Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.ru] | بورو

Definisi : ; buru-buru bergegas-gegas, cepat-cepat: seorang doktor ~ dipanggil; berburu mengejar utk menangkap (membunuh) binatang liar: apabila mereka tidak berlauk dan penat bekerja, mereka ~ ke hutan;berburu-buru 1. berkejar-kejar, berkejar beramai-ramai: orang kampung riuh ~ pencuri yg lari itu; 2. bergesa-gesa, bergegas: penumpang ~ naik bas;memburu 1. mengejar atau menyusul utk menangkap sesuatu (orang, binatang, dll): ~ binatang; ~ pencuri; 2. meluru atau bergegas utk mendapatkan sesuatu: ia menanggalkan kasut terus ~ ke dlm; 3. berikhtiar sekuat tenaga utk mencapai sesuatu: aku tidak akan ~ dan berlumba-lumba utk mencapai kedudukan yg tinggi; ~ kekayaan (pangkat, wang) berikhtiar mendapat kekayaan dll; ~ selamat berikhtiar agar selamat; ~ masa (waktu) berikhtiar agar jangan terlambat; 4. = memburu-buru, memburu-burukan menggesakan, mempercepat: tak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi; terburu = keburu Jk 1. (dapat) dikejar: tak akan ~ oleh kau kereta itu; 2. Jk ki melampau sangat (menghendaki sesuatu dll): ~ nafsu (hati); terburu-buru dlm keadaan tergesa-gesa: fikirkan dgn tenang, jangan ~; buruan orang, binatang atau sesuatu yg diburu: agama juga merupakan ~ jiwa yg berterusan; orang ~ orang yg dicari oleh polis (kerana melakukan sesuatu kejahatan); binatang ~ binatang yg diburu; perburuan 1. binatang yg diburu: ~ banyak di hutan ini; 2. perkakas (kelengkapan dll) utk berburu: anjing ~; 3. perihal (perbuatan) berburu: maka Seri Betara pun segeralah menitahkan Raden Aria pergi bertanyakan khabar ~; 4. tempat berburu;pemburuan perihal (perbuatan dsb) memburu;perburu orang yg berburu (binatang): adapun Seri Teri Buana dgn segala laki-laki ~; ~ gajah orang yg berburu gajah;pemburu 1. orang yg memburu; 2. alat (kelengkapan dll) utk berburu; anjing ~ anjing utk memburu; hantu ~ sl hantu yg mempunyai rupa anjing; kapal (kapal terbang) ~ kapal (kapal terbang) yg kecil dan laju utk mengejar kapal (kapal terbang) musuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.ru] | بورو

Definisi : ; berburu mengejar atau mencari binatang di hutan (sbg pekerjaan): Mereka ~ rusa utk mengambil tanduknya. berburu-buru 1 berlari-lari mengejar: Mereka bersorak-sorak sambil ~ bola. 2 = terburu-buru tergesa-gesa hendak cepat: Ia ~ ke stesen kereta api tetapi terlambat juga. memburu 1 mengejar kerana hendak menangkap atau menyusuli sesuatu: Orang ramai dilarang ~ binatang di kawasan ini. 2 berusaha sungguh-sungguh supaya mendapat apa-apa yg dihajati: Di samping ~ kekayaan, janganlah kita lalai mengerjakan ibadat kpd Tuhan. buru-memburu berkejar-kejaran antara satu dgn yg lain; berhambat-hambatan. buruan apa-apa yg diburu: binatang ~ binatang yg diburu; orang ~ orang yg dicari oleh polis kerana melakukan sesuatu kesalahan. perburuan 1 perbuatan atau hal berburu. 2 apa-apa yg digunakan utk berburu: anjing ~. 3 tempat berburu. pemburuan perbuatan atau hal memburu. perburu orang yg kerjanya berburu binatang. pemburu 1 orang yg memburu sesuatu: Seorang ~ telah mati tertembak oleh temannya sendiri. 2 alat yg digunakan utk memburu: kapal ~ kapal yg kecil tetapi amat laju utk mengejar kapal musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buru

Peribahasa

Deras datang dalam kena.

Bermaksud :

Pekerjaan yang terburu-buru itu kelak akan mendatangkan kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(4)

335

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Pukul anjing tengok-tengok tuannya

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
rash 1 adj terburu-buru: he was ~ to invest all his money in such stocks, dia terburu-buru melabur kesemua wangnya dlm saham tersebut; he made a ~ decision, dia membuat keputusan yg terburu-buru; a ~ act, tindakan yg terburu-buru.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hurriedadj (approp v + dgn) /tergesa-gesa, terburu-buru/: ~ work, kerja yg terburu-buru; after a ~ meal, the meeting was continued, selepas terburu-buru makan, mesyuarat itu disambung semula; a few, ~ lines, beberapa baris ayat yg ditulis dgn tergesa-gesa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
impetuousadj 1. liable to act impulsively, gopoh, terburu-buru: children are naturally ~, kanak-kanak selalunya gopoh; 2. done or said rashly, hastily, terburu-buru: he regretted his ~ action, dia menyesali tindakannya yg terburu-buru.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
make~ away, pergi dgn terburu-buru: he made away before I could speak to him, dia pergi dgn terburu-buru sebelum saya sempat bercakap dengannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
huntedadj 1. pursued, kena buru, diburu: the ~ stag, rusa yg kena buru itu; 2. expressing fear, ketakutan: a ~ look, wajah yg ketakutan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
headyadj 1. rash, terburu-buru, tergesa-gesa, tergopoh-gopoh: a ~ reaction, reaksi yg terburu-buru; 2. intoxicating, a. (of alcoholic liquor) memabukkan: a ~ wine, wain yg memabukkan; b. (of smell) memeningkan: a ~ perfume, minyak wangi yg memeningkan; 3. exhilarating, amat /menyeronokkan, menggembirakan/: a ~ victory, kemenangan yg amat menyeronokkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
brashadj (colloq) 1. rash, hasty, gopoh, terburu-buru: his ~ action, tindakannya yg terburu-buru; 2. shamelessly self-assertive, impudent, kasar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
impetuosityn 1. liability to act impulsively, kegopohan, sifat /gopoh, terburu-buru/; 2. (of action) terburu-buru.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
precipitateadj too fast for comfort,cepat, pantas; ( of act, person) terburu-buru: he made a ~ dash to the railway station, dia dgn cepat memecut ke stesen kereta api; don’t act with such ~ haste, jangan bertindak dgn terburu-buru;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frantic2. hurried, tergopoh-gapah, tergopoh-gopoh, terburu-buru: when the fire started, there was a ~ rush for the door, apabila kebakaran itu bermula, orang ramai tergopoh-gapah meluru ke pintu; after a week of ~ negotiations, no agreement had been reached, selepas seminggu berunding dgn terburu-buru, belum ada persetujuan yg dicapai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas