Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.diang] | بردياڠ

Definisi : berada dekat api (unggun api, dapur) utk memanaskan badan: di musim sejuk begini kami tidak banyak keluar tetapi ~ di rumah sahaja; ~ di abu dingin prb pertolongan yg sia-sia (tidak berguna); sambil ~ nasi masak prb sekali membuat sesuatu pekerjaan, dua tiga maksud tercapai (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.diang] | بردياڠ

Definisi : berada dekat api (unggun api, dapur dll) utk memanaskan badan: Kerana kesejukan, mereka ~ di dapur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdiang

Peribahasa

Sambil berdiang,
     nasi masak.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, f. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).

 

Lihat selanjutnya...(8)

Lihat selanjutnya...(1)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
warmvt make warm, memanaskan, menghangatkan; (by a fire) berdiang: a hot drink will help to ~ you, minuman panas dapat membantu memanaskan badan kamu; come over near the fire and ~ yourself, mari berdiang dekat api ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
baskvi; ~ in, a. revel in the (sun) berjemur di bawah: he spent the whole morning ~ing in the sun, sepanjang pagi dia berjemur di bawah sinar matahari; b. enjoy warmth of (fire) berdiang; /b. (fig.) menikmati: he ~ed in his employer’s favour, dia menikmati layanan istimewa majikannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas