Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ku] | لاکو

Definisi : 1. gaya (cara) membuat sesuatu, per­buatan, tabiat: begini ~mu di belakangku; 2. boleh digunakan (spt wang dll), sah: wang yg tidak bernombor tidak akan ~; 3. (suka) dibeli orang, terjual: kuih jualannya ~; batik buatan Malaysia sangat ~ di kalangan pelancong; 4. dikehendaki orang utk sesuatu tujuan tertentu: hanya ketika muda ini awak ~; penyanyi itu masih ~ walaupun dia merupa­kan penyanyi tahun enam puluhan; selaku 1. semacam, seperti: kain tersidai di sana sini ~ tidak ada ampaian khas; 2. (bertindak dll) seperti, dlm kedudukan, sebagai: ~ pemimpin persatuan itu beliau tentulah sedar akan tugasnya; berlaku 1. sedang berjalan (berlangsung), terjadi: satu kebakaran besar telah ~ pagi ini; segala apa yg ~ di sekelilingnya ketika itu tidaklah menarik hatinya; 2. membuat sesuatu tindakan, mengerjakan sesuatu (tugas dll), berbuat: sedikit pun tidak terbayang pd mukanya sesuatu yg dapat menunjukkan bahawa dia mudah ~ serong; 3. = ~ sebagai menjadi (sbg): lingkaran dawai yg membawa arus elektrik itu ~ sbg sebatang magnet; 4. boleh diterima, diakui, sah: jikalau besar dosanya, dibunuh, itu pun jikalau ~ pd hukum syarak; 5. dijalankan, dikenakan, di­kuatkuasakan: larangan itu ~ mulai hari Khamis ini; melakukan 1. menjalankan (tugas), mem­buat (kerja dll), mengerjakan: kitalah yg berdosa kerana menuduh ia ~ perkara yg bukan-bukan; 2. menjadikan laku (jualan dll): janganlah ditulis semata-mata dgn sebab hendak menyedapkan dan ~ surat khabarnya sahaja; 3. = ~ diri membuat laku (spt), bertabiat atau berperangai (spt): maka Raja pun melihat Hang Jebat ~ dirinya spt anak raja; memperlakukan 1. membuat sesuatu (ter­hadap, kpd, dll), menganggap (memandang) sbg: tak kusangka aku diperlakukan sbg makhluk yg rendah dan tidak berdarjat; 2. menjadikan berlaku, memperkenankan, meluluskan: segala titah raja diperlakukan oleh segala rakyatnya; lakuan laras (bahasa): dia mengkaji bentuk bahasa yg diwujudkan dlm berbagai-bagai ~; kelakuan 1. tabiat yg biasa dilakukan, pe­rangai, perbuatan: semua orang ketawa melihat ~nya itu; 2. gaya (cara dll), keadaan: maka baginda berjalan menyamar ber­keliling negeri hendak melihat segala hal ~ negeri; Tuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat ~ orang perang itu; berkelakuan membuat laku, berperangai, bertabiat: aku berasa malu seorang dr kampungku ~ begitu; perlakuan apa yg dilakukan, perbuatan: kedua-dua orang tua itu sedikit pun tidak tercium akan ~ kedua-dua orang anak muda itu; tarian yg sering dianggap hiburan bagi sesetengah kaum adalah ~ ritual; pelaku 1. orang yg membuat sesuatu per­buatan (kerja dll), orang yg melakukan sesuatu: orang yg bersubahat dgn ~ jenayah itu pun bolehlah disalahkan dan dijatuhkan hukuman yg sama; 2. (Lin) orang yg mengerjakan se­suatu perbuatan (dlm ayat), pembuat; 3. orang yg berlakon, pelakon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ku] | لاکو

Definisi : 1 cara membuat sesuatu; perangai; tabiat: Maka Hang Tuah berlima saudara pun segeralah berlari-lari ke sana melihat ~ orang di pasar. buruk ~ buruk perangai. 2 banyak dibeli orang; sudah dijual; laris: Pisang goreng sangat ~ pd malam minggu spt ini. 3 dpt diterima atau dpt digunakan oleh orang ramai (bkn wang). berlaku 1 sedang berlangsung atau berjalan; terjadi: Suatu pergaduhan telah ~ semalam. 2 berbuat atau mengerjakan sesuatu: Sabur telah dituduh ~ curang terhadap raja permaisuri. 3 menjalankan tugas; menjadi: Bapanya ~ sbg pengadil dlm perlawanan itu. 4 dpt digunakan (ttg surat, peraturan dsb); sah; berkuat kuasa: Peraturan spt itu sudah tidak ~ lagi sekarang. melakukan 1 menjalankan sesuatu tugas dll; mengadakan (sesuatu perbuatan, tindakan dll); mengerjakan: Mereka masuk ke rumah berhala kerana hendak ~ upacara penyembahan. 2 menjadikan laku; melariskan jualan: Dia ~ barang-barang di kedainya dgn membuat iklan. 3 membuat laku atau perangai (sbg); berperangai; bertabiat: Dia ~ dirinya spt anak raja. memperlakukan 1 menjadikan berlaku; melakukan atau berbuat sesuatu terhadap: Sampai hati Hassan ~ ibunya spt orang gaji. 2 mengabulkan; memperkenankan: Dia menjadi manja kerana segala kehendaknya diperlakukan. kelakuan tingkah laku; perangai: Kedua-dua budak itu baik ~nya. berkelakuan berperangai; bertabiat: Kamu mestilah ~ baik, sama ada di sekolah ataupun di rumah. perlakuan perbuatan (hal dsb) berlaku atau berperangai: ~ pihak musuh yg sangat kejam itu tidak patut dibiarkan. pelaku 1 orang yg melakukan (mengerjakan) sesuatu. 2 yg melakukan sesuatu perbuatan (dlm ayat). selaku 1 seperti; semacam: Rumah itu kelihatan terlalu sunyi ~ tidak berpenghuni. 2 sebagai: ~ bapa angkat, beliau berhak menasihati pemuda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,

Puisi
 

Lalu gejis laku berjulang,
     Dimakan orang di rumah darat;
Cakap baik tak usah juak dibilang,
     Kakandamu boleh menangkap kilat.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Seperti beras lembab: dijual tak laku,
     ditanak tak muai.

Bermaksud :

Sesuatu yang tiada berharga dan kurang baik.

 

Lihat selanjutnya...(13)

363

Manners maketh man

Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang.

Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi

Remember that manners maketh man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year.

Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
unsaleableadj tdk laku: ~ goods, barang-barang yg tdk laku; old-fashioned shoes that are practically ~, kasut fesyen lama yg betul-betul tdk laku.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sell 2. be marketable, laku, laris: this gadget is sure to ~, alat ini pasti laku; his books are ~ing well, buku-bukunya sangat laku;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vandalismn laku musnah: acts of ~, perbuatan laku musnah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inhibitedadj repressed, tersekat laku: an ~ed young man, pemuda yg tersekat laku.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
-manneredadj berkelakuan, bertingkah laku, berperangai: he i_—s well~, dia berkelakuan baik; rough~, bertingkah laku kasar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
act5. behave, berkelakuan: he has been ~ing rather peculiarly lately, dia berkelakuan agak ganjil akhir-akhir ini; to ~ like an idiot, berkelakuan spt orang bodoh; how to ~, mengatur laku, menjaga tingkah laku: the young ladies were taught how to ~ at formal parties, gadis-gadis itu diajar ttg cara-cara mengatur laku di majlis rasmi; 6. pretend, berpura-pura: she’s only ~ing, dia berpura-pura sahaja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
money~ talks, duit juga yg laku: when all else fails, ~ talks, apabila semua ikhtiar gagal, duit juga yg laku; for so’s ~, (colloq) a. in o’s opinion, /bagi, pd pendapat/ sso: for my ~, she’s the best entertainerKamus Inggeris-Melayu Dewan
such~ as, ~ [n] as, a. (foll by n phr) i. like, seperti, (colloq), (se)macam: behaviour ~ as Robert’s is unacceptable, tingkah laku seperti tingkah laku Robert tdk dapat diterima; these privileges are not for ~ (people) as you and me, hak-hak istimewa ini bukan utk orang seperti kita; old houses ~ as mine are sometimes a burden, rumah-rumah tua semacam rumah saya kadang-kadang menjadi beban;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
misconductn 1. bad behaviour, salah laku: he was warned against further ~ in court, dia diberi amaran supaya tdk salah laku lagi di mahkamah; his wife sued for divorce on the grounds of his ~ with a female colleague, isterinya menKamus Inggeris-Melayu Dewan
perverted adj 1. ( of person ) kinky, sumbang laku: I think he must be ~, saya rasa dia seorang yg sumbang laku; 2. (of st) unnatural, warped, sumbang: ~ values, nilai-nilai yg sumbang; a ~ sense of humour, rasa lucu yg sumbang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas