Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.sa] | براس

Definisi : 1. mendapat rasa (yg dialami oleh bahagian-bahagian badan): kakinya ~ sengal; seluruh badannya ~ sakit; 2. mempunyai rasa (manis, masam, pahit, dll): kerana banyak sangat garam, masakan itu ~ sangat masin; air ialah suatu cecair yg tidak berwarna, ~, atau berbau; 3. mengalami rasa di dlm hati (batin): orang Melayu lekas ~ tersinggung; ~ suka; ~ takut; 4. = dirasa, dirasai, terasa: rumahku ini tiada ~ rumahku lagi; maka ~ kpd dadanya spt kena panah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.sa] | براس

Definisi : 1 mempunyai atau beroleh rasa (terutama yg dialami oleh badan): Kedua-dua tangannya ~ lenguh. 2 ada rasanya (manis, masin dll). 3 mengalami rasa di dlm hati: ~ takut; ~ ngeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,

Puisi
 

Nasi sejuk dihurung semut,
     Bawa gonggong meniti petang;
Berasa sejuk kutarik selimut,
     Baru kutahu badan seorang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Berjumpa dengan putih,
     terlesi sangat.

Bermaksud :

Tidak berasa puas dengan sesuatu yang telah diperoleh. lesi (lesih) = terlalu putih.

 

Lihat selanjutnya...(7)

144

You'll be damned if you do and damned if you don't

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
sick 2. nauseous, (berasa) /loya, mual/, berasa hendak muntah: the sight made him ~, pemandangan itu membuat dia berasa loya; after eating the cockles she began to feel ~, selepas memakan kerang dia mula berasa hendak muntah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disgustvt membuat [sso] berasa /meluat, menyampah/; (caused by unpleasant sight, smell, etc) berasa jijik: his jokes ~ed her, jenaka lelaki itu membuatnya berasa meluat; I was ~ed by the sight of rotting corpses, saya berasa jijik melihat mayat yg sedang reput itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unblushingadj tdk berasa malu: an ~ liar, pembohong yg tdk berasa malu; she was ~ about her indecent behaviour, dia tdk berasa malu dgn perangainya yg tdk sopan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
resentvt berasa geram thdp: I strongly ~ her remark, saya berasa geram betul thdp tegurannya; they ~ed his interference in their affairs, mereka berasa geram thdp campur tangannya dlm hal mereka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disconcertvt (act.) menyebabkan [sso] berasa kurang senang; (pass.) berasa kurang senang: the guests were ~ed by his rudeness, tetamu berasa kurang senang krn kebiadabannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
feel~ free, a. feel comfortable, berasa selesa: he felt a lot freer after he took his jacket off, dia berasa lebih selesa selepas menanggalkan jaketnya; b. feel lack of control, limitation, berasa bebas: after she left the boarding school, she felt free, selepas meninggalkan sekolah berasrama, dia berasa bebas; c. (imper) jangan /segan-segan, malu-malu/: ~ free to help yourself from the fridge, jangan malu-malu utk mengambil apa saja dr peti ais; ~ like, (colloq) rasa nak: she felt like slapping his face, dia rasa nak tampar muka lelaki itu; ~ o’s way, a. berjalan meraba-raba;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
embarrassedadj 1. abashed, (berasa) malu: he was ~ by his mistakes, dia berasa malu akibat kesalahannya; I always feel ~ when speaking in public, saya selalu berasa malu apabila bercakap di khalayak ramai; 2. in financial difficulties, kesesakan wang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
quail 2~ /at, before/, berasa kecut menghadapi: the child ~ed before his father’s fury, budak itu berasa kecut menghadapi kemarahan bapanya; ~ at the possibility of st, berasa kecut memikirkan kemungkinan sst; ~ at the /thought, prospect/Kamus Inggeris-Melayu Dewan
relaxingadj making one feel at ease, membuat sso berasa /santai, senang, tenang/: ~ music, muzik yg membuat sso berasa tenang; a ~ weekend, rehat di hujung minggu yg membuat kami berasa santai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sicken 2. cause to feel sick, (act.) membuat [sso] berasa /mual, loya/; (pass.) berasa /mual, loya/: the young officer was ~ed by the sight of the mutilated corpses, pegawai muda itu berasa loya melihat mayat yg telah dikerat-kerat itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas