Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mu.dian] | کمودين

Definisi : 1. selepas orang atau seseorang lain, selepas sesuatu waktu (kejadian dll), belakangan: orang-orang yg datang ~ tidak mendapat tempat duduk; adiknya berkahwin dahulu, dia berkahwin ~; ~ drpd selepas, sesudah; 2. belakang hari, (suatu) masa yg akan datang, kelak: perompak-perompak itu akan diberkas juga ~; fikirlah baik-baik supaya tidak sesal ~; ~ hari belakang hari, kelak; hari ~ a) = kelak ~ masa yg akan datang; b) hari kiamat; 3. = ~ drpd itu selepas (se­sudah) itu, pd suatu waktu yg lain (sesudah sesuatu kejadian dll): pasukan polis ~nya telah menemui kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; mengemudiankan 1. meletakkan (mena­ruh, menempatkan) di belakang atau selepas sesuatu yg lain, membincangkan (mengerjakan, menyelesaikan dll) di belakang atau selepas sesuatu lain yg lebih penting dsb: kerja-kerja yg penting didahulukan dan yg kurang penting dikemudiankan; 2. menang­guhkan, menunda, mengundurkan: ~ perbincangan mengenai cadangan-cadangan itu; terkemudian selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mu.dian] | کمودين

Definisi : 1 selepas atau sesudah itu; akhirnya; kesudahannya: ~ mereka pun pulang ke rumah masing-masing. 2 sesudahnya; selepasnya: Adiknya berkahwin dahulu, dia ~. 3 pd masa yg akan datang; kelak: ~ hari masa yg akan datang. mengemudiankan melakukan sesuatu selepas (sesuatu) yg lain; menempatkan (meletakkan) sesuatu di belakang atau selepas yg lain: Dia mendahulukan kerja-kerja yg penting dan ~ kerja yg kurang penting. terkemudian di belakang sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di garisan penamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemudian (adverba)
Bersinonim dengan selepas, kelak, kebelakangan, sesudah, akan datang, setelah, nanti, sebentar, akhir, penghujung, lambat, lewat, ketinggalan, corot, cicir;,
Kata Terbitan : mengemudiankan, terkemudian,

Puisi
 

Anak ayam turun sembilan,
     Mati seekor tinggalnya lapan;
Akan bekalan hari kemudian,
     Di dalam kubur berdinding papan.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Dulu sorak,
     kemudian tohok.

Bermaksud :

Menggembar-gemburkan sesuatu yang belum terjadi. tohok = campak buang yang diberi bertali.

 

Lihat selanjutnya...(31)

170

The early bird catches the worm

Yang cepat atau yang sampai dahulu akan beroleh keuntungan

Siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata

There were only five free expensive gifts to be grabbed. So, in order to not miss the opportunity, please come early. Remember that the early bird catches the worm, and whose who late will be disappointed.

Hanya lima hadiah percuma yang mahal untuk direbut. Jadi, supaya tidak terlepas peluang, datanglah awal-awal. Ingat siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
lateradv subsequently, kemudian: I went first and he followed ~, saya pergi dahulu dan dia mengikut kemudian; ~ on, kemudian: I’ll tell you ~ on, not now, saya akan beritahu kamu kemudian, bukan sekarang; see you ~, (colloq) jumpa nanti; sooner or ~, lambat-laun: sooner or ~ he’ll get caught, lambat-laun dia akan tertangkap juga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lateradv subsequently, kemudian: I went first and he followed ~, saya pergi dahulu dan dia mengikut kemudian; ~ on, kemudian: I’ll tell you ~ on, not now, saya akan beritahu kamu kemudian, bukan sekarang; see you ~, (colloq) jumpa nanti; sooner or ~, lambat-laun: sooner or ~ he’ll get caught, lambat-laun dia akan tertangkap juga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
afterwards, (US) afterwardadv (at a later time) kemudian, nanti, kelak; (subsequently) kemudian, /selepas, sesudah/ itu: he will see you ~, dia akan berjumpa dgn kamu kemudian; they left shortly ~, mereka bertolak tdk lama kemudian; he took her to a party and ~ took her home, dia membawa gadis itu ke suatu majlis dan kemudian menghantarnya pulang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
afteradv 1. behind, in pursuit, kemudian, selepasnya, sesudahnya: he went first, his wife came ~, dia pergi dahulu, isterinya datang kemudian; 2. later, kemudian, /selepas, sesudah/ itu: I only heard about it months ~, saya hanya mendengar ttg perkara itu beberapa bulan kemudian; soon ~, tdk lama kemudian; /a, the/ /day, week, etc/ ~, /sehari, seminggu dll/ /selepas itu, sesudah itu, kemudian/, pd /hari, minggu, dll/ berikutnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
soon b. (in the past) tdk lama kemudian: the plane ~ took off, tdk lama kemudian, kapal terbang itu berlepas; he ~ fell asleep, tdk lama kemudian dia terlelap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
f ollowvi 1. go, come after, mengikut (kemudian), menyusul: you go first and I’ll ~, kamu pergi dahulu dan saya akan mengikut kemudian; my parents went to Paris and I ~ed a week later, ibu bapa saya ke Paris dan saya menyusul seminggu kemudian; 2. happen or come later, a. (of event), /berlaku, terjadi/ /kemudian, selepas ini, selepas itu/, menyusul: what ~ed could have been avoided, apa yg berlaku kemudiannya mungkin dapat dielakkan; who knows what may ~, siapa tahu apa yg akan berlaku selepas ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
afteradj 1. later, succeeding, kemudian, /selepas, sesudah/ itu: in ~ years, pd tahun-tahun kemudian; 2. (naut ) buritan: the ~ cabins, kabin buritan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
after~ a few minutes, /tdk lama, beberapa waktu, sebentar/ kemudian; ~ a while, dlm sedikit masa: you will get bored ~ a while, kamu akan bosan dlm sedikit masa; ~ all, a. when all things are considered, kerana, [not translated]: you shouldn’t worry about it, ~ all it’s not your fault, kamu tdk perlu bimbang kerana itu bukan kesalahanmu; b. in the end, akhirnya: he got the contract ~ all, akhirnya dia dapat juga kontrak itu; c. in spite of everything, [various translations]: so you see I was right ~ all, tengok, betul juga kataku; so he doesn’t know ~ all, jadi, betullah dia tdk tahu; she still loves him ~ all, rupa-rupanya, dia masih mencintainya; ~ some time, tdk lama kemudian, beberapa waktu kemudian: they moved house ~ some time, tdk lama kemudian mereka berpindah rumah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lateradj 1. coming further down the line, kemudian: we will treat this word in a ~ edition, kami akan mentakrifkan perkataan ini dlm edisi kemudian; 2. the second or last part of a period, pertengahan kedua, akhir kedua: the ~Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lateradj 1. coming further down the line, kemudian: we will treat this word in a ~ edition, kami akan mentakrifkan perkataan ini dlm edisi kemudian; 2. the second or last part of a period, pertengahan kedua, akhir kedua: the ~Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas