Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ki] | لاکي

Definisi : (kurang halus) suami, pasangan hidup bini; ~ bini (isteri) suami isteri; ~ pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan prb lebih mementingkan urusan orang lain drpd urusan sendiri; bagai menanti ~ pulang maling prb selalu dlm kegelisahan; berlaki mempunyai laki, sudah berkahwin (perempuan): orang ~ bercerai ungkai, orang bercerai pulang balik; bagai ~ anak semang prb perempuan yg tidak senonoh kelakuan­nya; berlakikan berkahwin dgn (bkn perem­puan), bersuamikan: senanglah hidup awak ~ orang kaya; malang nasibnya ~ seorang penjudi; ternanti-nanti bagai ~ raja prb berhajat kpd orang yg tidak berkehendak kepadanya; memperlaki mengambil jadi laki: perkelahi­an berlaku apabila Cik Tom menuduh Asmah hendak ~ si Mat; barang siapa yg berkenan kpd beta, itulah beta perlaki; memperlakikan mengahwinkan (anak pe­rempuan), memberi laki (kpd anak perem­puan): dia belum hendak ~ anaknya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ki] | لاکي

Definisi : ; ~ padi sj burung, pipit padang, Anthus novaeseelandiae malayensis; burung ~ padi sj burung, cekup layang, burung main angin, ciuk tinting, Cisticola juncidis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ki] | لاکي

Definisi : pasangan hidup kpd seseorang perempuan (agak kasar jika dibandingkan dgn perkataan suami): ~ bini suami isteri. laki-laki, lelaki 1 jenis manusia sbg pasangan kpd perempuan: anak ~. 2 ki sifat berani; keberanian: Dia hendak menunjukkan ~nya kpd kita. berlaki mempunyai laki; sudah berkahwin (bkn wanita); bersuami. berlakikan berkahwin dgn (bkn wanita); bersuamikan: Susah hidup kalau ~ orang pemalas. memperlaki mengambil jadi laki. memperlakikan mengahwinkan anak perempuan. kelaki-lakian, kelelakian 1 sifat laki-laki; tingkah laku laki-laki. 2 keberanian; kegagahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laki
Rujuk :suami

Puisi
 

Api-api pangkalan tarap,
     Pucuk meluncur dari Labuan;
Laki-laki jangan diharap,
     Bijak memujuk si perempuan.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Menanti laki pulang maling.

Bermaksud :

Tidak tenteram, selalu waswas.

 

Lihat selanjutnya...(6)

475

The pot calling the kettle black

Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu.

Kata periuk belanga hitam

My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!''

Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Kata periuk belanga hitam, konon!''

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
businessmann ahli perniagaan (laki-laki), peniaga (laki-laki).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
barmann pelayan bar (laki-laki).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boyn 1. (male child), (male infant), /anak, bayi/ lelaki, budak /lelaki, laki-laki/; (when there is no need, in Malay, to mention the gender) budak: two ~s and a girl, dua orang budak lelaki dan seorang budak perempuan; what are those ~s doing?, apa budak-budak itu buat?; 2. son, anak /lelaki, laki-laki/: I have a ~ and a girl, saya ada seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan; 3. immature or inexperienced man, budak (mentah): he is a man, not a ~, dia orang dewasa bukan budak mentah; 4. (derog) male servant, orang gaji (lelaki); 5. see BOY-FRIEND;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
countertenorn (mus) alto laki-laki.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fellown 1. (colloq) man, orang, [or not translated]; (when gender should be specified) laki-laki, lelaki: he a nice ~, dia baik (orangnya); tell that ~ to go away, suruh orang itu pergi; she’s been going out with the same ~ for weeks, dia sudah berminggu-minggu keluar dgn lelaki yg sama; 2. (usu in pl) companion, associate, rakan: school ~s, rakan sekolah; ~s in crime, rakan sekongkol; ~s in /good fortune, misery, etc/, sama-sama /beruntung, susah, dll/; 3. (colloq) boyfriend, pak we; 4. (of learned society, college, university) fellow.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
masculinityn (sifat) kelaki(-laki)an: a man of undoubted ~, orang yg sifat kelelakiannya tdk diragukan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
man~ about town, lelaki yg suka berfoya-foya; ~ and boy, (old-fashioned) sejak /budak, kecil/ lagi: he lived on that island, ~ and boy, dia tinggal di pulau itu sejak budak lagi; ~ and wife, suami isteri, laki bini; ~ enKamus Inggeris-Melayu Dewan
masculineadj 1. having qualities typical of a male, (orang) lelaki: ~ pride, maruah lelaki; that is a typically ~ approach to the problem, itu pendekatan masalah yg tipikal bagi orang lelaki; 2. manly, kelaki(-laki)aKamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas