Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ba] | چوبا

Definisi : 1. haraplah, hendaklah, silalah, sudilah (sbg mengajak atau menyuruh secara halus): ~ kaufikir sedikit buruk baiknya perbuatan kau itu; ~ marah budak-budak itu; 2. sr kata utk menyatakan marah (kesal dll): ~, apa yg telah kauperbuat! 3. = ~ kalau sekira­nya, seandainya: ~ kalau abangnya ada di situ, tentu saja bergaduh tadi; cuba-cuba hanya menguji-uji saja (utk me­ngetahui dll): percaya dgn tiada ~; mencuba 1. berusaha utk membuat (mem­peroleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan ~ mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu; ia akan ~ melawan perasaannya sendiri utk kepentingan kasih dan anak; 2. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (sedap tidak­nya, baik buruknya, dll): kalau hendak tahu lama barunya mesin ini, cubalah hidupkan enjinnya; elok dicubalah rokok orang pekan ini; sebelum dibeli, dicubanya dahulu baju itu; 3. = mencubai menguji sesuatu (ke­bolehan, nasib, kesetiaan, dll): merantau ke negeri orang hendak ~ untungnya; disuruh baginda ~ kuat dgn Badang; mencubakan 1. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (baik buruknya, sesuai tidak­nya, dll), mencuba: silakanlah kita menyabung barang seketimpung kerana ayam beta ini baru hendak dicubakan; 2. menguji (memeriksa) sesuatu dgn menggunakannya: elok kita cubakan pertanyaan itu kepadanya dlm perbincangan itu nanti; cubaan 1. sesuatu yg dialami (dilakukan) utk mencuba (menguji), ujian, dugaan: kejujuran manusia kelihatan sebelum ia ditimpa ~; 2. usaha (utk mencapai sesuatu): pd kurun ke-20 telah ada ~ utk memahami Islam; percubaan 1. usaha utk melakukan (men­jayakan, menghasilkan, mencapai) sesuatu: dlm ~nya menggulingkan kerajaan itu, ia sedar akan kelemahan-kelemahannya; 2. usaha (perbuatan dsb) yg belum pernah dilaku­kan sebelumnya, eksperimen: ~ menanam padi malinja telah mendatangkan hasil yg amat menggalakkan; Ramli Isin juga merupakan pengkritik yg memberi perhatian kpd karya-karya yg bersifat ~; 3. penyelidikan dan usaha utk mengetahui (memastikan, mendapatkan) sesuatu: beberapa ~ sains sudah pun dibuat di bilik makmal yg baru ini; kebun ~; 4. usaha atau perbuatan utk mencuba sesuatu (utk mengetahui atau menentukan kekuatannya, kelemahannya, dll), ujian: ~ bom nuklear di bawah tanah pun tetap membahayakan manusia juga akhirnya; sebelum memegang jawatan itu, ia mesti menempuh ~ selama enam bulan; pencubaan perihal (usaha dsb) mencuba (kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ba] | چوبا

Definisi : 1 kata yg dituturkan utk mengajak atau utk menyuruh secara halus; silalah; haraplah: ~ saudara fikirkan perkara ini dalam-dalam sebelum bertindak. 2 = ~ kata sekiranya; seandainya: ~ tidak ada orang di situ tadi, mati engkau dikerja­kannya. cuba-cuba sbg ujian saja; menguji-uji saja: Hanya ~, barangkali dpt sembuh penyakitnya. bercuba dpt atau sudah dicuba (ttg kekuatan, ketahanan dsb sesuatu). mencuba 1 melakukan sesuatu utk mengetahui keadaannya (spt buruk baiknya dll): Sebelum membelinya, ia telah ~ kereta itu. 2 memakai (baju dll) utk mengetahui sama ada padan atau tidak: ~ baju; ~ sepatu. 3 berusaha utk mencapai sesuatu maksud dll: Mereka ~ melarikan diri tetapi gagal. 4 mengecap sesuatu utk mengetahui rasanya; merasa: Aku disuruh ~ masakannya. 5 menguji (kepandaian dll): Pihak majikan telah lebih dahulu ~ tiap-tiap pemohon sebelum diterima bekerja. mencubakan menggunakan sesuatu utk menguji: Ubat ini sudah dicubakan kpd beribu-ribu orang. cubaan sesuatu yg dilakukan (dialami) utk mecuba; ujian; dugaan: Sabarlah menerima ~ Tuhan. percubaan 1 usaha utk mencuba atau menguji sesuatu: ~ menanam padi Malinja sangat berjaya. Pelajar-pelajar telah mengadakan ~ sains di bilik makmal. 2 belum ditetapkan lagi (ttg seseorang pekerja dlm jawatannya) kerana belum lulus peperiksaan dsb: Si anu itu sudah tiga tahun bekerja, tetapi masih dlm ~. pencubaan perbuatan (hal, cara dll) mencuba atau mencuba­kan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuba

Puisi
 

Cuba-cuba menanam sirih,
     Takut nak ada tumbuh sulurnya;
Cuba-cuba merebut kasih,
     Takut nak ada unjuk hulurnya.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Gamak-gamak seperti menyambal.

Bermaksud :

Hanya dengan cuba-cuba atau kira-kira saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)

194

To fish in troubled waters

Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri.

Menahan lukah di pergentingan

The two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict.

Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menahan lukah dipergentingan dengan menjual senjata kepada Negara terbabit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(38)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
trial~ and error, cuba-cuba: he used a ~ and error method to work out the problem, dia menggunakan kaedah cuba-cuba utk menyelesaikan masalah itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
faintf. (of breeze) sepoi-sepoi bahasa; g. (of smile) serong-serong bahasa, sumbing; 2. lacking conviction, tdk bersungguh-sungguh: ~ praise, pujian yg tdk bersungguh-sungguh; a ~ attempt (at a smile etc) cuba-cuba (senyum dll); 3. weak and dizzy, berasa hendak pitam: to be ~ with hunger, berasa hendak pitam krn lapar; 4. (of body function, strength, etc) feeble, lemah: his breathing grew ~er, pernafasannya semakin lemah; 5. weak, slight, sedikit: a ~ resemblance between the two men, terdapat sedikit persamaan antara dua lelaki itu; there is still a ~ hope of finding them, masih ada sedikit harapan utk menjumpai mereka; they put up only a ~ show of resistence, mereka hanya menunjukkan sedikit tentangan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Cuban Cuba.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dabblern (orang yg) mencuba-cuba /menceburkan, melibatkan/ diri: a ~ in art, seorang yg mencuba-cuba menceburkan diri dlm bidang seni lukis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
try~ at; ~ o’s hand at, mencuba-cuba: I tried my hand at painting, saya mencuba-cuba melukis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
whirlgive it a ~, (colloq) cuba: let’s give it a ~. It might succeed, mari kita cuba. Entah-entah berjaya; in a ~, (dlm) kebingungan: the unexpected news put her thoughts in a ~, berita yg mengejut itu menyebabkan dia kebingungan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
smack have a ~ at, (colloq), (men)cuba: he wants to have a ~ at fixing the radio, dia mahu cuba membaiki radio itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
try-onn (colloq) attempt at deceit, cuba mengenakan seseorang: this letter is a ~, surat ini cuba mengenakan seseorang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
try3. investigate the state, capability or potential of, cuba pergi ke: we tried two or three restaurants, but they were packed, kami cuba pergi ke dua tiga restoran tetapi semuanya penuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stab a ~ in the back, tikaman dr belakang; /have, make, take/ a ~ at, (colloq) cuba: let me have a ~ at opening it, biar saya cuba membukanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas