Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cua.li] | کچوالي

Definisi : 1. melainkan, selain, lain drpd: aku tidak pernah berkenalan dgn orang Jepun ~ En. Ogawa; 2. yg menyimpang drpd kebiasa­an, yg tidak dikenakan sesuatu peraturan, kekecualian; berkecuali 1. ada kecualinya; 2. tidak ber­pihak kpd (bersekutu dgn) mana-mana pihak, berdiri sama tengah; negara-negara ~ negara­-negara yg tidak bersekutu dgn atau berpihak kpd negara-negara blok Barat ataupun blok komunis; mengecuali melanggar aturan (hukum), tidak mengikut kebiasaan; mengecualikan membebaskan (drpd penguat­kuasaan sesuatu undang-undang, peraturan, dsb), mengeluarkan (mengetepikan) drpd sesuatu ketentuan atau keputusan: mereka meminta diadakan peraturan-peraturan khas bagi ~ mayat-mayat orang Islam yg mati akibat kemalangan drpd dibedah; terkecuali 1. terbebas (drpd kebiasaan, peraturan, dll), dikecualikan: ia ingin melihat ~nya sekolah-sekolah dan universiti drpd digunakan utk tujuan-tujuan politik; 2. kecuali, melainkan: ~ di beberapa tempat, lawatannya mendapat sambutan meriah; kekecualian, kecualian sesuatu yg me­nyimpang (berlainan, terasing) drpd yg umum dll, sesuatu yg dibebaskan (terkeluar, terasing) drpd sesuatu peraturan (ketentuan dsb); perkecualian 1. perihal berkecuali (ada kecualinya); 2. kedudukan (dasar, sikap) tidak berpihak kpd mana-mana pihak: negara-negara yg bersidang di Geneva telah menjamin ~ dan kemerdekaan Indo-China; pengecualian 1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dr kebiasaan (sesuatu peraturan dll); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kpd atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dsb): satu persidangan negara-negara utk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cua.li] | کچوالي

Definisi : 1 tidak termasuk; tetapi tidak; lain drpd; melainkan: Pejabat pos dibuka setiap hari ~ pd hari Ahad atau pd hari kelepasan am. 2 yg menyimpang (drpd kebiasaan, peraturan dll); yg terasing atau yg terpisah (drpd yg lain): Peraturan ini dikenakan pd setiap orang, tidak ada ~nya. berkecuali 1 ada kecualinya. 2 tidak menyebelahi mana-mana pihak: negara ~ negara yg tidak memihak ke mana-mana. mengecualikan menjadikan sbg kecuali; mengasingkan; membezakan. terkecuali terasing (drpd peraturan dll); terpisah: Kanak-kanak ~ drpd peraturan itu. kecualian sesuatu yg dikecualikan; sesuatu yg terasing atau yg terpisah drpd yg lain. kekecualian keadaan berkecuali. perkecualian perihal berkecuali; perihal (dasar dsb) tidak menyebelahi mana-mana pihak: Negara-negara Asia Tenggara mengisytiharkan ~ mereka dlm pertikaian itu. pengecualian perbuatan atau hal mengecualikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecuali (kata tugas)
Bersinonim dengan melainkan, selain, lain daripada, hanya, namun, tetapi;,
Kata Terbitan : berkecuali, mengecuali, mengecualikan, terkecuali, kekecualian,

Peribahasa

627

Walls have ears

Berwaspada apabila bercakap tentang sesuatu perkara terutamanya yang rahsia kerana ada yang akan mendengarnya tanpa disedari.

Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar

She was flabbergasted when her secret affair with a Datuk suddently became a talk of the town. She had never mentioned it to anyone except her aunt. She didn't know that in the small town, not only do the walls have ears,but the windows have eyes and the doors have tongues too!

Tercengang dia apablia perhubungan rahsianya dengan seorang Datuk tiba-tiba menjadi perbualan hangat. Tidak pernah sekalipun dia menceritakannya kepada orang lain, kecuali ibu saudaranya. Dia langsung tidak mengetahui bahawa di pekan kecil itu, bukan saha

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
exceptprep kecuali, melainkan: everyone arrived on time ~ the speaker, semua orang tiba tepat pd waktunya kecuali penceramah; the shop is open every day ~ Sunday, kedai itu dibuka setiap hari kecuali hari Ahad;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
save 2 prep kecuali: they all left, ~ him, mereka semuanya telah pergi kecuali dia; ~ the traditional dance, there were no other special items, kecuali tarian tradisional, tdk ada persembahan-persembahan istimewa yg lain;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exceptionn kecuali, melainkan: this place is busy every day but today is an ~, setiap hari tempat ini sibuk, kecuali hari ini; with a few ~s, the guests were beautifully dressed, kecuali beberapa orang, para tamu berpakaian cantik; an ~ to a rule, (suatu) kekecualian; make an ~, membuat pengecualian: late applications are not usually accepted, but in your case we will make an ~, selalunya permohonan yg lewat tdk diterima, tetapi dlm kes anda, kami akan membuat pengecualian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
barprep 1. except for, kecuali: the deal has been finalized ~ a few unimportant details, urusan itu telah diselesaikan kecuali beberapa perincian yg tdk penting; 2. unless there is, jika tdk ada, kecuali berlaku: the meeting will be held tomorrow ~ any change of plan, jika tdk ada perubahan rancangan, mesyuarat itu akan berlangsung esok; ~ none, tiada yg setanding dengannya: he is the most popular singer in the country, ~ none, dia penyanyi yg paling disukai ramai di negeri ini, tiada yg setanding dengannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
other~ than, selain, kecuali: there was nothing I could do, ~ than wait, saya tdk dapat berbuat apa-apa kecuali menunggu or selain menunggu; be ~ than, melainkan, selain: he doesn’t pretend to be ~ than he is, dia tdk berpura-pura melainkan menjadi dirinya sendiri; ~ ... than, lain ... drpd, selain, kecuali: I have no ~ photos than these, saya tdk mempunyai gambar yg lain drpd ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
barringprep 1. unless st happens, kecuali berlaku, /sekiranya, kalau/ tiada, /kalau tiada, sekiranya tiada/ aral (melintang): ~ rain..., kalau tiada hujan...; ~ accidents I’ll be there before noon, kecuali berlaku kemalangan, saya akan sampai di sana sebelum tengah hari; 2. excepting, kecuali: everybody knew ~ Zaleha, semua orang tahu kecuali Zaleha.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exceptingprep kecuali, melainkan: all her children are clever ~ the youngest, semua anaknya pandai kecuali yg bongsu; not ~ , termasuk, tdk terkecuali.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
except~ for , kecuali, melainkan: ~ for a few, everyone else was glad the exhibition had been cancelled, kecuali beberapa orang, yg lain-lain berasa gembira pameran itu telah dibatalkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
save 2 ~ for, kecuali: his cupboard was empty ~ for a few old clothes, almarinya kosong kecuali beberapa helai pakaian lusuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
except~ that , kecuali, melainkan: she knew nothing about the job, ~ that it paid well, dia tdk tahu apa-apa pun ttg pekerjaan itu kecuali gajinya besar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas