Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buk.ti] | بوقتي

Definisi : keterangan yg nyata, tanda kebenaran, dalil: dlm perbicaraan, pihak yg menuduh berkewajiban memberi ~ atau dalil yg menunjukkan pihak yg dituduh telah berbuat salah; surat inilah sbg ~ bahawa ia telah meminjam wang drpd saya; ~ diri Id keterangan tentang kenyataan diri; ~ nyata diri Id kad pengenalan; ~ saksi penyaksian, bukti yg dikemukakan oleh saksi; berbukti mempunyai bukti: kesalahan yg telah ~; berbuktikan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg bukti: pertukaran nama itu dibenarkan dgn ~ dokumen-dokumen sokongan yg sah sahaja;membuktikan 1. menyungguhkan (meyakinkan) dgn bukti: persetujuan antara India dan Pakistan itu sekali lagi ~ bahawa masalah-masalah Asia dapat diselesaikan oleh orang Asia sendiri; 2. menyatakan kebenaran sesuatu dgn bukti: guru menyuruh Ali ~ bahawa bumi ini bulat; 3. memperlihatkan: dlm mesyuarat itu, ia telah ~ kecekapannya berdebat;terbukti ternyata dgn bukti: nyatalah dan ~ bahawa keputusan mahkamah rendah itu salah dr segi undang-undang; pembuktian perihal (perbuatan, usaha, dsb) membuktikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[buk.ti] | بوقتي

Definisi : keterangan yg nyata mengenai sesuatu hal; tanda kebenaran: Kalau kamu memang di pihak yg benar, apa ~nya? ~ diri surat keterangan yg mengesahkan bahawa pembawanya itu memang benar. ~ saksi bukti yg dikemukakan oleh saksi. berbukti mempunyai bukti; ada buktinya. membuktikan 1 menyungguhkan kebenaran sesuatu dgn mengeluarkan bukti: Siapakah antara kamu yg dpt ~ bahawa dunia ini bulat? 2 menjadikan sesuatu diketahui orang; memperlihatkan: Dlm pertempuran itu, beliau telah ~ keberanian dan kecekapannya berperang. terbukti telah nyata kerana ada buktinya: Orang itu telah dihukum penjara kerana kesalahannya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukti

Peribahasa

Kalau bertangkai boleh dijinjingkan.

Bermaksud :

Bukti yang dapat dipakai sebagai punca sesuatu penyelidikan.

 

Lihat selanjutnya...(10)

533

Slow but steady wins the race

Orang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.

Biar lambat laga, asal menang

In the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow but steady wins the race because it was too easy to overlook the vital clues.

Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
strengthen evidence that will ~ our case, bukti-bukti yg menguatkan kes kita; we need to ~ our defence, kita perlu menguatkan lagi pertahanan kita; we wanted to ~ our ties with the Middle East, kami hendak menguatkan hubungan dgn negara-negara Timur Tengah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
damningadj menjahanamkan: the prosecution brought forward ~ evidence, pihak pendakwa mengemukakan bukti-bukti yg menjahanamkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
correlatevt menghubungkaitkan; (math & phys) mengkorelasikan: to ~ the evidence, menghubungkaitkan bukti-bukti itu; psychologists often ~ physical health with emotional well-being, ahli psikologi sering menghubungkaitkan kesihatan fisikal dgn kesejahteraan emosi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mount~ up, meningkat; (of evidence, work) bertambah: the evidence against him is ~ing up, bukti-bukti yg menyabitkannya semakin meningkat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
preponderatevi (fml) predominate, lebih + approp adj:evidence for the accused ~d at the trial, dalam perbicaraan itu, bukti-bukti yg menyebelahi tertuduh adalah lebih ketara; small farms ~ in that part of the country, terdapat lebih banyak ladang kecil di bahagian tersebut negeri itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
strength8. profoundness, vehemence (of feeling, opinion, etc) keteguhan, teguh: he spoke with the ~ of conviction, dia berucap dgn keyakinan yg teguh; 9. credibility, menguatkan: the evidence of this witness will add ~ to our case, bukti-bukti yg dikemukakan oleh saksi ini boleh menguatkan lagi kes kita;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
accumulation4. accumulated mass, a. (of st amassed) terkumpul: an ~ of wealth, kekayaan yg terkumpul; an ~ of knowledge, ilmu pengetahuan yg terkumpul; b. (of st collected) himpunan, terkumpul: an ~ of evidence, bukti-bukti yg terkumpul; an ~ of books, himpunan buku; c. (of st that has collected) terkumpul: the winter’s ~ of snow, salji yg terkumpul pd musim sejuk; an ~ of leaves in the gutter, daun-daun yg terkumpul di dlm talang; d. (of st heaped) timbunan, longgokan; 5. (econ) pengumpulan: ~ of capital, pengumpulan modal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
proofn 1. evidence, bukti: can you produce any ~ of your identity?, dapatkah kamu mengemukakan sebarang bukti pengenalan diri?;the police suspect the janitor but they have no ~, pihak polis mengesyaki penjaga bangunan itu tetapi mereka tdk mempunyai bukti; 2. verification (of claim, accusation, etc) dibuktikan: is your accusation capable of ~?, adakah tuduhan kamu boleh dibuktikan?; put to the ~, teruji: his courage was put to the ~ during the crisis, keberaniannya telah teruji semasa krisis itu; 3. (in printing) trial copy of st printed, pruf: he is checking ~s, dia sedang meneliti pruf; 4. (math) bukti;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
witnessbear ~ to, menjadi bukti: his success bears ~ to his skill, kejayaannya menjadi bukti kpd kemahirannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
testamentn bukti: his success is a ~ to his skill and hard work, kejayaannya ialah bukti kpd kemahiran dan kerja kerasnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910

Kembali ke atas