Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.léng.gang] | برليڠݢڠ

Definisi : 1. berayun tangan ketika berjalan: tangan kanannya yg memegang senapang itu kelihatan tidak ~; 2. bergerak-gerak turun naik atau ke kiri ke kanan (perahu atau kapal dimainkan gelom­bang dll): ia berpaling memandang api lampu minyak yg melenggang lemah; badannya turut ~-lenggang mengikut goncangan kepalanya; 3. ki berjalan dgn tidak membawa apa-apa beban: mereka pulang dr dusun ~ sahaja kerana tidak ada durian yg gugur; 4. = ~-lenggok = melenggang-lenggok ber­liuk-liuk ke kiri ke kanan (spt orang menari dll): pandangannya berpusat kpd api lampu yg ~- lenggok ditiup angin; ~ perut lenggang perut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.léng.gang] | برليڠݢڠ

Definisi : 1 berjalan dgn tangan berayun ke depan dan ke belakang. 2 bergerak ke kiri dan ke kanan atau turun naik (spt kapal atau perahu dipukul gelombang). 3 berjalan dgn tidak membawa buah tangan atau dgn tidak membawa beban: Dia pergi ke rumah emaknya ~ saja. ~ lenggok berliuk-liuk ke kiri dan ke kanan spt orang menari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlenggang

Puisi
 

Anak dara pandai bergaya,
     Kain sempit berbelah dada;
Jalannya lembut berlenggang sahaja,
     Rajin bersolek malas bekerja.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
swing b. (of arm) berayun; (loosely) berlenggang: he walked with his arms ~ing rhythmically, dia berjalan dgn tangannya berayun mengikut rentak; c. (of leg) berayun-ayun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas