Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lang.kah] | لڠکه

Definisi : 1. gerak kaki ketika berjalan (ke hadapan atau ke belakang): pasangan suami isteri itu pun berjalan pulang dgn ~ yg berat; 2. jarak di antara dua belah kaki ketika ber­jalan: ada kira-kira lima ~ ia meninggalkan tangga rumah, ia berhenti; 3. cara mengerjakan sesuatu, sesuatu yg dikerjakan, perbuatan: sejak tadi lagi kuketahui dan kuawasi ~nya; 4. awal perbuatan (perjalanan, pekerjaan, dll); ~ baik (buruk) permulaan yg baik (buruk); ~ bendul a) berkahwin dahulu drpd kakak; b) memperisteri adik sedangkan kakaknya belum berkahwin; ~ gelombang dua belas nama gerak dlm pencak silat; ~ kanan mujur; ~ kiri sial (tidak beruntung); ~ surut undur (langkah ke belakang); mengangkat (membuka, mengambil) ~ seribu cabut lari (kerana takut dll); melangkah, berlangkah 1. menggerakkan langkah, mengayunkan langkah, berjalan: ia ~ dua langkah ke hadapan; 2. memulai perjalanan (pelayaran dll): serta mustaid ia pun ~lah dgn tauhid hatinya meninggalkan kampung halaman; 3. = melangkahi; 4. tidak mengikut susunan, melangkau: dilang­kahnya beberapa perenggan lalu membaca perenggan yg lain; 5. ark melalui, menem­puh: ~ lautan; melangkahi 1. melampaui, melangkaui: ia terus ~ tangga; 2. melanggar, tidak mengikut tatatertib (peraturan dll), menyalahi: per­buatan spt itu dianggap telah ~ adat Melayu; adat bermain pantai itu sudah menjadi adat pusaka yg tak boleh dilangkahi lagi; ~ bendul langkah bendul; ~ laki bermukah (bkn perempuan yg sudah bersuami); melangkahkan 1. menggerakkan langkah, menggerakkan kaki kerana berjalan: dia ~ kakinya mundar-mandir mengelilingi Kota Melaka; 2. memulakan perjalanan atau pelayaran (perahu dll); langkahan hasil perbuatan melangkah: harimau itu berhenti drpd meneruskan ~ kakinya; kelangkahan 1. suami yg isterinya berlaku curang; 2. didahului adiknya berkahwin, kelampauan; 3. Jk dilangkahi atau dilalui; pelangkahan 1. perihal melangkah (me­langkahi, melangkahkan); 2. = pelangkah permulaan sesuatu pekerjaan (pelayaran, tindakan, dll): menurut ilmu ~, ini alamat buruk; pd kali ini, barulah pelangkahnya betul kerana waktu ia sampai, bapanya sudah balik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lang.kah] | لڠکه

Definisi : 1 gerakan kaki ketika berjalan: Mereka berjalan dgn ~ yg perlahan. 2 jarak antara dua belah kaki ketika berjalan: Dia berundur tiga ~. 3 apa-apa yg dikerjakan; tindakan; perbuatan: Pihak polis sentiasa mengawasi setiap ~ yg dilakukannya. ~ baik (buruk) permulaan yg baik (buruk). ~ bendul ki hal adik berkahwin dahulu sebelum kakak (bkn adik-beradik perempuan). ~ kanan mujur. ~ kiri sial atau tidak beruntung. ~ seribu perbuatan melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut dll. melangkah 1 menggerakkan langkah: Dia berhati-hati ~ supaya tidak terpijak tanah yg becak. 2 memulakan perjalanan, pelayaran dll: Baru saja ia ~ dr rumah, hari pun hujan. melangkahi 1 melakukan sesuatu melebihi yg sepatutnya; melampaui: ~ batas. 2 tidak mematuhi peraturan, nasihat dsb; melanggar (perintah dsb): ~ kakak lebih dahulu berkahwin (ttg adik); ~ suami berlaku curang terhadap suami. melangkahkan 1 menggerakan (kaki) ke depan utk berjalan. 2 memulakan sesuatu perjalanan (pelayaran dsb) dgn upacara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langkah (kata nama)
Bersinonim dengan tindakan, perbuatan, ikhtiar, usaha, jalan, cara;,
Kata Terbitan : melangkah, melangkahi,

Peribahasa

Panjang langkah,
     singkat permintaan.

Bermaksud :

Telah sampai ajalnya.

 

Lihat selanjutnya...(9)

134

Between the devil and the deep blue sea

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Lalu hangus, surut layu

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(20)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
security 7. measures taken to guard against st, langkah-langkah keselamatan: strict ~ has to be maintained at the bank, langkah-langkah keselamatan yg ketat harus dipastikan di bank itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
measurelangkah-langkah utk membanteras buta huruf;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
palliative deceive the public, langkah-langkah peringanan ini tdk menipu orang ramai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reactionaryadj reaksioner: ~ measures, langkah-langkah reaksioner;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interimn interim: ~ measures, langkah-langkah interim; ~ dividend, dividen interim; ~ report, laporan interim; ~ order, perintah interim; in the ~, sementara itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coerciveadj memaksa: ~ measures, langkah-langkah memaksa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
retributiveadj berbentuk hukuman: ~ steps, langkah-langkah berbentuk hukuman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reformatoryadj reformasi, pembaharuan: ~ measures, langkah-langkah reformasi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
retaliatory, retaliativeadj tindakan balas: ~ measures, langkah-langkah tindakan balas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
precautionaryadjmencegah: ~ measures against AIDS, langkah-langkah mencegah AIDS.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas