Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.diah] | هديه

Definisi : 1. pemberian (kerana penghargaan, utk kenang-kenangan, sbg penghormatan, dll): terimalah ~ kami yg tidak sepertinya ini; dia menerima berbagai-bagai ~ pd hari jadinya; 2. ganjaran (kerana menang dlm perlumbaan, pertandingan, dll): bagi pe­menang yg pertama disediakan ~ sebuah piala perak; ~ ikhlas a) hadiah yg diberikan dgn ikhlas (tanpa mempunyai tujuan tertentu di se­baliknya; b) buku (tiket dsb) yg diberikan percuma kpd orang-orang tertentu; ~ kerja hadiah kpd kakitangan sesuatu syarikat (persekutuan) perniagaan dll; ~ lebaran Id wang pemberian kpd kakitangan pejabat atau syarikat pd hari raya puasa; ~ Nobel hadiah tahunan kerana hasil kajian atau sumbangan yg teristimewa dlm berbagai-bagai lapangan (spt ilmu fizik, perubatan, kesusasteraan, keamanan, dll); ~ penghargaan hadiah yg diterima oleh seseorang yg tidak berjaya memenangi hadiah utama: 10 buah cerpen tersebut telah memenangi ~ penghargaan; ~ penghibur Id = ~ sagu hati hadiah (ganjaran) kpd petanding yg tidak berjaya sepenuhnya; ~ siswa biasiswa; ~ utama hadiah berupa piala, wang, dll yg menjadi rebutan utk seseorang yg menjuarai sesuatu per­tandingan: tiga buah cerpen telah meme­nangi ~ utama dlm Sayembara Cerpen Remaja kali Ke-8; berhadiah 1. ada disediakan hadiah: per­tandingan ini diadakan dgn ~; 2. memberi­kan (menyumbangkan) hadiah: sesiapa yg suka ~ bolehlah berhubung dgn jawatan­kuasa; menghadiahi memberikan hadiah kpd: ~ setiap pekerja yg bersara sebuah cendera­mata; Yang Dipertuan ~ Yuzuki sehelai jubah berwarna merah tua; menghadiahkan memberikan sesuatu sbg hadiah, menganugerahkan: mereka ~ sebuah jam tangan kepadanya dlm majlis perpisah­an itu; dlm tahun 1903, Hadiah Nobel telah dihadiahkan kpd pasangan suami isteri Pierre Curie dan Marie Curie. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.diah] | هديه

Definisi : 1 apa-apa yg diberikan kpd seseorang kerana menghargai jasanya, sbg kenang-kenangan dll: Dia menerima berbagai-bagai ~ pd hari jadinya. 2 upah atau ganjaran kerana menang dlm perlumbaan, pertandingan dsb: Pemenang dlm perlumbaan itu diberi ~ sebuah piala perak. ~ Nobel hadiah tahunan kerana sumbangan yg istimewa dlm lapangan perubatan, kesusasteraan, ekonomi dll. ~ sagu hati hadiah atau ganjaran yg diberikan kpd peserta-peserta yg kurang bernasib baik. menghadiahi memberikan hadiah kpd; memberi seseorang hadiah: Dia ~ isterinya sejambak bunga. menghadiahkan memberikan sesuatu sbg hadiah: Mereka telah ~ sebuah jam tangan kpd ketua mereka yg akan bersara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Pembasuh tangan bidan.

Bermaksud :

Hadiah yang diberikan kepada seseorang yang telah menolong melepaskan sesuatu pekerjaan yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(4)

614

One good turn deserves another

Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).

Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh.

''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.

''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh,'' kata Salina kepada saya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
give-awayn (colloq) 1. free gift, hadiah percuma: he hopes these ~s will increase his sales, dia berharap hadiah-hadiah percuma ini akan meningkatkan jualannya; 2. unintentional betrayal or disclosure of st, menunjukkan bahawa [sso] + approp v or adj: the way his hands shook was a real ~, tangannya yg terketar-ketar itu menunjukkan bahawa dia gentar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
openhe ~ed another bottle of champagne, dia membuka sebotol lagi champagne; have you ~ed the presents yet?, sudahkah kamu membuka hadiah-hadiah itu?; to ~ a new packet of tea, membuka bungkusan teh yg baru; the caretaker ~s the building every morning, penjaga itu membuka pintu bangunan tersebut setiap pagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
prize 1adj 1. that has gained honour, yg memenangi hadiah: a ~ poem, sajak yg memenangi hadiah; a ~ bull, lembu jantan yg memenangi hadiah; 2. given as a reward, (sbg) hadiah: a ~ scholarship, biasisiwa hadiah; 3. (colloq) typical, tipikal: he is a ~ example of the traditional dominant husband, dia seorang contoh yg tipikal suami tradisional yg mengongkong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
prize 2n 1. st of value given in a contest, hadiah: her orchids won first ~ at the flower show, bunga orkidnya memenangi hadiah pertama dlm pameran itu; 2. reward in game of chance, hadiah: he received a gold medal as a ~, dia menerima pingat emas sbg hadiah; the welfare lottery offers total ~s of over $2 million, loteri kebajikan menawarkan hadiah yg berjumlah lebih drpd $2 juta; 3. proficiency award, hadiah: the boy won a book ~ for being the top student in his class, budak itu memenangi hadiah buku sbg pelajar terbaik dlm kelasnya; 4. (fig.) thing of value worth fighting for, perkara yg berharga: the greatest ~ of all is happiness, perkara yg paling berharga sekali ialah kebahagiaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
winningsn hadiah kemenangan: he gave away all his ~ to charity, dia mendermakan semua hadiah kemenangannya kpd badan kebajikan; his ~ amounted to $3,000, hadiah kemenangannya berjumlah $3,000.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
giftn 1. present, hadiah; (brought back from a journey) buah tangan, cenderamata, oleh-oleh; (given when visiting so.) buah tangan: the house was a ~ from his father, rumah itu hadiah drpd bapanya; free ~s, hadiah percuma; a ~ voucher, baucer hadiah; a ~ shop, kedai hadiah; whenever she goes to Kota Bharu she always brings back a little ~ for me, setiap kali dia ke Kota Bharu dia selalu membawa pulang buah tangan utk saya; 2. talent, bakat: to have a ~ for languages, mempunyai bakat dlm bahasa; 3. (colloq) very cheap, murah sangat: the house is a ~ at that price, rumah itu murah sangat; 4. (of question) percuma;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
awardn 1. st conferred, bestowed, a. (prize) hadiah: his horse was given the highest ~ in the show, kudanya diberi hadiah tertinggi dlm pertunjukan itu; b. (honour) anugerah; (given by head of state) anugerah, kurnia(an): the National Literary A~, Anugerah Sastera Negara; c. (grant) hadiah bantuan: a postgraduate ~, hadiah bantuan ijazah lanjutan; 2. decision made by judge, arbitrator, award: to set aside an ~, mengetepikan sst award;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
present 2 n gift, hadiah: here’s a ~ for you, ini hadiah utk kamu; make so. a ~ of st, menghadiahi sso sst, menghadiahkan sst kpd sso: if you like it so much, I’ll make you a ~ of it, kalau kamu suka benar akan benda ini, bolehlah saya hadiahi kamu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
complimentaryadj 1. expressing praise, admiration, etc, pujian: ~ remarks, kata-kata pujian; 2. given free, hadiah ikhlas: a ~ copy of a book, buku hadiah ikhlas; a ~ ticket, tiket hadiah ikhlas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
individuallyadv 1. separately, a. (rel to person) secara perseorangan; (one by one) seorang demi seorang: participants are allowed to work either ~ or in groups, para peserta dibenarkan bekerja secara perseorangan atau dlm kumpulan; she greeted them all ~, dia menegur mereka seorang demi seorang; b. (rel to thing) secara berasingan: the gifts were ~ wrapped, hadiah-hadiah itu dibungkus secara berasingan; 2. in individual way, tersendiri: she dresses ~, dia memakai pakaian yg tersendiri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas