Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ngan] | جاڠن

Definisi : kata larangan yg menyatakan tidak boleh ..., hendaknya tidak, usah: kalau aku lambat pulang malam ini ~lah bimbang; ~ dikata lagi usah dikatakan lagi; ~ dok tebiang Kd ungkapan bagi melarang seseorang membuat sesuatu kerja; ~ tidak a) mesti, tidak boleh tidak; b) tidak dgn sepenuh hati (mem­buat sesuatu pekerjaan dsb), acuh tak acuh; jangan-jangan entah-entah, entahkan, ba­rang­­kali: ~ dia dah lari; ~ dia tidak terdaya hendak menjalankan kerjanya nanti; jangankan usahkan: ~ hendak makan, mi­num pun dia tak mahu; menjangankan ark menegah, melarang. janganan sj makanan spt rojak (campuran buah-buahan atau sayur-sayuran yg dimakan dgn kuah yg dibuat drpd kacang goreng). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ngan] | جاڠن

Definisi : (kata larangan yg menyatakan) tidak boleh; usah: ~ mandi di sungai itu, airnya dalam. jangan-jangan mungkin juga; barangkali: Ahmad belum datang lagi, ~ ia sakit. jangankan usahkan: ~ hendak berlari, berjalan pun dia belum dpt. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jangan

Puisi
 

Selasih jangan tinggi,
     Kalau tinggi berdaun jangan;
Kekasih jangan pergi,
     Kalau pergi bertahun jangan.


Lihat selanjutnya...(564)
Peribahasa

Mara jangan dipikat (= dipukat),
     rezeki jangan ditolak.

Bermaksud :

Bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur.

 

Lihat selanjutnya...(163)

467

Don't play with fire

Jangan melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan diri kelak.

Jangan bermain api

The minister could not longer conceal his anger when the manufacturers insisted on not increasing their sugar production during the fasting month. He warned them don't play with fire, if they did not want any stern action taken against them.

Menteri itu tidak dapat menyembunyikan kemarahannya lagi apabila pengilang terus berdegil untuk tidak meningkatkan lagi pengeluaran gula dalam bulan Ramadzan ini. Beliau mengingatkan mereka supaya jangan bermain api jika tidak mahu tindakan tegas diambil

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(125)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
shitvt (taboo) 1. pass in the excrement, berak: I’ve been ~ting blood since yesterday, I hope it’s not dysentery, saya berak darah sejak semalam, jangan-jangan saya kena disenteri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
knowas far as so. ~s, sepanjang pengetahuan sso, setahu sso; /come, get to/ ~ so., berkenalan dgn sso; /come, get/ to ~ /of, about/ st, mengetahui sst, mendapat tahu ttg sst; for all I ~, entah-entah, jangan-jangan; /goodness, hKamus Inggeris-Melayu Dewan
lestconj (fml) 1. in case, jangan sampai, /supaya, agar/ /jangan, tdk/: he was particularly careful in choosing his words ~ he gave his audience the wrong impression, dia begitu berhati-hati memilih kata-katanya supaya tdk memberikan gambaran yg salah kpd khalayaknya; 2. (after verbs expressing fear, anxiety, etc) kalau-kalau, kalau nanti: he daren’t look down ~ he lose his balance and fall, dia takut utk melihat ke bawah kalau-kalau hilang imbangan dan jatuh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lestconj (fml) 1. in case, jangan sampai, /supaya, agar/ /jangan, tdk/: he was particularly careful in choosing his words ~ he gave his audience the wrong impression, dia begitu berhati-hati memilih kata-katanya supaya tdk memberikan gambaran yg salah kpd khalayaknya; 2. (after verbs expressing fear, anxiety, etc) kalau-kalau, kalau nanti: he daren’t look down ~ he lose his balance and fall, dia takut utk melihat ke bawah kalau-kalau hilang imbangan dan jatuh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spare 3. leave out, omit, jangan beritahu: ~ me all the gory details, please, tolong jangan beritahu saya segala butir-butir yg ngeri itu; ~ us all these complaints, jangan beritahu segala bantahan itu kpd kami;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dissuadev (advise against) menasihati [sso] supaya jangan [v]; (persuade not to) memujuk [sso] supaya jangan [v]: she tried to ~ him from leaving, dia mencuba memujuk lelaki itu supaya jangan pergi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sure be ~ to, jangan lupa: be ~ to turn off the taps before you leave, jangan lupa tutup paip sebelum kamu pergi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
keep~ back, (imper) jangan dekat: "~ back!", shouted the robber, brandishing his pistol, "jangan dekat!", teriak perompak itu sambil mengacu-acukan pistolnya; ~ so. back, restrain so. from, menahan sso: the police tried tKamus Inggeris-Melayu Dewan
waste~ no time, tdk berlengah-lengah: she ~d no time in applying for the job, dia tdk berlengah-lengah memohon pekerjaan itu; ~ not, want not, membazir pun jangan, meminta pun jangan; ~ o’s breath, (colloq) buat penat sso (bercakap): I am wasting my breath talking to her, buat penat saya bercakap dengannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
worrynot to ~ (colloq) jangan /risau, bimbang/: “not to ~. We’ll buy another one”, “jangan risau. Kita akan beli yg lain”;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas