Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.pa] | باڤ

Definisi : 1. ayah; ibu ~ orang tua; 2. saudara lakilaki ibu atau bapa: ~ ngah; 3. panggilan kpd orang tua sbg tanda hormat kepadanya; 4. perintis jalan, pelopor: Dato’ Onn dapat dianggap ~ kemerdekaan Malaya; 5. Id orang yg dipandang sbg orang tua (spt guru, ketua kampung, dsb); ~ angkat orang yg tidak ada pertalian darah tetapi dianggap sbg bapa sendiri; ~ ayam a) ayam jantan; b) bapa yg tidak mempedulikan anaknya; c) lelaki yg memperdagangkan pelacur; ~ balar Tr kerbau jantan yg balar; ~ besar datuk; ~ cik a) adik laki-laki bapa atau emak; b) panggilan anak-anak kpd orang laki-laki dewasa; ~ kecil = ~ muda bapa cik; ~ saudara abang atau adik lelaki kpd ibu atau bapa; ~ Suci Paus (di Rom); ~ tiri suami emak (bukan bapa kandung); ~ tunggal lelaki bergelar ayah yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran isteri kerana perceraian, kematian dsb;sebapa mempunyai bapa yg sama (tetapi berlainan emak), seayah; berbapa 1. mempunyai bapa, berayah: sejak kecil lagi dia sudah tidak ~; 2. menganggap seseorang sbg bapa, berayah; 3. menyebut bapa;berbapakan mempunyai seseorang (yg berbangsa, berpekerjaan, bersifat, dsb yg dinyatakan) sbg bapa, berayahkan: ~ seorang Inggeris; ~ seorang polis; ~ seorang yg pembengis;kebapaan sifat sbg bapa, keayahan: dia menunjukkan sifat-sifat ~ yg tulen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.pa] | باڤ

Definisi : 1 orang tua kita yg lelaki; ayah: Sebelum keluar rumah, ia meminta izin ibu dan ~nya. 2 panggilan kpd orang lelaki yg dpt dianggap bapa dr segi usia: ~ hendak ke mana? 3 orang yg mula-mula menubuhkan sesuatu pergerakan serta banyak pula pengikutnya; pelopor: Beliau bolehlah dianggap sbg ~ kemerdekaan Malaysia. ~ saudara saudara lelaki kpd ibu atau kpd bapa sendiri: ~ tiri lelaki yg berkahwin dgn ibu kita sesudah ayah kita meninggal atau sesudah ayah bercerai dgn ibu kita. ~ tunggal lelaki bergelar ayah yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa isterinya kerana perceraian, kematian dsb. berbapa mempunyai bapa: Asyraf tidak ~ sejak kecil lagi. berbapakan mempunyai seseorang sbg bapa; berayahkan: Saufi ~ seorang pejuang bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bapa

Puisi
 

Senggarang Batu Pahat,
     Emak garang bapa jahat;


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Kasih bapa sepanjang jalan,
     kasih anak sepanjang penggalan.

Bermaksud :

Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.

 

Lihat selanjutnya...(30)

177

As is the father so is the son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Bapa borek anaknya tentu rintik

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! As is the father so is the son , indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bapa borek anaknya tentu rintik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(22)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
paternal2. related through o’s father, sebelah /bapa, ayah/: my ~ grandmother, nenek saya sebelah bapa; 3. (derog) having protective but constricting attitude, spt bapa-bapa: the workers did not like the ~ attitude of the employers, pekerja-pekerja itu tdk suka sikap majikan mereka yg spt bapa-bapa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fathern 1. male parent, bapa, ayah; (as term of address) bapa, ayah, abah, papa: a ~ of five children, bapa kpd lima orang anak; a cousin on my father’s side of the family, sepupu sebelah bapa saya; 2. any male acting in that capacity, bapa, ayah: he has always been a ~ to me, dialah yg saya anggap bapa selama ini; adoptive ~, bapa angkat; 3. (usu in pl) forefathers, nenek-moyang, datuk nenek: our ~s planned well for the future of this city, nenek moyang kita telah merancang dgn baik utk masa depan bandar ini; 4. founder, originator, bapa, pengasas: the ~ of modern Johore, bapa Johor moden; 5. priest, paderi; 6. leader of council etc, elder, ketua: city ~, ketua bandar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fatherlyadj 1. of a father, (seorang) /bapa, ayah/: ~ duties, tanggungjawab seorang bapa; ~ advice, nasihat seorang bapa; 2. like a father in affection etc, bersikap spt seorang /bapa, ayah/: he’s very ~ towards her, dia bersikap spt seorang bapa thdp gadis itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
filialadj of, due from__ son, daughter, /thdp, kpd/ ibu bapa: ~ piety, ketaatan thdp ibu bapa; ~ affection, kasih sayang thdp ibu bapa; ~ duty, kewajipan thdp ibu bapa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sire vt menjadi bapa kpd: a man who ~d twelve children, lelaki yg menjadi bapa kpd dua belas orang anak; the stallion has ~d many famous racehorses, kuda jantan itu telah menjadi bapa kpd beberapa ekor kuda lumba yg terkenal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
paternity n bapa; (tech) paterniti: he denied ~ of Pam’s child, dia menafikan dia bapa kpd anak Pam; “You look happy. P~ seems to suit you!”, “Kamu kelihatan gembira. Nampaknya kamu sesuai menjadi bapa!”; a child of unknown ~, anak yg tdk diketahui bapanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
paternaladj 1. a. rel to a father, seorang /bapa, ayah/: ~ affection, kasih sayang seorang ayah; o’s ~ /duty, responsibility, etc/, /tugas, tanggungjawab, dsb/ sbg seorang /bapa, ayah/: he paid great attention to his ~ duties, dia mengambil berat thdp tugasnya sbg seorang bapa; b. like that of a father, spt seorang /bapa, ayah/: he has a ~ attitude towards Tom’s son, dia bersikap spt seorang ayah thdp anak lelaki Tom;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
parental adj ibu bapa: ~ responsibilities, tanggungjawab ibu bapa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fatherhoodn (menjadi) seorang /bapa, ayah/: the responsibilities of ~, tanggungjawab seorang bapa; ~ frightens him, dia berasa gentar utk menjadi seorang ayah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unfatherlyadj tdk spt seorang bapa: an ~ attitude, sikap yg tdk spt sikap seorang bapa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas