Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tarik; 2. keluar (pergi, lari) dr sesuatu tempat: anak abang itu jangan abang ~ dr sekolah supaya ada pelajarannya sedikit; ~ lari lari meninggalkan sesuatu tempat dgn segera; bercabut (telah) dicabut, terbantun, terhunus; mencabut 1. menarik (sesuatu) supaya terlepas (keluar, tertanggal) drpd sesuatu: ~ rumput; ~ ubi kayu; ~ keris; ~ pistol; ~ bulu ayam; ~ uban; ~ gigi; ~ paku; ~ nyawa ki mengambil nyawa orang, mematikan; 2. mengambil drpd kumpulan atau tompokan (daun terup dsb), menarik (undian dll): ~ daun; ~ nombor bertuah mengambil satu nombor drpd kumpulan utk menentukan yg bertuah memenangi sesuatu hadiah; ~ undi memilih dgn mengundi; ~ undian (loteri) a) menarik undian (loteri); b) menang loteri; ~ untung mendapat (menarik, memperoleh) keuntungan; 3. menarik kembali (apa yg telah diberikan, dikatakan, dikeluarkan, dll): ia tidak mahu ~ usulnya itu; 4. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan, meniadakan: sesuatu revolusi harus ditujukan utk membongkar dan ~ keburukan dgn akar umbinya sekali; 5. memetik, mengutip (drpd karangan dsb): puisi ini dicabut drpd majalah tersebut; mencabuti mencabut berkali-kali, mencabut banyak-banyak (sekali gus); mencabutkan mencabut (sesuatu) utk orang lain, menarikkan: Abu ~ kami beberapa perdu ubi keledek utk dibawa pulang; tercabut 1. sudah dicabut; 2. dapat (boleh) dicabut: keris itu tidak ~ drpd sarungnya; cabutan 1. apa yg (sudah) dicabut, diambil dr sesuatu; ~ bertuah undian yg dibuat dgn mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yg menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (drpd karangan dsb); pencabutan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) mencabut, penarikan (kembali), pemba­talan, penghapusan; pencabut orang yg (alat utk) mencabut; ~ paku alat utk mencabut paku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cabut I

Puisi
 

Tek kerencing orang semandi,
     Cabut ekor tinggal kepala;
Tak sabit barang ke mari,
     Sesal juga dalam kepala.


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
tailturn ~, cabut lari: <i>his attackers turned ~ when they heard the police siren,i> penyerang-penyerangnya cabut lari apabila mendengar siren polis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
streak ~ off, cabut lari: <i> the boys ~ed off as fast as their legs could carry them,i> budak-budak itu cabut lari secepat yg terdaya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scarper<i>vii> (UK), <i>(sl)i> cabut:<i> when the policeman appeared, the pickpocket ~ed,i> apabila polis muncul, penyeluk saku itu pun cabut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
skedaddle<i> vi run off hastily, (colloq)i> cabut lari: <i> as soon as they saw the farmer, the boys ~d,i> sebaik saja mereka ternampak petani itu, mereka cabut lari.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
light 2 ~ out, (US), <i>(colloq)i> cabut lari: <i>the frightened deer lit out for the woods,i> rusa yg ketakutan itu cabut lari ke hutan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
light 2 ~ out, (US), <i>(colloq)i> cabut lari: <i>the frightened deer lit out for the woods,i> rusa yg ketakutan itu cabut lari ke hutan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sprint ~ /off, away/, cabut (lari): <i> on seeing the security guard they jumped down from the window and ~ed off,i> apabila ternampak pengawal keselamatan itu mereka melompat turun dr tingkap dan cabut lari.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
start c. <i> move away quickly,i> cabut lari: <i> the monkeys ~ed off as soon as the farmer put his gun to his shoulder,i> monyet-monyet itu cabut lari sebaik saja petani itu mengacukan senapangnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bolt3<i>vii> 1. <i>run away,i> cabut lari: <i>the thief ~ed when he saw the policeman,i> pencuri itu cabut lari apabila dia nampak polis; 2. <i>(of horses )i> lari dgn liar: <i>the frightened horse suddenly ~ed,i> kuda yg ketakutan itu tiba-tiba lari dgn liar; 3. <i>dash,i> meluru lari: <i>she panicked and ~ed into the room,i> dia panik lalu meluru lari ke dlm bilik itu; 4. <i>move or spring suddenly,i> membingkas: <i>he ~ed from the chair on hearing the scream,i> dia membingkas dr kerusinya apabila mendengar jeritan; 5. <i>(of plants)i> tumbuh terlalu cepat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
skip 1 ~ /off, out /, <i> (colloq)i> cabut: <i> each time there’s a job to be done he ~s off with his friend,i> setiap kali dia diberi kerja, dia cabut bersama kawan-kawannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas