Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : benda manis yg dibuat drpd pati (air) tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan (spt tebu, kelapa, anggur, dll); ~ aising gula berbentuk serbuk berwarna putih yg digunakan utk membuat aising; ~ anggur gula drpd buah anggur; ~ aren (enau, kabung) gula drpd nira enau; ~ batu (buku) gula yg berketul-ketul; ~ bit gula yg terdapat drpd ubi bit putih; ~ demerara gula tebu berwarna perang muda yg datangnya dr Demerara; ~ ganting gula kasar; ~ getah manisan yg dicampur getah (karet) utk dikunyah; ~ kastor gula putih yg sangat halus; ~ kuning gula pasir yg berwarna kemerah-merahan; ~ melaka (jawa, kelapa, nyiur, tuak) gula drpd nira kelapa; ~ merah a) gula pasir merah; b) gula enau (kabung); ~ pasir (putih) gula halus spt pasir dibuat drpd air tebu; ~ ringkas gula dlm bentuk ringkas spt glukosa, fruktosa, galaktosa; ~ tarik sj manis-manisan drpd gula; ~ tebu gula drpd tebu; penyakit ~ kencing manis; ada ~ ada semut prb di mana banyak keuntungan dan rezeki, di situlah banyak orang berkumpul; hitam-hitam ~ jawa prb Jk dikatakan kpd perempuan yg hitam kulitnya tetapi manis rupanya; semanis-manis ~, ada pasir di dalamnya prb kata-kata yg lemak manis itu biasanya berisi tipu muslihat; umpama ~ di dlm mulut prb pekerjaan yg mudah dilakukan (sesuatu yg sudah dikuasai); gula-gula 1. bermacam-macam manisan dibuat drpd gula; ~ getah sj gula-gula bergetah dan berperisa utk dikunyah-kunyah sahaja; 2. bp sesuatu yg menyukakan hati; 3. bp gundik, perempuan utk bersuka-suka; menggula, menggula-gula bp mengangkat-angkat (menyanjung-nyanjung) utk mendapat sesuatu, melakukan atau mengatakan yg muluk-muluk terhadap seseorang utk memperdayanya atau mendapatkan sesuatu: bijak sungguh orang tua yg berasal dr Pulau Pinang itu berdiplomasi, patutlah bapa aku dulu mudah digulanya; menggulai memberi bergula pd, membubuh gula pd;menggulaikan menjadikan (kata-kata, percakapan, dsb) manis dan muluk-muluk utk memperdaya seseorang atau utk mendapatkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gula I

Puisi
 

Berapa mahal gula putih? Mahal lagi gula jawa;
     Berapa lama kita berkasih? Biar sama membuang nyawa.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Bagai susu dengan sakar,
     dibuat tengguli.

Bermaksud :

Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula.

 

Lihat selanjutnya...(15)

468

Don't play with fire

Jangan melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan diri kelak.

Meletakkan api di bumbungan

The minister could not longer conceal his anger when the manufacturers insisted on not increasing their sugar production during the fasting month. He warned them don't play with fire, if they did not want any stern action taken against them.

Menteri itu tidak dapat menyembunyikan kemarahannya lagi apabila pengilang terus berdegil untuk tidak meningkatkan lagi pengeluaran gula dalam bulan Ramadzan ini. Beliau mengingatkan mereka supaya jangan meletakkan api di bumbungan jika tidak mahu tindak

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
sweet<i>ni> 1. (UK), <i>(often in pl) candy, sweetmeat,i> gula-gula: <i>a box of ~s,i> sekotak gula-gula; 2. (UK) <i>dessert,i> /pembasuh, pencuci/ mulut: <i>I haven’t made a ~ today, but there’s fresh fruit if you want it,i> saya tdk membuat pencuci mulut hari ini, tetapi ada buah-buahan jika kamu mahu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
marshmallow<i>ni> gula-gula marshmallow.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jellybean<i>ni> gula-gula.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gumdrop<i>ni> gula-gula gam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
caramel<i>ni> 1. <i>burnt sugar, syrup,i> karamel, gula hangus; 2. (<i>toffeei>) gula-gula karamel.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lemon-drop<i>ni> gula-gula lemon.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lemon-drop<i>ni> gula-gula lemon.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jelly baby<i>ni> gula-gula.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cough drop<i>ni> gula-gula batuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chewing-gum<i>ni> gula-gula getah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910

Kembali ke atas