Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ré.ta] | کريتا

Definisi : (keréta) 1. kenderaan yg memakai roda (ditarik oleh binatang atau digerakkan oleh enjin); 2. gerabak (kereta api); 3. gelendong benang jahit; ~ angin ark basikal; ~ asap kereta api; ~ baja (waja) = ~ perisai sj kereta tentera yg berlapis besi baja; ~ bomba kereta yg digunakan oleh pasukan bomba (utk memadamkan kebakar­an); ~ jenazah = ~ mati kereta utk membawa mayat; ~ kabel kenderaan yg bergerak di atas landasan kabel atau di sepanjang kabel atas; ~ kebal a) Id kereta baja; b) kereta berlapis besi dan berodakan rantai yg tidak dapat ditembusi peluru (digunakan dlm peperangan), teng; ~ kerbau (lembu) kereta yg ditarik oleh kerbau (lembu); ~ lereng ark basikal; ~ lumba kereta (motokar) yg diguna­kan dlm perlumbaan kereta; ~ makan gerabak kereta api tempat penumpang makan; ~ pakai kereta (motokar) yg dipakai oleh pemiliknya sendiri (tidak utk disewakan kpd orang lain atau utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang); ~ pelangking kereta yg berbentuk spt tandu (usungan); ~ penumpang a) gerabak kereta api tempat penumpang duduk dlm perjalanan; b) kereta (motokar) utk membawa penumpang (bukan barang); ~ perisai = ~ baja; ~ radio kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~ peronda kereta yg digunakan oleh polis utk meronda dll; ~ sakit kereta utk membawa orang sakit, ambulans; ~ sewa = ~ tambangan kereta utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang; ~ sorong (tolak, tarik) kereta yg digerakkan dgn menyorong (menolak, menarik); ~ sport sj kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung yg boleh dibuka dan ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang sahaja; ~ tidur gerabak kereta api tempat tidur; ~ vintaj kereta lama yg masih diminati kerana sesuatu ciri keistimewaannya, biasa­nya dibuat antara tahun 1917 hingga 1930; berkereta mempunyai atau mengenderai (menaiki, memakai) kereta: kebanyakan mereka tidak ~ sungguhpun banyak yg bergaji besar; dia tu ke mana-mana sahaja ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ré.ta] | کريتا

Definisi : /keréta/ kenaikan beroda yg ditarik oleh binatang, digerakkan oleh enjin atau ditolak. ~ angin basikal. ~ bomba kereta yg digunakan oleh pasukan bomba utk memadamkan kebakaran. ~ jenazah kereta utk membawa mayat. ~ kebal (perisai) kereta berlapis besi yg digunakan dlm peperangan dsb. ~ lembu kereta yg ditarik oleh lembu. ~ lumba kereta yg digunakan dlm perlumbaan (kereta). ~ pakai kereta yg digunakan oleh tuannya sendiri, tidak utk disewakan. ~ peronda kereta yg digunakan oleh polis utk meronda di jalan raya dll. ~ sakit kereta utk membawa orang sakit; ambulans. ~ sewa kereta yg digunakan utk membawa penumpang dgn mengambil sewa. ~ sorong kereta yg digerakkan dgn disorong. ~ sport kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung dan boleh dibuka atau ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang saja. ~ sungkur jentera yg digunakan utk menyodok tanah (menumbangkan pokok dsb). berkereta menaiki atau mempunyai kereta: Kita tidak dpt pergi sebab tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kereta

Puisi
 

Kereta kuda kereta pedati,
     Mari dinaik Raja Dang Ratu;
Sungguh adik tidak mengerti,
     Apalah maksud kata begitu.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Hitam-hitam bendi,
     putih-putih sadah.

Bermaksud :

Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. bendi = kereta kuda; sadah = kapur.

 

Lihat selanjutnya...(2)

368

Many a mickle makes a muckle

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
set the cars ~ off leaving behind clouds of dust, kereta-kereta itu berlepas meninggalkan kepulan-kepulan habuk; he ~ off for the city thirty minutes ago, dia pergi ke bandar tiga puluh minit yg lalu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
modernadj moden: he loves ~ cars, dia gemar akan kereta-kereta moden: ~ methods of teaching, kaedah pengajaran moden: ~ history, sejarah moden; ~ Malay poetry, puisi Melayu moden.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
used2. second-hand, terpakai: ~ cars for sale, kereta-kereta terpakai utk dijual;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
transshipvt memindahkan: the tanks were ~ped to another vessel, kereta-kereta kebal itu dipindahkan ke kapal lain.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
demandin ~, a. popular, popular, (amat) digemari: Japanese cars are in great ~, kereta-kereta Jepun amat digemari; he’s in great ~ as a guest artiste, dia amat popular sbg artis jemputan; b. required, diperlukan: palm oil is in great ~, minyak kelapa sawit amat diperlukan; make great ~s on, a. (so.) terlalu banyak mendesak drpd [sso]; b. (o’s time) terlalu banyak mengambil: the job makes great ~s on my time, kerja itu terlalu banyak mengambil masa saya; on ~, atas permintaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
go~ along, a. move along, bergerak: the cars have to ~ along slowly because of the rain, kereta-kereta itu terpaksa bergerak perlahan-lahan oleh sebab hujan; b. proceed, [various translations]: they whistled as they went along, mereka bersiul-siul sambil berjalan; you’ll learn more about the job as you ~ along, kamu akan lebih banyak belajar ttg pekerjaan ini semasa kamu membuatnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
whiz(z)vi bersiung: bullets ~ed past him, peluru lalu dekatnya dgn bersiung; cars were ~ing by, kereta-kereta lalu dgn bersiung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
whiz(z)n 1. loud humming, buzzing sound, bunyi siung: the ~ of fast moving cars, bunyi siung kereta-kereta yg bergerak laju; with a ~, dgn bersiung: the arrow flew by with a ~, anak panah itu melayang dgn bersiung; 2. (colloq) highly skilled person, (orang yg) handal: he is a ~ at mathematics, dia handal dlm matematik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
soup vt usu ~ up, (sl) increase the power of (a motor), /menambahkan, menguatkan/ kuasa: cars that have been ~ed up, kereta-kereta yg telah ditambahkan kuasa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
obsoleteadj (sudah) usang; (of idea) lapuk; (of word) kuno, tdk digunakan lagi: the army was equipped with ~ tanks, tentera itu dilengkapi kereta-kereta kebal yg sudah usang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas