Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bim.bang] | بيمبڠ

Definisi : berasa gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu atau takut sesuatu yg tidak diingini berlaku, khuatir, risau: perasaan ~nya itu akhirnya bertukar menjadi perasaan takut pula; seluruh keluarganya ~ apabila dia tidak pulang-pulang; tak usah ~, gula di dlm mulut, bila hendak telan, telan prb apa yg dikhuatirkan lagi, benda itu sudah dlm milik kita; berbimbang; ~ hati berasa bimbang (khuatir, risau); membimbangkan menimbulkan rasa bimbang (khuatir, risau), mengkhuatirkan, merisaukan: ugutan perempuan itu ~ hatinya; pandangannya itu ~ Hilmi;kebimbangan perihal bimbang (khuatir, risau), kekhuatiran, kerisauan: setelah kejadian itu, dia tetap dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bim.bang] | بيمبڠ

Definisi : 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bimbang

Puisi
 

Apa bunyi berderang-derang,
     Itulah bunyi kulit kerang;
Ingat bimbang zaman sekarang,
     Sedikit yang betul banyak yang kurang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

150

You'll be damned if you do and damned if you don't

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Buat salah, tak buat pun salah, semua jadi serba salah

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana buat salah, tak buat pun salah, semua jadi serba salah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
apprehensiveadj 1. anxiously anticipating, bimbang khuatir; (of look, eyes, face), /menampakkan, menunjukkan/ /kebimbangan, kekhuatiran/: he was very ~ about the results of the test, dia sangat bimbang akan keputusan ujian itu; to be ~ of failure, bimbang akan kegagalan; the ~ faces of the refugees haunted him, wajah orang-orang pelarian yg menampakkan kebimbangan itu menghantuinya; 2. quick to understand, cepat /memahami, menanggap, menangkap/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
concernn 1. anxiety, worry one feels about a situation, (rasa) /bimbang, khuatir/: the growing public ~ about the poor standard of English, rasa bimbang orang ramai yg semakin bertambah ttg kemerosotan standard bahasa Inggeris; there is no cause for ~; it was only a false alarm, kita tdk perlu bimbang; itu hanyalah panggilan kebakaran palsu; to look at so. in ~, memandang sso dgn rasa khuatir; 2. st that worries so., (perkara) yg /membimbangkan, mengkhuatirkan/ sso:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
neuroticadj neurotik; (colloq) terlalu bimbang: ~ depression, kemurungan neurotik; she’s ~ about her appearance, dia terlalu bimbang ttg rupanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
concernedadj 1. worried, bimbang: the parents are ~ for their children’s safety, ibu bapa bimbang ttg keselamatan anak-anak mereka; 2. interested, mementingkan: she was much too ~ with her social commitments, dia terlalu mementingkan komitmen sosialnya; 3. caring, mengambil berat: he was genuinely ~ for our well-being, dia benar-benar mengambil berat ttg kesejahteraan kami; 4. be about, berkenaan: this report is ~ with the use of preservatives in the preparation of processed food, laporan ini adalah berkenaan dgn penggunaan bahan pengawet dlm penyediaan makanan proses; 5. affected, involved, berkenaan: we managed to contact the people ~, kami dapat menghubungi orang-orang yg berkenaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unconcern2. not worried or troubled, tdk /bimbang, risau/: he is ~ about his future prospects, dia tdk bimbang ttg prospek-prospek masa depannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
anxiouslyadv 1. uneasily, dgn /bimbang, risau, cemas, khuatir/: to wait ~ for news, menunggu dgn bimbang utk mendengar berita; 2. eagerly, dgn bersungguh-sungguh: she ~ tried to make everyone feel at home, dia dgn bersungguh-sungguh mencuba membuat semua orang berasa selesa tinggal di situ.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
anxiousadj 1. uneasy, worried, bimbang, risau, cemas, khuatir: he was ~ about the future of the business, dia bimbang ttg masa depan perniagaan itu; 2. distressing, worrying, mencemaskan, membimbangkan, merisaukan: ~ moments, saat-saat yg mencemaskan; 3. earnestly wishing, ingin sekali, berhasrat: she was most ~ to meet his family, dia ingin sekali berjumpa dgn keluarga lelaki itu; they were ~ for the contract to be renewed, mereka ingin sekali kontrak itu diperbaharui.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fearvt 1. be afraid of, takut akan: to ~ snakes, takut akan ular; 2. feel anxiety about, bimbang akan: to ~ the worst, bimbang akan perkara yg buruk; 3. (God) takut kpd: to ~ God, takut kpd Tuhan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
worriedadj risau, bimbang, runsing: she had a ~ look on her face, wajahnya kelihatan risau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
half-afraidadj agak /takut, bimbang, khuatir/: he had done the experiment before but he was ~ it wouldn’t work this time, dia telah membuat uji kaji itu sebelum ini, tetapi dia agak takut uji kaji kali ini tdk akan berjaya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas