Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 tidak kecil ukurannya; lebih drpd sedang ukurannya: Rumahnya ~ lagi cantik. 2 hampir dewasa; tahu membezakan yg buruk drpd yg baik: Anak-anaknya semua sudah ~. 3 ukuran sesuatu benda: ~ rumahnya lebih kurang dua kali rumah ini. 4 paling tinggi pangkatnya dlm sesuatu jawatan; paling berpengaruh atau berkuasa: guru ~ guru yg menjadi ketua guru-guru di sesebuah sekolah; kerani ~ kerani yg mengetuai semua kerani di sesebuah pejabat; orang ~ orang yg memegang jawatan penting dlm kerajaan, di sesebuah firma dsb. ~ hati a. bangga. b. senang atau girang hati. ~ kepala a. tidak mahu menurut kata orang lain. b. sombong. ~ mulut banyak bercakap. ~ perut a. kuat makan. b. mengandung atau hamil. berbesar; ~ hati berasa besar hati. membesar menjadi besar; bertambah besar: Tiap-tiap benda yg hidup pasti akan ~. membesarkan 1 menyebabkan menjadi besar: Dia sedang ~ rumahnya. 2 menjaga atau memelihara hingga menjadi besar: Kita hendaklah sentiasa menghormati kedua-dua ibu bapa kita yg telah bersusah payah ~ kita. 3 menganggap penting atau tinggi: Jika kita suka ~ diri, kita akan dibenci orang. membesar-besarkan mengatakan yg bukan-bukan hingga berlebih-lebihan: Janganlah kita ~ perkara yg tidak penting itu. memperbesar menjadikan lebih besar drpd yg ada: Kerajaan bercadang hendak ~ pasukan tentera negara kita ini. besar-besaran dgn cara yg besar atau berlebih-lebihan: Majlis perkahwinan itu telah diadakan secara ~. kebesaran 1 keadaan atau sifat besar: ~ Tuhan tidak ada bandingnya. 2 tanda-tanda spt pakaian dll yg menyatakan ketinggian pangkat atau darjat: Baginda duduk bersemayam dgn memakai pakaian ~. 3 hal atau perkara yg dpt dibanggakan atau yg dpt dimegahkan; kemuliaan: ~ kerajaan Melayu Melaka termasyhur ke seluruh dunia. pembesaran hal (cara dsb) membesar atau membesarkan: Beliau telah memberikan perhatian yg lebih terhadap ~ angkatan bersenjata. pembesar 1 orang yg berpangkat tinggi: Semua ~ negeri turut hadir dlm perarakan Maulud Nabi. 2 alat utk membesarkan sesuatu: ~ suara alat utk menguatkan suara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Besar,
     besar gunung dipandang;
kecil,
     kecil hutang disandang.

Bermaksud :

Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang).

 

Lihat selanjutnya...(235)

278

Out of the frying fan and into the fire

Setelah terlepas daripada bahaya, janganlah terjebak pula ke dalam bahaya yang lebih besar.

Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau

She ran way with her two kids from her husband who was an incorrigible drunk to be witah a man whom she trusted. But it seemed that she out of the frying fan and into the fire when she ended up being beaten while her children were kidnapped.

Dia lari meninggalkan suaminya yang kaki botol itu dengan dua anak kecilnya untuk bersama seorang lelaki yang dipercayainya. Dia akhirnya dibelasah, dan anaknya pula diculik. Inilah yang dikatakan, terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(62)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
largishadj agak besar, besar juga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
largishadj agak besar, besar juga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
biggishadj agak besar, besar juga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stately home n (UK) rumah orang besar-besar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nobn (sl) orang /besar-besar, kaya-kaya/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
big7. grown up, besar: you are a ~ boy now, kamu sudah besar sekarang; I am ~ enough to know, saya sudah cukup besar utk mengetahuinya; 8. boastful, besar: she is full of ~ talk, dia banyak bercakap besar; a ~ talker, seorang yg bercakap besar; 9. (usu implying st undesirable) besar: a ~ liar, pembohong besar; a ~ cheat, penipu besar; 10. avid, great, kuat: a ~ eater, orang yg kuat makan; a ~ spender, orang yg kuat berbelanja; 11. (colloq) generous, kindly, baik hati: he is ~ enough to forgive others, dia cukup baik hati utk memaafi orang lain; 12. (colloq) ambitious, besar: ~ ideas, idea-idea besar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
billown 1. large sea wave, gelombang (besar), ombak besar: the huge ~ dashed against the rock, gelombang besar menghempas ke batu; 2. swelling mass, kepulan, gumpalan: ~s of smoke, kepulan-kepulan asap; 3. (poet.) sea, samudera: afloat on the ~s, terapung-apung di samudera;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grand7. ambitious or lofty in conception, treatment, etc, besar: his ~ design was to gain a monopoly of the timber business, rancangan besarnya ialah utk memperoleh monopoli dlm perniagaan kayu; a lot of ~ ideas but no concrete results, banyak gagasan yg besar-besar tetapi tiada hasil yg konkrit; on a ~ scale, secara besar-besaran; 8. (colloq) great, wonderful, [various translations]: they had a ~ time, mereka sangat seronok; we had ~ weather for our holidays, cuaca baik sekali semasa kami bercuti;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bigadj 1. of considerable size, number, amount, etc, besar; (of shoulder) besar; (of chest) bidang, besar: the child is ~ for his age, budak itu besar bagi umurnya; the ~ house opposite the school, rumah besar di hadapan sekolah itu; a ~ field for grazing, padang besar tempat meragut rumput; a ~ fleet of battle ships, angkatan besar kapal perang; a ~ drop in prices, kejatuhan besar harga; elected by a ~ majority, dipilih dgn kelebihan undi yg besar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jumbon 1. a. very large person, (orang yg) /besar agam, besar spt gergasi/; b. very large thing, approp n + /amat, sangat, sungguh/ besar; 2. jumbo jet, jet jumbo.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas