Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.bat] | لمبت

Definisi : 1. tidak cepat atau lekas (pergerakan dll), perlahan-lahan: ia berjalan terlalu ~; 2. mengambil masa yg lama: benih ini ~ tumbuhnya; 3. lewat drpd waktu yg ditentukan, kasip, tertinggal: dia datang ~; jam ini ~ sepuluh minit; ~-bangat = ~-laun lama­kelamaan, akhir-akhirnya; ~ lepa Kd pantang ada kesempatan: ~ lepa dia kebas; ~ laga asalkan menang prb mengerjakan sesuatu biarlah lambat asalkan maksud ter­capai; biar ~ asal selamat, tak akan lari gunung dikejar prb membuat sesuatu kerja biarlah dgn cermat dan hati-hati; lambat-lambat dgn lambat, perlahan-lahan: mereka berjalan ~ menghampiri pinggir bukit itu; selambat-lambatnya (yg) paling lewat, se­habis lama: mereka akan menerima gaji belakangan ~ dua minggu lagi; berlambat, berlambat-lambat membuat sesuatu dgn perlahan-lahan, tidak terburu­-buru: ia berasa perlu berlambat-lambat sehingga ia dapat membuat keputusan yg saksama; berlambatan sl mengambil masa yg lama, lambat: adapun kita ini ~ akan beroleh kembali kerana Raja Rom ini besar sangat kekayaannya; melambatkan (sengaja) menjadikan lambat, membuat supaya lambat: ia ~ jalan basikalnya; melambat-lambatkan menyebabkan se­suatu (pekerjaan, tindakan dsb) berjalan lambat-lambat, melengah-lengahkan: kita tidak boleh ~ pelaksanaan tugas itu; diharapkan pihak bank tidak ~ keputusan pinjaman atau mengambil masa terlalu panjang; memperlambat menjadikan lebih lambat: kerja yg buruk elok diperlambat; terlambat melewati (melebihi) masa yg ditentukan, memakan masa, tidak menepati masa, terlewat: kerana takut ~, Mak Konah tidak menghiraukan lagi usikan anak-anak Cina itu; kelambatan 1. perihal lambat, kelewatan: ~ menetapkan harga padi itu telah menye­babkan mereka rugi; Seri Bija Diraja menyem­bahkan sebab-sebab ~ yg dialaminya itu; 2. terlewat (drpd yg ditentukan), terlambat; pelambat bahan atau sesuatu yg melambat­kan (proses, perjalanan sesuatu dsb): bahan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.bat] | لمبت

Definisi : 1 tidak cepat (bkn perjalanan atau perbuatan); perlahan-lahan: Ia sangat ~ membuat kerja. 2 mengambil masa yg lama: Pokok durian ~ berbuah. 3 lewat dr waktu yg ditentukan; ketinggalan: Jam dinding itu ~ 20 minit. ~ laun (bangat) lama-kelamaan; akhirnya. berlambat, berlambat-lambat membuat sesuatu dgn perlahan-lahan; tidak tergesa-gesa atau tidak terburu-buru. melambatkan membuat supaya lambat; menjadikan lambat: Ia ~ langkah kakinya. Kekurangan petugas telah ~ kerja itu. memperlambat menjadikan lebih lambat: Kerana malas, ia sengaja ~ kerjanya. terlambat tidak menepati masa; terlewat: Saya ~ lima minit. kelambatan 1 hal lambat; kelewatan: ~ kereta api itu telah merunsingkan hati kaum keluarga yg menunggu. 2 terlewat (dr waktu yg ditentukan); terlambat. selambat-lambatnya sehabis lambat; paling lewat: Mereka akan sampai ~ setengah jam lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambat (adverba)
1. Bersinonim dengan perlahan: lembap, mengambil masa,
Berantonim dengan cepat

2. Bersinonim dengan lewat: laun, melampaui waktu,
Berantonim dengan awal

Kata Terbitan : terlambat, kelambatan,

Puisi
 

Kalau berjalan terasa lambat,
     Kalau berlari terasa cepat;
Jangan kita suka mengumpat,
     Rugi di dunia di akhirat tak dapat.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Biar lambat asal selamat,
     tak lari gunung dikejar.

Bermaksud :

Membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati.

 

Lihat selanjutnya...(34)

253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(16)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
drag~ (along) behind, move more slowly than (others), approp v + lambat-lambat: I had to ~ behind as I was having difficulty breathing, saya terpaksa berjalan lambat-lambat krn saya terasa sukar utk bernafas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unhurriedadj tdk /terburu-buru, tergesa-gesa, bergegas-gegas/; (of voice) lambat-lambat: she always appears ~, dia selalu kelihatan tdk tergesa-gesa; a calm and ~ voice, nada suara yg tenang dan lambat-lambat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slowly adv perlahan-lahan; (in speech) lambat-lambat: the patient’s condition is improving ~, keadaan pesakit beransur pulih perlahan-lahan; the ship moved ~ into the harbour, kapal itu bergerak perlahan-lahan masuk ke pelabuhan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
leisurelyadj & adv [various translations]: they took a ~ walk in the park, mereka bersiar-siar di taman; a ~ cup of tea, minum teh lambat-lambat; a ~ cruise around the Greek islands, pelayaran yg santai mengelilingi kepulauan Greek; the women were chatting ~, wanita-wanita itu sedang berbual-bual santai di taman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
leisurelyadj & adv [various translations]: they took a ~ walk in the park, mereka bersiar-siar di taman; a ~ cup of tea, minum teh lambat-lambat; a ~ cruise around the Greek islands, pelayaran yg santai mengelilingi kepulauan Greek; the women were chatting ~, wanita-wanita itu sedang berbual-bual santai di taman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slowly she ~ realised that he did not love her anymore, perlahan-lahan dia menyedari bahawa lelaki itu tdk menyayanginya lagi; he spoke ~ and clearly, dia berucap lambat-lambat dan dgn jelas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slow2. not prompt, lambat: ~ service, layanan yg lambat; ~ reaction, reaksi yg lambat; a ~ answer, jawapan yg lambat; if you’re ~ you’ll miss the bus, kalau kamu lambat kamu akan ketinggalan bas; they are ~ in making changes, mereka lambat membuat perubahan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
delayedadj 1. slow, retarded, lambat, lewat: ~ reaction, tindak balas lambat; ~ growth, pertumbuhan lambat; ~ puberty, baligh terlewat; 2. past date, terlewat: ~ registration fees, bayaran pendaftaran terlewat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slow 5. behind the correct time, lambat: my watch is ~, jam saya lambat; the station clock was ten minutes ~, jam di stesen itu lambat sepuluh minit;6. intended for slow movement, perlahan:those who are not overtaking should drive in the ~ lane, sesiapa yg tdk memotong seharusnya memandu di lorong perlahan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slow b. (of physical movements) perlahan, lambat, lamban: ~ steps, langkah yg perlahan; he was stiff and ~ in his movements, gerakannya kaku dan lambat; c. (of worker, driver, etc) lamban, (approp v) dgn lambat: she’s a ~ eater, dia makan dgn lambat; d. (of animal or inanimate thing) approp v + (dgn) perlahan: the horse was old and ~, kuda itu tua dan bergerak perlahan; the ~, old freighter, kapal pengangkut usang yg bergerak perlahan; the ~ stream, sungai yg mengalir perlahan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas