Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ka.ya.an] | ککاياءن

Definisi : 1. perihal kaya: apabila tuan hamba dlm ~ dan kebesaran tuan hamba, kami sentosalah dgn kesukaan kami; perhiasan-perhiasan itu dipakai mungkin utk menunjuk-nunjukkan ~; 2. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu pihak: harta ~nya akan diwariskannya kpd isterinya; mereka berhak mempunyai ~nya sendiri; 3. kekuasaan, kebesaran: ~ Allah SWT; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ka.ya.an] | ککاياءن

Definisi : 1 perihal (keadaan) kaya: Berita ~ Melaka sampai ke sana. 2 kekuasaan; kebesaran: keadilan dan ~ Tuhan. 3 segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tidak kekal bunga dikarang.

Bermaksud :

Kekayaan (kemuliaan, persahabatan) sewaktu-waktu akan hilang.

 

Lihat selanjutnya...(18)

202

Every flow must have its ebb

Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.

Ada pasang berturun naik

He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.

Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, ada pasang berturun naik. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(16)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fortunen 1. wealth, large sum of money, harta /yg banyak, kekayaan/, kekayaan: he inherited a ~ from his aunt, dia mewarisi harta yg banyak drpd ibu saudaranya; a man of ~, orang yg sangat kaya; come into a ~, tiba-tiba memperoleh kekayaan; cost (so.) a ~, /terlalu, sangat/ mahal: the house costs him a ~, rumahnya terlalu mahal; make a ~, menjadi sangat kaya; a small ~, setambun wang: she spent a small ~ on clothes, dia menghabiskan setambun wang utk membeli pakaian; marry a ~, berkahwin dgn orang yg sangat kaya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
richesn kekayaan: he values contentment above ~, dia menilai kepuasan lebih drpd kekayaan; to exploit the ~ of the soil, mengeksploitasi kekayaan bumi; from rags to ~, drpd miskin menjadi kaya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
richnessn 1. wealthiness, kekayaan; 2. abundance, kekayaan: the ~ of Indonesian culture, kekayaan budaya Indonesia; 3. fertility, kesuburan: the ~ of the soil, kesuburan tanah itu; 4. expensiveness, mahal dan mewah; 5. (of food) keberzatan, berzat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mammonn (derog)wealth, kekayaan: people who are engaged in the pursuit of ~, orang yg sibuk memburu kekayaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
embarrassment~ of riches, kekayaan yg melimpah-limpah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wealthn 1. (possession of) large and valuable assets, property, etc, kekayaan, kaya: his ~ didn’t bring him happiness, kekayaannya tdk membawa kebahagiaan kepadanya; he acquired great ~ at an early age, dia menjadi begitu kaya semasa muda lagi; the ~ of the community is derived from its rich farmland, kekayaan masyarakat itu datangnya dr ladangnya yg subur; he married a woman of considerable ~, dia berkahwin dgn seorang perempuan yg agak kaya; 2. a large quantity or number, kaya: he has a ~ of experience, dia kaya dgn pengalaman; he is respected for his great ~ of knowledge, dia dihormati krn kaya dgn ilmu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wealth taxn cukai (harta) kekayaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
acquiredadj perolehan: wealth, both inherited and ~, harta kekayaan, baik warisan mahupun perolehan; ~ character, watak perolehan; ~ immunity, keimunan perolehan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
criterionn kriteria, ukuran: wealth is no ~ of happiness, kekayaan bukan satu kriteria kebahagiaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bonanzan (unexpected fortune) durian runtuh; (source of wealth) punca kekayaan: to strike a ~, mendapat durian runtuh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas