Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.ta] | بوتا

Definisi : 1. tidak dapat melihat: sekelilingnya hitam pekat bagaikan kedua-dua belah matanya benar-benar ~; 2. tidak terang melihat; ~ rabun = ~ radam mata kabur; 3. ki tidak tahu (menulis, membaca, dll), tidak dapat mengenal (warna, huruf): Karim memang ~ bahasa Inggeris; 4. dlm erti tidak ada (mempunyai) sesuatu; gaji (wang) ~ gaji tanpa bekerja; perigi ~ perigi yg tidak berair; surat ~ surat tanpa nama si pengirim; 5. kata utk menyatakan amat sangat; gelap ~ sangat gelap; malam ~ malam yg sangat gelap; pagi-pagi ~ pagi-pagi sangat; sepeser ~ pun tidak ada sesen pun tidak ada; ~ angka tidak pandai atau tidak tahu mengira; ~ ayam a) rabun (kabur mata) waktu senja; b) petang hari (sesudah waktu senja); ~ belalang buta tetapi mata tidak rosak; ~ belengset buta dgn kelopak mata bahagian bawah terkeleweh; ~ bular buta kerana mata berselaput; ~ celik = ~ cemik = ~ cemer buta dgn biji mata yg tidak rosak; ~ hati a) tidak berhati perut, kejam; b) gelap fikiran (tidak berpengetahuan); ~ kayu bp buta huruf; ~ kesip = ~ pecah buta dgn biji mata yg pecah (rosak); ~ komputer tidak tahu atau tidak pandai menggunakan komputer; ~ larangan tidak dapat melihat jauh; ~ malam buta pd malam hari; ~ mereluh buta langsung; ~ perut a) bp tidak menggunakan akal fikiran, tidak berakal (dlm melakukan sesuatu perbuatan); b) ki asal makan saja (tidak peduli rasa makanan); ~ rengga Kl bermacam-macam jenis buta; ~ siang buta pd siang hari; (mem)buta tuli tidak peduli, tidak mengendahkan sesuatu apa; ~ warna tidak dapat membezakan warna, tidak tahu warna apa sesuatu warna itu; bagai si ~ pergi bergajah prb pekerjaan yg sia-sia (tidak mungkin dapat dilakukan); bongkok baru betul, ~ baru celik prb orang yg hina dan papa kalau mendapat kesenangan maka mengada-ngada; orang ~ dapat tongkat, dipukulkan ~ tuli = spt si ~ baru melihat prb sombong kerana baru beroleh kekayaan (kemuliaan); orang ~ diberi bersuluh prb perbuatan yg sia-sia; spt orang ~ kehilangan tongkat prb berada dlm kesukaran; si ~ membilang bintang di langit prb membuat pekerjaan yg sia-sia; yg ~ peniup lesung prb walau bagaimanapun bodoh dan lemahnya orang, ada juga gunanya; membuta 1. berpura-pura buta; 2. bk tidur: saya sudah ~ waktu dia pulang malam tadi; 3. = ~ tuli = buta-butaan tidak mengendahkan sesuatu apa (berbuat sekehendak hati); membutakan membuat buta, mengakibatkan buta: perompak itu ~ kedua-dua belah mata mangsanya; kau pula hendak ~ hati aku; kebutaan perihal buta, keadaan buta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buta

Peribahasa

Buta baru celik (= melihat).

Bermaksud :

Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bungkuk [bongkok] baru betul).

 

Lihat selanjutnya...(25)

336

Love is blind

Cinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi.

Cinta itu buta

She did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless man

Dia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi. Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
blindadj 1. sightless, buta: he is ~ in one eye, matanya buta sebelah; 2. for sightless persons, orang buta; a ~ school, sekolah orang buta; 3. unable, unwilling to understand or judge, tdk nampak: to be ~ to the dangers of the situation, tdk nampak bahaya keadaan itu; she seems ~ to the drawbacks of the plan, dia seolah-olah tdk nampak kekurangan rancangan itu; 4. not based on reason, evidence or knowledge, secara /membabi buta, membuta tuli/: ~ obedience, kepatuhan secara membabi buta;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blindnessn kebutaan, buta: partial ~, buta separa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stone 2. (fig.) hardness, insensibility, batu, buta: the man must have a heart of ~, lelaki itu tentunya berhati batu or buta hati; made of ~, berhati batu, buta hati: I’m not made of ~, I do have feelings, saya bukan buta hati, saya mempunyai perasaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blindlyadv 1. in a blind manner, spt orang buta: he groped ~ in the dark, dia meraba-raba spt orang buta dlm kegelapan; 2. without reason, foresight, secara /membabi buta, membuta tuli/: to follow so. ~, mengikut sso secara membabi buta.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blind9. completely lacking awareness, [not translated]: a ~ stupor, keadaan terlengar; 10. (of window, door, etc) buta: a ~ window, tingkap buta; 11. made without having seen objects, buta: ~ purchase, pembelian buta; 12. (cookery) baked without the filling, kosong;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
philistineadj & n buta seni: he condemned the ~ attitude of the public, dia mengecam sifat buta seni masyarakat itu; the other students regarded him as a football-playing ~, and were astounded when he appeared on the concert platform, penuntut-penuntut lain menganggapnya pemain bola sepak yg buta seni, dan mereka begitu terkejut apabila dia muncul di atas pentas pertunjukan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sightless adj blind, buta: he has been ~ since birth, dia telah buta sejak lahir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sinecure n approp n + yg bergaji buta: the post of Warden of the Cinque Ports is a ~, jawatan warden Pelabuhan Cinque ialah jawatan yg bergaji buta;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unearthly4. (colloq) unreasonable, approp n + buta: they set off at an ~ hour in the morning, mereka bertolak ketika pagi-pagi buta lagi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
purblindadj (liter.) lacking perception obtuse, buta hati: only a ~ man would fall for such a beautiful but selfish woman, hanya lelaki yg buta hati yg akan jatuh cinta pd wanita yg begitu cantik tetapi terlalu mementingkan diri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas