Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.jar] | اجر

Definisi : ; tunjuk ~ petunjuk supaya diketahui (diikut dll) sbg bimbingan atau panduan utk melaku­kan sesuatu: itulah hasil drpd tunjuk ~ cikgu dahulu; berajar (telah) diajar (dididik) dgn budi bahasa (cara-cara kesopanan dsb), berpen­didikan, beradat: budak-budak itu tidak ~; belajar berusaha utk memperoleh ilmu penge­­tahuan (sesuatu kepandaian dll), menun­tut ilmu pengetahuan dll, menjalani latihan, dsb: ~ bahasa Inggeris; ~ cara-cara ber­niaga; ~ bertukang; mengajar 1. menyampaikan ilmu penge­tahuan (kemahiran dsb) kpd orang lain, men­didik, melatih, memberikan petunjuk-petun­juk kpd: ~ orang menggunakan senjata; 2. membaiki kelakuan dgn memberi nasihat dsb, mendidik: ia ~ anaknya supaya jangan nakal; 3. membuat seseorang melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan penga­laman dsb yg telah diperolehnya: musim ke­ma­rau ini akan ~ kita supaya tidak meng­gunakan air dgn membazir; kesulitan hidup ~ orang lebih berusaha; 4. memarahi (memu­kul seseorang) supaya jera (tidak mela­ku­kan lagi sesuatu); itik diajar berenang = tak usahlah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai prb mengajar orang yg lebih banyak pengalaman; mengajari mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan, kemahiran, dsb), melatih (sese­orang): anak-anak yg masih kecil janganlah diajari bersolek; guru yg ~ murid-murid darjah 5 ilmu alam dan sejarah; mengajarkan mengajar sesuatu (kpd sese­orang dll), memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dsb): siapa ~ hitung­an yg sesulit ini; ia ~ cara-cara me­ngen­dalikan mesin tersebut kpd pekerja-pe­kerja baru; guru yg ~ sesuatu mata pelajar­an; ajaran 1. segala sesuatu yg diajarkan, nasihat, petunjuk: mempercayai keramat adalah bertentangan dgn ~ agama; tidak melupa­kan ~ guru; ~ sesat ajaran yg terpesong drpd akidah atau syariat agama Islam; 2. teori, mazhab: ~ Darwin; ~ Imam Shafie; 3. hu­kuman (pukulan dll) utk menjerakan: sudah beberapa kali ia diberi ~ oleh pemuda-pemuda sekampungnya; pengajaran 1. perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dgn mengajar (spt cara atau sistem mengajar, aspek yg dipentingkan, dll): ~ bahasa Malaysia di sekolah-sekolah masih menghadapi beberapa kesulitan; 2. segala sesuatu (cara, perbuatan, dll) yg diajar­kan, ajaran: diperbuatlah oleh gergasi kedua seperti ~ Pak Pandir; 3. peringatan, pedom­an: pengalaman ini akan menjadi ~ bagi saya; supaya mereka dapat mengambil ~ drpd tanda-tanda kebesaran-Nya; pelajaran 1. segala sesuatu yg dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan (yg diperoleh): mereka diseru supaya menggunakan ~ yg ada pd mereka utk faedah masyarakat; 2. proses (usaha, kegiatan) belajar atau mencari ilmu pengetahuan, pengajian, penuntutan (ilmu pengetahuan): beberapa orang pelajar dr sekolah tersebut akan melanjutkan ~ mereka di luar negeri; 3. yg berkaitan dgn pengajaran ilmu pengetahuan: masalah ~;~ dewasa pelajaran bagi orang dewasa (yg tidak bersekolah sebelumnya); ~ percuma pelajaran yg tidak dikenakan bayaran (kpd pelajar); ~ sekular pelajaran yg berkaitan dgn ilmu pengetahuan keduniaan (tidak berkaitan erat dgn bidang keagamaan atau kerohanian), pendidikan duniawi: perkembangan sistem ~ sekular menyebabkan berlakunya proses sosialisasi; berpelajaran mempunyai pelajaran, ber­pen­­­didikan: ceramah itu bukanlah bagi orang ~ sahaja, tetapi terbuka juga kpd para pe­minat; pembelajaran proses (kegiatan) belajar; pengajar 1. ajaran: tidak mendapat petun­juk dan ~; 2. orang yg mengajar (spt guru, pensyarah, dsb): pd masa ini, sangat keku­rang­an tenaga ~; pelajar orang yg belajar (spt murid sekolah, penuntut di maktab, dsb), orang yg mengaji (menyelidiki ilmu): ~ sekolah menengah; ~ universiti; mempelajari belajar utk mengetahui sesuatu dgn mendalam: kami telah ~ cara-cara pem­beritaan akhbar itu; ~ ilmu sains; terpelajar telah mendapat pelajaran, berpe­lajaran (tinggi), berpendidikan (tinggi); kaum (golongan) ~ orang cerdik pandai; pemelajaran proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg meng­hadiri sekolah aliran Inggeris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.jar] | اجر

Definisi : petunjuk yg diberikan kpd orang supaya diketahui atau diturut: kepalang ~; tunjuk ~. berajar menerima atau mendapat ajar: tidak ~ tidak mendapat ajar. belajar 1 berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan, kepandaian dsb; menuntut ilmu: Sewaktu ~ di London dahulu, ia bekerja di B.B.C. secara sambilan. 2 berlatih supaya pandai atau mahir: ~ berenang; ~ mengaji. mengajar 1 memberi pengetahuan kpd seseorang: Ketika ayahnya pergi kerja, ibunyalah yg ~ dia menulis dan membaca. 2 memberikan nasihat; mendidik: Ibu bapa perlu ~ anak-anak mereka supaya berkelakuan baik. mengajarkan memberikan sesuatu sbg pengetahuan kpd seseorang: Guru perlu ~ bahasa yg baik kpd murid. mempelajari belajar dgn mendalam; menyelidik: Ia sedang ~ ilmu kimia. ajaran 1 pengetahuan (ilmu dll) yg diajarkan: ~ Karl Marx bertentangan dgn ~ agama Islam. 2 hasil drpd mengajar: ~ guru tidak dilupakannya. pelajaran segala sesuatu yg dipelajari atau yg diajarkan: Di samping berjaya dlm lapangan sukan, Ali maju dlm ~nya juga. berpelajaran mempunyai pelajaran: Anaknya ~ tinggi. pembelajaran perihal atau proses belajar: sistem ~ yg berasaskan komputer. pengajaran 1 segala yg berkaitan dgn mengajar atau mengajarkan (spt caranya, sistemnya): ~ sains dan hisab sekarang ini berlainan drpd sebelum perang dahulu. 2 sesuatu yg dpt dijadikan pedoman; peringatan: Peristiwa itu menjadi ~ kpd kita supaya lebih berhati-hati apabila hendak berunding dgn mereka. pemelajaran perihal atau proses mempelajari: ~ bahasa Inggeris diberi perhatian yg serius. pelajar orang yg belajar; penuntut; murid: Para ~ dikehendaki mematuhi peraturan sekolah. terpelajar telah mendapat pelajaran: Sekarang ini, banyak terdapat orang yg ~ tetapi tidak beradab. pengajar orang yg mengajar (spt guru, pensyarah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ajar

Puisi
 

Jahit baju jahit seluar,
     Jangan dijahit kain berbalik;
Kalau hendak sila ajar,
     Kalau tidak hendak saya nak balik.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Telinga bagai telinga rawah.

Bermaksud :

Tidak mengendahkan nasihat atau tegur ajar orang.

 

Lihat selanjutnya...(3)

576

Don't teach your grandmother to suck eggs

Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita

Anak kera hendak diajar memanjat

''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested.

''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Jangan anak kera hendak diajar memanjat. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
ajar2 adj & adv not in harmony, tdk /seiring, seirama, seharmoni/: to be ~ with the times, tdk seiring dgn zamannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ajaradv terenggang, renggang, terbuka sedikit: leave the door ~, biarkan pintu itu terenggang; stand ~, terenggang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ajar1adj slightly open, terenggang, renggang, terbuka sedikit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
loutn (orang yg) /biadab, kurang ajar/: he is a real ~, dia betul-betul kurang ajar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
insolentadj rude, biadab, kurang ajar: he was extremely ~ to the master, dia sangat biadab thdp guru itu; an ~ reply, jawapan yg kurang ajar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
talk~ so., through st, memberikan tunjuk ajar kpd sso ttg sst: after he had ~ed me through the procedures, I felt confident of being able to handle the machine, setelah dia memberikan tunjuk ajar kpd saya ttg prosedur-prosedur itu, saya berasa yKamus Inggeris-Melayu Dewan
snook n; cock a ~ at so., (colloq) menunjuk kurang ajar: being a minister’s son he felt he could cock a ~ at any of the teachers, oleh sebab dia anak menteri, budak itu berasa dia dapat menunjuk kurang ajar thdp mana-mana guru pun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tit for tatn (colloq) balas balik: he was rude to me, so I was rude back. It was ~, dia kurang ajar thdp saya, jadi saya pun berlaku kurang ajar terhadapnya. Itu balas balik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hashmake a ~ of, (colloq), [various translations]: he made a ~ of his life, dia telah menghancurkan hidupnya sendiri; settle so’s ~, (colloq) ajar sso: I’ll soon settle his ~, nanti saya akan ajar dia;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
loutishadj biadab, kurang ajar: ~ behaviour, perangai biadab.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas