ngecilkan ~ pihak musuh. penguatan perbuatan atau hal menguatkan. penguat orang atau sesuatu yg menguatkan. sekuat 1 sama kuatnya dgn: Kassim tidak ~ abangnya. 2 = sekuat-kuat dgn sedaya upaya; dgn sepenuh tenaga: Budak itu menjerit ~ hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuat (adjektif)
1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh,
Berantonim dengan lemah

2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan,
Berantonim dengan rapuh

3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar,
Berantonim dengan lemah

4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat,
Berantonim dengan ringan

5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,

6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,

Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan,

Puisi
 

Kuat ribut malam tadi,
     Sapu tangan jatuh ke laman;
Hajat abang datang ke mari,
     Hendak tidur berbantal lengan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kuat burung kerana sayap;
     kuat ikan kerana radai.

Bermaksud :

Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya.

 

Lihat selanjutnya...(54)

232

When Greek meets Greek, then comes the tug of war

Apabila dua lawan yang sama kuat bertembung maka akan tercetuslah persaingan atau pergelutan yang sengit dab berlarutan.

Anjing galak, babi berani

They world surely be a long drawn-out battle since both great powers are equally strong - when Greek meets Greek, then comes the tug of war

Pertempuran itu pasti akan berpanjangan memandangkan kedua-dua buah kuasa besar itu sama kuat - anjing galak, babi berani.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
aloudadv kuat-kuat, dgn kuat: read the story ~, baca cerita itu kuat-kuat; /call, cry/ ~, menjerit, memekik: she cried ~ when the boy kicked her, dia menjerit apabila budak lelaki itu menendangnya; say st ~, menyebut sst; think ~, menyatakan /apa-apa yg difikirkan, fikiran/ sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vigorous3. done with a lot of energy, hearty, kuat-kuat: he gave the boy a ~ push, dia menolak budak itu kuat-kuat; he gave his head a ~ shake, dia menggoyangkan kepalanya kuat-kuat; 4. (of plant) subur: these roses are very ~, pokok-pokok mawar ini sangat subur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tenaciouslyadv 1. firmly, kuat-kuat: a little boy holding ~ to his father’s hand, budak lelaki itu memegang kuat-kuat tangan bapanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tenaciousadv< /i> 1. firmly, kuat-kuat: a little boy holding ~ to his father’s hand, budak lelaki itu memegang kuat-kuat tangan bapanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gob. be less active, tdk bekerja kuat-kuat: he should ~ slow as he is not fully recovered, dia sepatutnya tdk bekerja kuat-kuat oleh sebab dia belum sembuh betul; ~ to it, buat bersungguh-sungguh; be ~ing to, (expressing intention of future action) akan: they’re ~ing to arrest him, mereka akan menangkapnya; I am ~ing to win this time, saya akan menang kali ini; anything ~es, (colloq) apa pun boleh; from the word ~, sejak mula lagi: the project was a failure fromKamus Inggeris-Melayu Dewan
tightadv 1. firmly and securely, kuat(-kuat), erat(-erat): she held the child ~ in her arms, dia mendakap budak itu kuat-kuat dlm pelukannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hold 1 ~ down, a. keep down, memegang kuat-kuat: he had to ~ the dog down while the vet gave it an injection, dia terpaksa memegang anjing itu kuat-kuat apabila doktor menyuntik anjing tersebut; b. keep at a low level, mengawal: the government is trying to ~ prices down, kerajaan sedang mencuba mengawal harga; c. suppress, menindas: a nation cannot be held down forever, sst bangsa tdk boleh ditindas selama-lamanya; d. keep, kekal dgn: as he is unreliable, he can’t ~ down any job, krn dia tdk boleh diharap, dia tdk boleh kekal dgn sst pekerjaan; ~ o’s head down, menundukkan kepala;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hang~ on to, a. hold tightly, memegang kuat-kuat; (so’s arm, rope, branch, etc) berpaut pd: she held onto the book as though she would never let it go, dia memegang buku itu kuat-kuat seolah-olah dia tdk akan melepaskannya; he hung on to the rope in desperation, dia berpaut pd tali itu dlm keadaan terdesak; b. keep, retain, tdk melepaskan: I am ~ing on to those shares although the value has gone down, saya tdk akan melepaskan saham-saham itu walaupun nilainya telah turun; c. find support in, tempat bergantung: I have nothing to ~ on to since my family deserted me, saya tdk ada tempat bergantung semenjak keluarga saya meninggalkan saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
loudadv kuat, lantang: you must speak ~ enough for me to hear you, kamu mesti bercakap kuat supaya saya dapat dengar; ~ and clear, /kuat, lantang/ dan jelas; out ~, kuat-kuat: he laughed out ~ when he read the card, dia ketawa kuat-kuat apabila membaca kad itu; think out ~, tersebut apa yg difikirkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gripvt 1. take hold of, grasp firmly, a. (with hand) menggenggam, memegang kuat, memegang /kuat-kuat, erat-erat/: she ~ped her friend’s hand warmly, dia menggenggam tangan kawannya itu dgn mesra; the policeman ~ped the thief by the collar, mata-mata tersebut memegang kuat kolar baju pencuri itu; he ~ped the rope with both hands, dia memegang kuat tali itu dgn kedua-dua belah tangannya; b. (with or as if with claws) mencengkam: the tiger ~ped the carcass, harimau itu mencengkam bangkai tersebut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas