Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.lang] | هيلڠ

Definisi : 1. tidak kelihatan lagi, lenyap, tiada lagi: kebakaran itu telah menyebabkan dua belas keluarga ~ rumah mereka; takkan Melayu ~ di dunia; 2. tidak ada lagi sesuatu perasaan (spt marah, benci, suka, dsb), kepercayaan, pertimbangan, dsb: perasaan marahnya masih belum ~ lagi; orang ramai telah ~ kepercayaan terhadapnya; dia telah ~ perhitungan dan terus menikam lawannya; 3. tidak dikenang lagi, telah dilupakan, lenyap: jasanya yg bertahun-tahun ~ begitu sahaja akibat perbuatannya yg tidak amanah itu; 4. (bkn suara) tidak dapat dikeluarkan: suara­nya ~ kerana terlalu banyak bercakap; 5. (bkn bunyi, suara, dsb) tidak ada atau tidak kedengaran lagi: bunyi siren itu semakin lama semakin ~ drpd pendengaran kami; 6. mati, mangkat, meninggal: adapun ia hidup kemu­dian drpd makzulnya sembilan tahun, sete­lah itu ia pun ~; ~ akal a) tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa yg harus dibuat; b) agak gila (kerana hairan, kalah bertengkar, dll); ~ dara sudah tidak dara lagi (bkn gadis yg telah dinodai); ~ harapan tidak mempunyai harapan lagi; ~ hayat, padam jiwa mati; ~ ingatan = ~ fikiran = ~ arwah = ~ semangat a) pengsan; b) tidak berakal lagi; ~ malu tidak ada perasaan segan (melakukan pekerjaan yg hina lagi keji); ~ nyawa mati; ~-~ timbul a) tidak kelihatan (kedengaran) nyata; b) sebentar ada sebentar tiada; ~ adat tegal muafakat prb adat boleh diubah dgn persetujuan orang ramai; ~ bini boleh dicari ~ budi badan celaka prb fikiran yg jahat akan membahayakan diri sendiri; ~ di­cari, terapung direnangi, terbenam diselami prb a) memeriksa sesuatu dgn cermat; b) menolong orang yg sedang kesusahan; ~ di mata, di hati jangan prb walaupun berjauhan tempat tinggal, tetapi selalu diingat dlm hati; ~ ikan dlm kerabu prb kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut menger­jakannya; ~ jasa beliung, timbul jasa rimbas prb lain orang yg berbakti, lain pula orang yg dipuji; ~ kabus, teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita kesusahan; ~ kepala kura-kura ditelan oleh dadanya prb orang yg hina tetapi berilmu tetap akan dihormati ramai; ~ kilat dlm kilau prb ke­pandaian (kebesaran) seseorang tidak ke­lihatan apabila ia bergaul dgn para cerdik pandai (orang-orang besar); ~ pelanduk ber­ganti kijang emas prb perempuan yg ber­cerai dgn suaminya yg hina kemudian ber­kahwin dgn lelaki yg mulia; ~ rona kena penyakit, ~ bangsa tidak berwang prb orang yg tidak berharta kurang dihargai ramai; ~ sepuh nampak senam prb kejahatan sese­orang diketahui apabila terbuka rahsianya; ~ tak tentu rimbanya prb hilang tak berbekas; ~ tapak tukul, timbul tapak canai prb per­buatan baik atau jahat akan hilang di­lindungi oleh perbuatan orang yg kemudian; ~ tentu rimbanya, mati tentu kuburnya prb sesuatu perkara yg tentu kesudahannya; ~ tukul ~lah pahat prb tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman; patah tumbuh, ~ berganti prb terus-menerus ada gantinya; pertama ~, kedua terbilang prb berani me­lakukan pekerjaan berbahaya utk kepentingan umum; tonggang ~ berani mati prb sikap gagah berani (tidak gentar) utk menjalankan kewajiban; menghilang menyebabkan tidak nampak lagi, melenyapkan diri: orang yg menikam­nya cabut lari dgn cepatnya lalu ~; menghilangkan menyebabkan jadi hilang, melenyapkan, menghapuskan, meniadakan: di kedai itu dia berhenti utk melepaskan lelahnya dan ~ dahaganya; ia pun ~ dirinya di dlm gelap dan menyusup balik ke biliknya; kehilangan 1. perihal hilangnya sesuatu, ke­matian: ~ seorang isteri atau seorang suami yg demikian tentulah membawa kpd kesedihan; 2. menderita kerana hilang se­suatu: jika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu; ~ muka mendapat malu; ~ nama mendapat nama yg buruk; penghilangan perihal menghilangkan, pe­ng­­ha­pusan; penghilang yg atau utk menghilangkan: se­teguk air ~ dahaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.lang] | هيلڠ

Definisi : 1 tidak diketahui tempat adanya sesuatu; tidak kelihatan lagi; ghaib; lenyap: Wangnya ~ di tengah jalan. 2 tidak ada lagi (bkn perasaan, kenangan dsb): Kepercayaannya terhadap pegawai itu telah ~. Budi baiknya selama ini tidak akan ~ walaupun kehidupannya susah. 3 tidak ada atau tidak kedengaran; tidak keluar (bkn bunyi, suara dll): Kedengaran sayup-sayup bunyi kapal terbang, makin lama makin ~. Suaranya ~ kerana banyak bersorak semasa menonton perlawanan bola sepak. 4 meninggal dunia; mati. ~ akal a. tidak tahu apa yg hendak dibuat. b. agak gila. ~ harapan tidak mempunyai harapan lagi. ~ ingatan a. hilang akal. b. tidak sedar akan diri; pengsan. ~ nyawa meninggal dunia; mati. menghilang menjadi tidak kelihatan lagi; menjadi hilang; melenyapkan diri: Kapal terbang ~ di balik awan. Ahmad terus ~ tanpa berita. menghilangkan menyebabkan atau menjadikan tidak ada lagi; melenyapkan; menghapuskan: Dia dimarahi oleh ibunya kerana ~ anak kunci. kehilangan 1 hal hilangnya sesuatu atau seseorang: Dia melaporkan ~ anaknya itu. 2 kemati­an: Seluruh rakyat turut bersedih atas ~ pemimpin yg dikasihi. 3 menderita kerana hilangnya sesuatu: Dia ~ wang. penghilangan perbuatan (hal dsb) menghilang atau menghilangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hilang
1. Bersinonim dengan lenyap
( lesap, kesasar, hirap, ghaib, sirna, )
(adjektif:)

2. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, padam, pudar, luntur, surut,
(adjektif:)

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan mati, wafat, mangkat, gugur, meninggal,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghilang, menghilangkan, kehilangan, penghilangan, penghilang,

Puisi
 

Hilang baju kerana tapak,
     Hilang berjalan di pohon pauh;
Hilang malu kerana takut,
     Melangsung adat hajat saudara jauh.


Lihat selanjutnya...(129)
Peribahasa

Memakan habis-habis,
     menyuruk (menyorok) hilang-hilang.

Bermaksud :

Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis).

 

Lihat selanjutnya...(120)

417

A good name is sooner lost than won

Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.

Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)

You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.

Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, hilang kemarau setahun oleh hujan sehari

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
persistent2. a. occurring frequently, berulang-ulang: a ~ cough, batuk yg berulang-ulang; b. lingering, tdk hilang-hilang: a ~ nasty smell, bau busuk yg tdk hilang-hilang; 3. continuing without interruption, tdk henti-henti: ~ rain caused the river to overflow, hujan yg tdk henti-henti menyebabkan air sungai itu melimpah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sight out of ~, hilang dr /pandangan, penglihatan/: they waved until the bus was out of ~, mereka melambai-lambai sehingga bas itu hilang dr pandangan; out of ~, out of mind, hilang di mata, hilang di hati;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dissipatevi disappear, disperse, a. hilang, lesap; (of crowd) bersurai: the mist will ~ in the sunshine, kabus akan hilang dlm cahaya matahari; b. (fig.) hilang, lenyap: his fear ~d quickly, ketakutannya hilang dgn cepat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
losevt 1. mislay, kehilangan, hilang; (by so. else) menghilangkan: I have lost my library book, saya kehilangan buku perpustakaan or buku perpustakaan saya hilang; the laundry has lost three of my shirts, kedai dobi itu telah menghilangkan tiga helai kemeja saya; 2. be deprived of, a. (money, possessions) hilang: the independent candidate lost his deposit, calon bebas itu hilang wang pertaruhannya; they lost everything in the fire, dia hilang segala-galanya dlm kebakaran itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
temperlose o’s ~, hilang sabar: she lost her ~ and hit the child, dia hilang sabar lalu memukul budak itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
witlose o’s ~s, hilang akal: he lost his ~s through fear, dia hilang akal akibat ketakutan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disappearvi 1. pass from sight, hilang, lenyap, lesap: the important files have ~ed from the cabinet, fail-fail yg penting telah hilang dr kabinet; the swindler ~ed without a trace, penipu itu lesap tanpa dapat dikesan; 2. go away deliberately, menghilangkan diri: he ~ed for days on end, dia menghilangkan diri berhari-hari lamanya; 3. cease to be, lenyap, luput; (of pain) hilang: these problems will not ~ just like that, masalah-masalah ini tdk akan lenyap begitu sahaja; 4. become extinct, pupus: a species which is fast ~ing, spesies yg pupus dgn cepatnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scrub 1 ~ /away, off/, menyental hingga hilang: she ~bed the stains off, dia menyental kotoran itu hingga hilang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lostadj 1. unable to be found, hilang: the ~ ark, bahtera yg hilang; 2. unable to find o’s way, sesat: if you’re ~, there’s only one thing to do – look for a policeman, jika kamu sesat, satu-satunya perkara yg boleh dibuat – carilah polis; 3. helpless, patah kaki: he is ~ without his crutches, dia patah kaki tanpa tongkat ketiak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lidflip o’s ~, (sl) hilang sabar: she nearly flipped her ~ when the servant broke her favourite vase, dia hampir hilang sabar apabila orang gajinya memecahkan jambangan kesayangannya; put the ~ on, put an end to, memusnahkan: your failure has put a ~ on all my hopes, kegagalan kamu telah memusnahkan segala harapan saya; take the ~ off, membongkar: the police were praised for taking the ~ off the syndicate’s plans to assassinate the President, pihak polis dipuji krn membongkar rancangan sindiket itu utk membunuh Presiden.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas