Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.hu.lu] | دهولو

Definisi : 1. yg telah lepas (berlalu), yg telah lam­pau, yg lalu: beberapa hari ~; tiga tahun ~; zaman ~ (pd) zaman atau jangka masa yg sudah lama berlalu; 2. pd masa (waktu) yg telah lalu (lepas), sebelum ini, sebelumnya: ~ dia berkhidmat dgn kerajaan tetapi sekarang dia bekerja di sebuah bank; ~ masih kecil, sekarang sudah besar panjang; 3. pertama sekali atau sebelum melakukan (meneruskan) sesuatu, sementara menunggukan sesuatu atau sesuatu ketika: kita kemaskan barang-barang ini ~, kemudian baru kita pergi; berehatlah ~, sekejap lagi dia pulang; 4. lebih awal (drpd sesuatu), sebelum; ~ drpd itu sebelum itu; kelmarin ~ hari sebelum kelmarin, dua hari yg lalu; 5. (yg) paling depan, di hadapan sekali: dia berjalan ~, kami semua mengikut di belakang; 6. paling awal, pertama sekali (lebih awal drpd yg lain): dia yg sampai ~, dan seminit kemudian baru pelumba yg kedua pula sampai; berdahuluan, berdahulu-dahuluan, da­hulu-­mendahului berkejar atau ber­lumba hendak sampai (dapat dll) dahulu: kedua-dua budak itu ~ ke ribanya;mendahului 1. membuat (melakukan dsb) lebih awal atau dahulu drpd (lawan, saingan, dsb): Rusia telah ~ Amerika melancarkan roket ke bulan; 2. melakukan (sesuatu) lebih awal drpd segala sesuatu yg lain, memulai: ~ ucapan dgn mengalu-alukan kedatangan tetamu khas;mendahulukan 1. membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: perintah Allah harus di­dahulukan drpd kerja sendiri; 2. mem­berikan keutamaan (layanan terawal dsb) kpd: orang-orang muda hendaklah ~ orang-orang tua; terdahulu 1. yg lebih dahulu atau lebih awal, yg mula-mula, yg sudah ada (bergiat dsb) sebelum golongan dsb yg sekarang ini: sete­ngah-setengah penulis sekarang merendah-rendahkan karya penulis yg ~; 2. sebelum (yg lain), lebih awal drpd yg lain: siapa yg datang ~ mendapat tempat di hadapan;kedahuluan 1. perihal terdahulu; 2. Jk di­dahului, terlambat, terlewat;keterdahuluan perihal terdahulu: ~ Allah atas alam; pendahuluan 1. permulaan; kata ~ kete­rangan ringkas tentang tema atau isi buku pd permulaan buku oleh pengarangnya; 2. = bayaran ~ bayaran (yg merupakan sebahagian drpd harga sesuatu) yg dibuat terlebih dahulu (sebelum selesainya urusan jual beli), bayaran muka;pendahulu 1. orang dll yg mendahului; 2. yg terdahulu: yg memperbezakan sistem antarabangsa sezaman drpd sistem-sistem ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.hu.lu] | دهولو

Definisi : 1 masa yg telah lalu: ~, orang tidak menggunakan elektrik. 2 mula-mula dilakukan atau dibuat: Berfikirlah ~ sebelum menjawab. 3 di hadapan: Abangnya berjalan ~, kemudian adiknya. mendahului 1 mencapai sesuatu matlamat lebih awal: Dlm perlumbaan itu, Ahmad telah ~ Ibrahim. 2 berada di hadapan: Ketika berjalan-jalan di pesta itu, Ana ~ kedua-dua ibu bapanya. mendahulukan 1 membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: Ia ~ kerja-kerja pejabat drpd kerja-kerja rumah. 2 memberi keutamaan kpd: Mereka telah ~ orang-orang susah dlm menyampaikan derma itu. terdahulu lebih awal: Dia pergi ke sekolah ~ drpd saya. pendahuluan permulaan: bayaran ~ bayaran yg awal sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahulu

Puisi
 

Dari dahulu cermin cina,
     Sampai sekarang patah kakinya;
Dari dahulu tuan punya,
     Sampai sekarang lain gantinya.


Lihat selanjutnya...(109)
Peribahasa

68

Never buy a pig in a poke

Jangan membeli sesuatu tanpa melihatnya atau memeriksanya terlebih dahulu.

Membeli kucing dalam karung

"Remember the saying, never buy a pig in a pok. You should have at least looked at the thing first before buying. I don't want you to be cheated," advised Mamat to his brother before he went off to buy a bundle of old shirts to be sold later at the nig

"Ingatlah peribahasa, membeli kucing dalam karung. Kamu sekurang-kurangnya kena melihat barang itu dahulu sebelum membeli.Abang tak mahu awak ditipu,"nasihat Mamat kepada adiknya sebelum dia pergi membeli sekarung baju terpakai untuk dijual di pasar malam.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(20)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
oldthe good ~ /days, times /, masa dahulu yg menggembirakan; in the good ~ days, dahulu, dulu; in the ~ days, dahulu: in the ~ days things were a lot cheaper, dahulu barang-barang jauh lebih murah; of ~, a. (liter.) that, who existed a long time ago, zaman dahulu: knights of ~, satria zaman dahulu; b. (rare) for a long time, sudah lama, sejak dahulu lagi:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
formeradj 1. olden, dahulu, dulu, silam: the costumes of ~ days, pakaian masa dahulu; in ~ times, pd zaman dahulu; 2. of the past, dahulu, dulu: he will never regain his ~ power, dia tdk mungkin mendapat kembali kuasanya yg dahulu; be o’s ~ self, spt diri sso /dahulu, dulu/: she is certainly not her ~ self, dia tdk spt dirinya dahulu; 3. having been at a previous time, bekas: he is a ~ pupil of mine, dia bekas murid saya; his ~ wife, bekas isterinya; 4. first mentioned of two, pertama, awal: in the ~ case, dlm hal pertama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
agoadv yg /lalu, lepas/, dahulu; (ref to a longer period) dahulu, yg /lampau, lalu/: a few minutes ~, beberapa minit yg lalu; some weeks ~, beberapa minggu yg lalu; about seven or eight years ~, kira-kira tujuh atau lapan tahun yg lampau; /a moment, a short while/ ~, sebentar tadi; long ~, a. long since, pd suatu masa /yg lampau, dahulu/: it happened long ~, peristiwa itu berlaku pd suatu masa yg lampau; b. in bygone days, pd zaman dahulu, dahulu kala; not long ~, tdk berapa lama dahulu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
timein olden ~s, pd zaman /dahulu, kuno, purba/, dahulu kala; 7. fixed moment for event, masa, waktu: it’s nearly dinner ~, sudah hampir masa makan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
premeditationndirancang terlebih dahulu: the crime showed every sign of ~, jenayah itu menunjukkan tanda-tanda dirancang terlebih dahulu; do st with ~, membuat sst dgn merancang terlebih dahulu: he was accused of murdering his wife with ~, dia dituduh membunuh isterinya dgn merancang terlebih dahulu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beforehandadv 1. in anticipation, (ter)lebih dahulu: you ought to have told me all this ~, sepatutnya saudara sudah memberitahu saya semua ini terlebih dahulu; please let us know your plans ~, harap beritahu kami rancangan tuan lebih dahulu; 2. (in reference to payment) dahulu: they paid him ~, mereka membayar gaji kepadanya dahulu; be ~ with (st), awal + approp v (sst): she is always ~ with the rent, dia selalu awal membayar sewa; 3. early, awal: to come an hour ~, datang satu jam awal; it’s a good thing to be ~ with your packing, baiklah berkemas-kemas awal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unprecedentedadj tdk pernah berlaku dahulu: unemployment reached ~ levels, pengangguran mencapai tingkat yg tdk pernah berlaku dahulu; ~ floods that inundated a large part of the country, banjir yg tdk pernah berlaku dahulu yg menenggelamkan sebahagian besar negeri itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beforeadv 1. in the past, previously, dahulu, dulu: he’s now a businessman, but I don’t know what he was ~, sekarang dia ahli perniagaan tetapi saya tdk tahu apa pekerjaannya dahulu; that incident happened long ~, kejadian itu berlaku lama dahulu; 2. in advance, (ter)lebih dahulu: he wasn’t surprised at the news because he’d been told about it ~, dia tdk terperanjat mendengar berita itu krn dia sudah diberitahu tentangnya lebih dahulu; 3. earlier (than the time spoken of or referred to) sebelum itu:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
predeterminedadj prearranged, ditentukan terlebih dahulu: the goods must sell within the ~ cost, barangan itu mesti dijual mengikut kadar kos yg ditentukan terlebih dahulu; they met at a ~ time and place, mereka bertemu di tempat dan pd masa yg ditentukan terlebih dahulu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
premeditatevt (usu pass.) merancang terlebih dahulu: the killing was proved to be ~d, pembunuhan itu telah dibuktikan sbg sesuatu yg dirancang terlebih dahulu; everything he said had been carefully ~d, semua yg dikatakannya telah dirancang terlebih dahulu dgn cermat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas