Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.ba.li] | کمبالي

Definisi : 1. pergi ke tempat asal (ke tempat seseorang itu berada sebelumnya), balik (ke rumah, pejabat, kedai, dll), pulang: aku pun ~ ke kedai; orang-orang tahanan itu diberi kesempatan ~ melihat keluarga masing-masing; ~ asal balik asal (kembali semula kpd asalnya); ~ ke negeri yg baqa (kekal) = ~ ke rahmatullah meninggal dunia; 2. = wang ~ wang baki kerana bayaran yg berlebihan (yg harus dipulangkan kpd pembayar), wang kelebihan: Encik beri sepuluh ringgit, harga barang itu tujuh ringgit sahaja, ambil ~ bakinya tiga ringgit; 3. semula (buat kali keduanya dan seterusnya), lagi, sekali lagi: di pekan Yan, kami telah bertemu ~ dgn beberapa orang teman dr Sungai Petani; kini aku berada ~ di kampung; 4. kata yg kerap digunakan bersaingan dgn kata kerja utk menyatakan atau menunjukkan pengulangan sesuatu perbuatan (pemulihan sesuatu kpd kedudukan asalnya, pemulangan sesuatu ke tempat asalnya, dll); membayar ~ memberi balik hutang atau wang yg telah diterima (supaya tidak berhutang lagi); meminta ~ sesuatu meminta balik sesuatu (meminta supaya dipulangkan sesuatu yg telah diberikan atau dipinjamkan); menarik ~ (usul, keputusan, dll) menyatakan batal atau tidak akan diteruskan dsb (usul, keputusan, dll); menceritakan ~ mengulang cerita atau kisah yg telah didengar (dibaca dll); menyusun ~ mengulang menyusun lagi (menyusun semula); sekembali sebaik-baik kembali atau pulang (dr), sejurus (tidak lama) selepas pulang dr (sesuatu tempat); mengembalikan 1. mengirimkan (meng­hantarkan, memberikan, dsb) sesuatu kembali (kpd pengirimnya, ke tempat asalnya, dsb), memulangkan (sesuatu): dia berjanji akan ~ wang dan semua barang yg telah diambilnya itu; semua buku yg dipinjam dahulu telah dikembalikan; mereka diarahkan supaya ~ surat-surat rasmi yg ditulis dlm bahasa Inggeris kpd pengirimnya; 2. menahan (me­nyekat dll) supaya kembali (berpatah balik) ke tempat mula datangnya, menyuruh kem­bali; 3. mengundurkan (ke suatu waktu yg telah berlalu), menyurutkan (kejadian yg telah berlaku); 4. menjadikan spt sediakala atau spt keadaan sebelumnya, mewujudkan kem­bali, memulihkan: ia mencuba ~ segala kekuatan batinnya dgn sedaya upaya; tidak ada laki-laki yg dapat ~ kepercayaanku yg telah musnah ini; langkah-langkah keselamatan telah diambil utk ~ keamanan di daerah itu; kembalian sesuatu barang dll yg dikembali­kan: penerbit tidak bertanggungjawab menghantar naskhah jualan atau ~; kekembalian perihal kembali; perkembalian perihal kembali, kepulangan: ~ Rawon telah diterima dgn cucuran air mata oleh ayahnya; pengembalian perihal (perbuatan dsb) me­ngembalikan, pemulangan, pemulihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.ba.li] | کمبالي

Definisi : 1 balik ke tempat asalnya; pulang: Suaminya masih belum ~ dr pejabat. ~ ke alam baqa (kekal), = ~ ke rahmatullah meninggal dunia. 2 lagi; sekali lagi; semula: Di sana, kami telah bertemu ~. 3 kata yg digunakan utk menyatakan pengulangan, pemulangan dll; semula: Dia menceritakan hal itu ~. mengembalikan 1 memulangkan sesuatu kpd tuannya; memberi balik: Mereka telah ~ semua surat yg tidak bertandatangan. 2 memulihkan atau mewujudkan keamanan dll kembali: Apakah langkah yg perlu diambil utk ~ keamanan di kawasan itu? pengembalian perbuatan (hal dsb) kembali atau mengembalikan; pemulangan; pemulihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembali
1. Bersinonim dengan balik
( pulang)
(kata kerja:)
Berantonim dengan pergi

2. Bersinonim dengan baki
( lebih)
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan semula
( lagi, sekali lagi, )
(adverba:)

Kata Terbitan : sekembali, mengembalikan, kekembalian, pengembalian,

Puisi
 

Burung serindit terbang melayang,
     Mari hinggap di pohon jati;
Wahai adinda kekasihku sayang,
     Kembali kasih si buah hati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Sesat surut,
     terlangkah kembali.

Bermaksud :

Memperbaiki kesalahan yang telah terjadi.

 

Lihat selanjutnya...(38)

126

Things past cannot be recalled

Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi.

Nasi sudah menjadi bubur.

Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but Things past cannot be recalled .

Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa gunanya saya meratap, nasi sudah menjadi bubur.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(16)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
retrospectn tinjauan kembali; in ~, apabila ditinjau kembali: it was, in ~, the worst mistake I ever made, apabila ditinjau kembali, itulah kesilapan paling teruk yg pernah saya buat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
goc. return to (an earlier point in time), /kembali, balik/ semula: let us ~ back to the point discussed earlier, mari kita kembali semula kpd perkara yg telah dibincangkan lebih awal; d. trace descent, boleh disusul kembali keturunan hingga: his family ~es back to the 18th century, keluarganya boleh disusul kembali keturunannya hingga ke abad ke-18; e. return to activity one was engaged in, semula, kembali, balik: ~ back to sleep, tidur semula; ~ back to work, bekerja semula;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
recrudescencen (fml) muncul(nya) kembali: the government fears a ~ of the riots, kerajaan takut rusuhan muncul kembali; a ~ of the cholera epidemic, munculnya kembali wabak taun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
revertvi 1. go, change back into, a. (previous state, condition) kembali menjadi + approp n: without irrigation the land would quickly ~ to desert, tanpa pengairan, tanah itu cepat kembali menjadi gurun; b. (fml), (a former habit or practice), /kembali, berbalik/ ke + approp n: he ~ed to taking drugs again, dia berbalik semula ke tabiat mengambil dadah; 2. (fml) go back in thought, kembali, berbalik: let us ~ to the topic, mari kita kembali ke tajuk itu; 3. (leg.), (of property etc) return to original owner, kembali: on expiry of the lease, the property will ~ to the owner, apabila tamat tempoh pajakan, harta itu akan kembali kpd pemiliknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
retrospectiveadj 1. rel to, viewing the past, meninjau kembali (approp n): a ~ study of the rise of socialism, satu kajian yg meninjau kembali kebangkitan sosialisme; ~ thoughts, memikir kembali sst; 2. (law) kebelakangan: a ~ tax, cukai kebelakangan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
regressiveadj rosot kembali, regresif: ~ behaviour, kelakuan rosot kembali.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
backslidevi kembali /ke asal, ke perangai lama/, /berbuat dosa, melakukan kejahatan, menyeleweng/ /semula, kembali/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rejuvenatedadj muda kembali: I felt ~ after the holiday, saya berasa muda kembali selepas percutian itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
regressvi merosot kembali: the patient ~ed within two weeks, keadaan pesakit itu rosot kembali dlm masa dua minggu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
play~ back, memainkan /kembali, semula/: to ~ back the tape, press the red button, utk memainkan kembali pita itu, tekan butang merah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas