Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.per.ca.ya.an] | کڤرچاياءن

Definisi : 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemilik­nya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (ju­jur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.per.ca.ya.an] | کڤرچاياءن

Definisi : 1 anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada (benar dll); keyakinan: ~ orang-orang Melayu kpd hantu semakin berkurang sekarang ini. 2 keyakinan atau harapan terhadap kejujuran (kebaikan dll) seseorang: Kami tidak dpt memberi ~ kpd pemimpin-pemimpin yg tidak amanah. 3 dpt dipercayai (ttg kejujurannya dll): orang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
percaya (kata kerja)
Bersinonim dengan yakin, beriktikad, pasti;,
Kata Terbitan : mempercayai, mempercayakan, kepercayaan,

Peribahasa

Jadi penghubung mata telinga.

Bermaksud :

Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jadi penghubung kaki tangan).

 

Lihat selanjutnya...(5)

302

Don't let the fox guard the hen-house

Jangan berikan tanggungjawab atau kepercayaan kepada orang yang tidak patut dipercayai.

Jangan menyuruh kapak menyelam beliung

The people were really angry when it was discovered that a known swindler had been elected as the treasurer of the village. It was unbecoming to let the fox guard the hen-house. We feared that he might exploit his position for his own interests.

Orang ramai naik marah apabila mendapat tahu bahawa seorang lelaki yang diketahui kaki putar belit dipilih menjadi bendahari kampong itu. Jangan menyuruh kapak menyelam beliung. Kami khuatir dia mungkin menggunakan kedudukannya demi kepentingan peribadi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
entrenchedadj telah /berakar berumbi, berurat berakar/: ~ beliefs, kepercayaan-kepercayaan yg telah berakar berumbi; ~ political ideas, gagasan-gagasan politik yg telah berakar berumbi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beliefn kepercayaan: ~ in ghosts, kepercayaan pd hantu; the ~ at one time that the earth was flat, kepercayaan pd suatu masa dahulu bahawa dunia ini datar; he came in the ~ that..., dia datang dgn kepercayaan bahawa...; according to the Christian ~, menurut kepercayaan agama Kristian; her ~ in her friends, kepercayaannya thdp kawan-kawannya; our ~ that he is honest..., kepercayaan kami bahawa dia jujur...;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
faithn 1. strong belief, complete confidence, kepercayaan, keyakinan; (in God) kepercayaan, percaya: children usually have ~ in their parents, anak-anak selalunya menaruh kepercayaan thdp ibu bapa mereka; I have ~ in his ability to do the job, saya mempunyai keyakinan bahawa dia boleh melaksanakan kerja itu; to put o’s ~ in God, percaya kpd Tuhan; lose ~, hilang kepercayaan, tdk percaya lagi: he has completely lost ~ in doctors, dia telah sama sekali hilang kepercayaan thdp doktor; 2. trust in God, his divinity, promises or actions, iman; 3. religion, agama: the Muslim ~, agama Islam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trustn 1. firm belief, kepercayaan: I have complete ~ in him, saya menaruh kepercayaan yg penuh terhadapnya; you cannot place any ~ in his words, kamu tdk boleh menaruh kepercayaan pd kata-katanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
orthodoxyn 1. orthodox belief, kepercayaan ortodoks: Judaic ~, kepercayaan ortodoks agama Yahudi; 2. quality of being orthodox, sikap ortodoks, keortodoksan: the boy rebelled against the ~ of his father, budak itu menentang sikap ortodoks bapanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
superstition n tahyul, kepercayaan karut: many of their taboos are based on nothing but ~, kebanyakan pantang larang mereka semata-mata berdasarkan kepercayaan karut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
superstitious 2. influenced by superstition, percaya kpd kepercayaan karut: I’m not ~, but the place gave me the shivers, saya bukanlah percaya kpd kepercayaan karut tetapi tempat ini betul-betul menggerunkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Puritanismn kepercayaan Puritan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
creditworthinessn kepercayaan kredit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
creditworthyadj mempunyai kepercayaan kredit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas