Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~ tangan (bkn surat dsb) tidak dihantar melalui pos tetapi dihantar melalui orang (pembawa dsb); berhantar diiringi, dikawani, ditemani; datang tak berjemput, pulang tak ~ prb perihal orang yg tidak diendahkan; menghantar 1. mengiringkan (membawa, mengawal, mengawani, menemani) seseorang ke sesuatu tempat tertentu dan mening­galkannya di situ: setiap hari ayah ~ kami ke sekolah dgn keretanya; 2. membawa atau menyebabkan bergerak dr satu tempat ke tempat lain, mengalirkan: pam jantung di sebelah kanan ~ darah masuk ke dlm paru-paru melalui salur nadi; 3. menyampaikan surat (kad jemputan, laporan, dsb) melalui alat perhubungan (spt pos, telegraf, dsb), mengirim: dia ~ surat kpd ayahnya setiap bulan; 4. membawa utk diberikan (disampai­kan) kpd seseorang dsb: dia datang ke rumah ~ surat itu; 5. membawa ke sesuatu tempat (utk tujuan tertentu): ~ manusia ke bulan; ~ kereta ke bengkel utk dibaiki; 6. menyertakan sesuatu (utk dipertandingkan dsb): dlm pertandingan itu, Ramli ~ dua buah lukis­annya; 7. membiayai pelajaran dsb, mema­sukkan (ke sekolah dsb yg tertentu): kerajaan telah ~ ramai pelajar bumiputera ke luar negeri; ~ anaknya ke sekolah aliran Melayu; 8. menyuruh (mengarahkan, me­min­ta, me­maksa, dsb) pergi ke sesuatu tempat (utk melaksanakan sesuatu tugas dsb): ~ bala tentera ke sempadan; ~ perwakilan ke sesuatu persidangan; 9. menendang (membaling, memukul) bola ke sesuatu tempat atau kpd seseorang pemain lain (dlm permainan bola sepak, hoki, badminton, dll): Hassan ~ bola ke pintu gol; ~ cincin = ~ tanda membawa (memberi, mengirim) cincin utk tanda pertunangan; hantar-menghantar 1. saling menghantar, kirim-mengirim, beri-memberi: setiap Hari Raya kami saling ~ kuih dan hadiah; 2. ark berturut-turut tetapi tidak teratur antaranya: ia masih hidup kerana nafasnya ~; menghantari membawa utk diberikan kpd, mengirimi: maka dihantari baginda rakyat dan gajah kuda tidak terpermanai banyak­nya; suaminya tidak ~nya surat; menghantarkan = menghantar; hantaran 1. sesuatu yg dihantar (dikirim), kiriman: petani-petani sambilan ini mungkin mendapat ~ drpd anak dan ahli keluarga yg melakukan migrasi; 2. = ~ kahwin = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd bakal mentua utk perbelanjaan perkahwinan, belan­ja hangus; 3. (dlm majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah (berupa makanan, pakaian, dsb) yg dibawa bersama wang hantaran: pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang ~; 4. (dlm permainan bola sepak dll) tendangan (balingan dsb) bola ke sesuatu tempat atau kpd pemain lain: ~nya tidak sampai kpd kawannya; penghantaran perihal (perbuatan, kerja) menghantar (mengirim dll); penghantar 1. orang yg menghantar (me­ngirim) surat dsb; 2. orang yg membawa se­suatu utk diberikan (disampaikan) ke sesuatu tempat atau kpd seseorang, pembawa: ~ surat khabar; ~ pos (surat) Id posmen; 3. orang yg membuka mesyuarat (pembicaraan dll); 4. alat utk menghantar; 5. = pengantar pan­dangan umum yg ringkas tentang isi buku, ceramah, dll; kata ~ prakata; 6. = pengantar sesuatu (bahasa) yg digunakan utk me­nyam­paikan maklumat, spt ilmu pengetahuan dll: bermula pd tahun 1982, bahasa Melayu telah digunakan sbg bahasa ~ pendidikan di peringkat sekolah menengah; berpenghantarkan, berpengantarkan me­ng­­­­guna­kan sesuatu (bahasa) sbg penghantar: kanak-kanak itu belajar di sekolah yg ~ ba­hasa ibundanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hantar
Kata Terbitan : berhantar, menghantar, hantar-menghantar, hantaran, penghantaran, penghantar,

Puisi
 

Nak dulang kubagi dulang,
     Dulang bekas hantar bertih;
Nak pulang kubagi pulang,
     Pulang cik tuan gajah putih pulang


Lihat selanjutnya...(9)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
needthere is no ~, tdk perlu; (<i>colloqi>) tak /usah, payah/: <i>"Shall I drive you to the office?" "No thanks, there’s no ~: Ismail’s taking me"i>, "Saya hantar kamu ke pejabat?" "Tak usahlah, terima kasih: nanti Ismail hantar saya"; there is no ~ /for, to do/ st, tdk perlu [<i>vi>]: <i>fortunately, there was no ~ for violencei>, untunglah tdk perlu digunakan kekerasan; <i>there’s no ~ for you to be afraidi>, kamu tdk perlu takut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
non-delivery<i>ni> tak hantar serah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rush~ st through, <i>approp vi> + dgn cepat: <i>will you ~ this order through for me before Christmas?,i> bolehkah kamu hantar kpd saya pesanan itu dgn cepat sebelum Krismas?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stand-in<i> n approp n i> + gantian:<i> we are short-handed today. Please send two ~s,i> kami kekurangan pekerja hari ini. Tolong hantar dua pekerja gantian; <i> several ~s are needed for this film,i> beberapa pelakon gantian diperlukan utk filem ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wash2. <i>clothing, sheets, etc being washed or to be washedi>, cucian: <i>take the ~ to the laundry on your way to school,i> hantar cucian itu ke kedai dobi dlm perjalanan kamu ke sekolah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
-spaced<i> comb. form [various translations]: the closely~ print was difficult to read,i> huruf yg dicetak terlalu dekat itu sukar dibaca; <i> please submit all manuscripts in double~ type,i> sila hantar semua manuskrip yg telah ditaip langkau dua baris;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
soonno ~er said than done, belum habis sebut sudah + <i>approp v: “Goodness, have they delivered the pizza already?” “Yes, no ~er said than done”,i> “Alamak, mereka sudah hantar piza?” “Yalah, belum habis sebut sudah sampai”;<i> “Would you hand me the paper?” “No ~er said than done”, i>“Tolong hulurkan kertas itu kpd saya.” “Belum habis sebut sudah buat”.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
see 1 7. <i>escort, accompanyi>, menghantar; <i>(fml)i> mengiringi; <i>(indic that so’s intention is to help)i> membawa: <i>may I ~ you home?i>, bolehkah saya hantar puan balik?; <i>the General’s aide saw the visitor to his cari>, adikung Jeneral itu mengiringi pelawat tersebut ke keretanya; <i>the policeman saw the old woman across the busy roadi>, polis itu membawa wanita tua tersebut ke seberang jalan yg sibuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
direct<i>vti> 1. (<i>fmli>) <i>address,i> mengalamatkan; 2. <i>sendi> (<i>letter, parcel, etci>) menghantar, mengirim: <i>please ~ my mail to the office,i> tolong hantar surat-surat saya ke pejabat; 3. <i>point out the wayi>, menunjukkan jalan kpd: <i>he must ~ us to the airporti>, dia mesti menunjukkan jalan ke lapangan terbang kpd kita; 4. <i>cause to turni>, menghalakan, mengarahkan: <i>the telescope was ~ed towards a certain pointi>, teropong itu dihalakan ke suatu tempat yg tertentu; <i>they were requested to ~ their attention to more pressing issues,i> mereka diminta mengarahkan perhatian pd isu-isu yg lebih mendesak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tally<i>ni> 1. <i>record of debit, credit, score in a game etc,i> catatan, gundal: <i>keep a ~ of how many boxes you deliver,i> buat catatan berapa kotak yg telah kamu hantar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas