Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.pan] | دڤن

Definisi : hadapan, muka: dr rumah ketua kampung ternampak api pelita minyak tanah di ruang ~; minggu (bulan dll) ~ minggu (bulan dll) yg akan datang; di depan di hadapan, di muka: ~ markas besar itu terletak sebuah jip yg sudah tua; ke depan 1. ke hadapan, ke muka, mara; 2. selanjutnya, seterusnya, hingga pd; terkedepan berada (jauh) di depan atau di hadapan (dlm proses kemajuan dsb), sudah maju: utk diterima umum, seseorang itu tidak harus terkebelakang atau ~ drpd tamadun yg sedang didudukinya; seseorang mesti belajar banyak teknik pengadilan termasuk kecekapan mata drpd pengadil-pengadil yg ~; depan-depan secara berhadapan (langsung), secara bertentang mata (bersemuka): kalau tidak boleh bercakap secara ~ dgn pa­sang­an, telefonlah sahaja; kalau ingin me­negurnya, tegurlah ~ secara baik; berdepan bertemu (bersua) muka, ber­hadapan: perasaanku senang sekali apabila ~ dgn anak-anak itu; berdepan-depan berhadap-hadapan, ber­semuka; mendepan menghadap (menghala, meng­arah) ke: ibunya tidak berbaju, hanya ber­kemban gantung sahaja dan separuh dada­nya terbuka ~ angin; mendepani 1. berada di depan sesuatu: tinggallah Masniah keseorangan yg sedang ~ Mat Deli dgn degup jantungnya yg kencang; 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului: Adi dirasakan begitu besar ~nya dlm setiap bidang; mengedepankan mengutarakan, menge­mukakan: ~ permohonan kpd pihak yg berkenaan; terdepan (yg) di depan sekali: askar-askar kita yg di medan perang ~ semuanya ber­jaga-jaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.pan] | دڤن

Definisi : hadapan; muka: Selepas makan, mereka berbual-bual di ruang ~. minggu (bulan, tahun) ~ minggu (bulan, tahun) yg akan datang. berdepan 1 bertemu muka; bersua: Dia berasa takut apabila ~ dgn gurunya. 2 ki berlawan; beradu; bertarung: Ada perajurit Majapahit yg ingin ~ dgn pahlawan Melaka. berdepan-depan berhadap-hadapan; bersemuka. mendepan menghadap (menghala) ke sesuatu arah: Dia ~ saya apabila dia menceritakan hal itu. mendepani berhadapan dgn: ~ masalah. terdepan di depan sekali: Askar-askar dlm barisan yg ~ selalu kena tembak. di depan di hadapan; di muka: Dia berdiri ~ pintu melihat suaminya pergi. ke depan ke hadapan; maju; mara: Dia ~ menemui lawannya. mengedepankan 1 meletakkan (menempatkan) di hadapan: Dia ~ kerusi itu. 2 mengemukakan; mengutamakan: Mereka ~ cadangan-cadangan yg baik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata depan

Puisi
 

Sirih puan depan tangga,
     Menyambung datang orang marhaban;
Tanya puan dijawab duka,
     Bunga di jambangan telah kepunyaan.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Bergurindam di tengah rimba.

Bermaksud :

Menunjukkan kepandaian di depan orang yang bodoh.

 

Lihat selanjutnya...(7)

297

The leopard cannot change its spots

Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah.

Jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan?

I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard cannot change its spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose!

Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
nose(right) under o’s ~, depan-depan, di depan mata/ sso: he flirted with his secretary right under his wife’s ~, dia main muda dgn setiausahanya di depan mata isterinya; rub so’s ~ in it, menyebut sst berkali-kali: I know I made a mistake but there’s no need to rub my ~ in it, saya tahu saya sudah berbuat silap tetapi kamu tdk perlu menyebutnya berkali-kali; speak through o’s ~, sengau; see no futher than o’s ~, a. be short-sighted, rabun; b. lack insight, tdk berfikir panjang: he made that decision without seeing further than his ~, dia membuat keputusan itu dgn tdk berfikir panjang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
head-onadj & adv depan sama depan: a ~ car collision, pelanggaran kereta depan sama depan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
futuren 1. time yet to come, masa /depan, hadapan/: the ~ is uncertain, masa depan itu belum pasti; we look forward to a happy ~, kami menanti masa depan yg bahagia; in ~, pd /masa depan, kemudian hari/, lain kali: the girls were told to behave better in ~, budak-budak itu disuruh berkelakuan lebih baik pd masa depan; in ~ think carefully before you make promises, lain kali fikir baik-baik sebelum kamu membuat janji; 2. prospective condition of a person or thing, masa /depan, hadapan/: a job that has no ~, pekerjaan yg tdk mempunyai masa depan; the ~ of the industry is unbounded, masa depan industri itu tdk terbatas; 3. (gram.) kala depan: put the verb into the ~, jadikan kata kerja itu dlm bentuk kala depan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frontn 1. fore or forward part, (bahagian) /depan, hadapan/: the dress is pleated in ~, baju itu berlisu di depan; the ~ of the car was badly damaged, bahagian depan kereta itu rosak teruk; the ~ of the house faces south, bahagian depan rumah itu menghadap ke selatan; lie on o’s ~, meniarap; 2. (of book etc) the beginning, bahagian depan: the ~ of this dictionary, bahagian depan kamus ini; 3. position before one, depan, hadapan: the student came to the ~ of the class, pelajar itu datang ke depan kelas; look to the ~, not behind you, pandang ke depan bukan ke belakang; eyes ~, (used in command) pandang /depan, hadapan/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frontadj 1. of, at or in the front, depan, hadapan: a ~ view of the palace, pandangan depan istana itu; a ~ seat, tempat duduk depan; ~ teeth, gigi depan; 2. (phon) depan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forefrontn (lit. & fig.) barisan depan: in the ~ of the battle, dlm barisan depan pertempuran; come to the ~, tampil ke /hadapan, depan/: a new set of young politicians is coming to the ~, sekumpulan ahli politik yg muda tampil ke depan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forehandadj (in tennis etc) depan: a ~ rally, pukul sangga depan: a ~ stroke, pukulan depan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
futureadj 1. that is yet to come or be, pd masa /depan, hadapan/: our ~ home, rumah kami pd masa depan; his ~ prospects are good, prospeknya pd masa depan adalah baik; 2. destined to become, bakal: ~ president, bakal presiden; my ~ wife, bakal isteri saya; 3. (gram.) depan: ~ tense, kala depan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
to and froadj & adv ke depan ke belakang: a ~ movement, gerakan ke depan ke belakang; she bustled ~ setting the table, dia sibuk ke depan ke belakang menyediakan meja makan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frontin ~ of, a. in a position before, di /depan, hadapan/: a large garden in ~ of the office, sebuah taman besar di depan pejabat; b. in the presence of, di /depan, hadapan/: he swore in ~ of the children, dia menyumpah di depan budak-budak; c. ahead of, terkedepan drpd: he is in ~ of me in mathematics, dia terkedepan drpd saya dlm matematik; put /so., st /in ~ of, (fig.) mendahulukan: he put his career in ~ of everything, dia mendahulukan kerjayanya drpd segala-galanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas