Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[liar] | ليار

Definisi : 1. tidak dipelihara (binatang), tidak jinak, buas, tidak dijaga (tumbuh-tumbuhan), terbiar: binatang-binatang ~ di dlm hutannya termasuk gajah, harimau, beruk, mawas, dll; 2. tidak tetap, gelisah (pandangan dll), buas, ganas (perangai manusia): dgn ~ ia meman­dang ke sekelilingnya; ~ mata selalu mengalih­alih pandangan; 3. tidak sopan-santun (perbualan, permainan, dll), tidak beradab: ia masih tertawa ~; peguam itu menyifatkan tuduhan tersebut sbg tuduhan yg ~; matanya merayap-rayap di atas ruangan siri cerita wanita ~ yg biasa menjadi siaran akhbar itu; orang ~ orang biadab; 4. tidak teratur, tidak mempunyai aturan; pasukan ~ Id pasukan yg tidak teratur (bukan tentera rasmi); rumah ~ Id rumah haram; sekolah ~ Id sekolah persendirian (tidak menurut syarat­-syarat yg ditentukan oleh kerajaan); berliar-liar selalu berlaku liar: Daim budak peliharaannya itu sudah pun pandai ~; meliar menjadi liar (kelakuan, tumbuh­-tumbuhan dll): misai dan janggutnya itu terbiar begitu tebal dan ~ sekali tumbuhnya; matanya ~ ke kiri dan ke kanan jalan; meliarkan menjadikan liar: falsafah pendidikan Barat yg semakin menjauhkan dan ~ generasi Islam drpd roh dan keperi­badiannya sendiri; keliaran perihal (sifat, keadaan, dsb) liar: dia tidak pernah berfikir tentang ~ anak-­anak kota dgn hidup yg tidak menentu; Alias Ali hanya memaparkan soal ~ hidup dan pendedahan seks anak-anak muda; berkeliaran berjalan (terbang dll) ke merata tempat, merayau; ®keliar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liar] | ليار

Definisi : 1 tidak dipelihara (bkn binatang); tidak dijaga (bkn tumbuh-tumbuhan); terbiar: anjing ~. 2 tidak teratur; tidak beradab: Perangai budak lelaki itu masih ~. 3 tidak tetap (pandangan dll): Matanya ~ memperhatikan gadis-gadis itu. meliar menjadi liar (bkn kelakuan, tumbuh-tumbuhan dll). keliaran keadaan atau sifat liar: ~ anak muda hari ini disebabkan oleh kurangnya didikan agama. berkeliaran bergerak (berjalan dsb) dgn tidak bertujuan atau menuju ke serata tempat: Murid-murid yg didapati ~ di pusat membeli-belah dsb pd waktu sekolah hendaklah dikenakan tindakan disiplin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liar (adjektif)
1. Bersinonim dengan terbiar: buas, ganas, terbiar, hutan, culas,
Berantonim dengan jinak

2. Bersinonim dengan tidak sopan: tidak santun, tidak beradab, biadab, balik adab, kasar, kurang ajar, tidak senonoh, tambung, songong,
Berantonim dengan sopan

Kata Terbitan : meliar, meliarkan, keliaran, berkeliaran,

Puisi
 

Ikan haruan ikan liar,
     Paya mana tuan tetakkan;
Jikalau abang pergi belayar,
     Di mana saya hendak diletakkan?


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Padi sekepuk hampa,
     emas seperti loyang,
kerbau sekandang jalang.

Bermaksud :

Kelihatan kaya (pandai) sebenarnya miskin (bodoh); bernasib malang. kepuk = lumbung padi; jalang = liar.

 

Lihat selanjutnya...(2)

316

Nobody believes a liar when he speaks the truth

Orang yang sudah biasa berbohong akan disangsikan kebenaran katanya.

Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya?

Please don't make up stories because nobody believes a liar when he speaks the truth. You have only yourself to blame if your genuine pleas for help go unheeded someday.

Janganlah awak mereka-reka cerita kerana orang akan beranggapan kayu bengkok, masakan lurus bayangannya. Jangan awak menyalahkan orang lain pula jika rayuan minta tolong awak itu, meskipun betul, tidak diendahkan kelak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
wildadj 1. living in natural surroundings, not domesticated, liar, hutan: the tribe live on ~ animals, puak itu hidup dgn memakan binatang liar; they went hunting ~ duck, mereka pergi memburu itik liar; 2. growing naturally, not cultivated, liar, hutan: the children were picking ~ flowers, budak-budak itu sedang memetik bunga-bungaan liar; ~ berries, beri hutan; 3. fierce and dangerous, ganas: a ~ bull, lembu jantan yg ganas; 4. uncivilized, savage, liar: ~ tribes, puak-puak liar; 5. uninhabited, tdk dihuni manusia: they passed through miles of ~ parts of the country, mereka melewati berbatu-batu jauhnya bahagian negeri itu yg tdk dihuni manusia; the ~ hills, bukit-bukau yg tdk dihuni manusia; 6. violent, tempestuous, a. (of weather, storm) membadai: it was a ~ and windy day, suatu hari yg membadai dan angin bertiup kencang; b. (of sea) bergelora;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wildlifen hidupan liar: a ~ reserve, kawasan simpanan hidupan liar; a law to protect ~ in the area, undang-undang utk melindungi hidupan liar di kawasan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
liarn pembohong, penipu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
liarn pembohong, penipu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wild11. lacking any discipline or control esp involving sex or violence, liar: ~ parties, majlis liar; 12. unusual and rather silly, bukan-bukan, mengarut: their ~ suggestions were greeted with laughter, cadangan mereka yg bukan-bukan itu disambut dgn gelak ketawa; she has ~ fantasies, dia mempunyai khayalan yg bukan-bukan; ~ ideas, idea yg bukan-bukan; 13. (esp US), (colloq) wonderful, betul-betul seronok: I love water skiing – it’s ~!, saya suka meluncur air – betul-betul seronok!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
confirmedadj firmly established in a habit or condition, (of drunkard, liar, etc) kaki; (of bachelor) terlajak: a ~ liar, kaki bohong; a ~ bachelor, bujang terlajak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wildadv; run ~, a. grow unchecked, tumbuh liar: the vines are running ~ all over the place, pokok-pokok menjalar itu tumbuh liar di merata-rata tempat; b. stray, (terbiar) berkeliaran: the young horses run ~ on the range, anak-anak kuda itu berkeliaran di padang ragut; c. be undisciplined, tdk terkawal: since their parents’ death the children have been running ~, sejak kematian ibu bapa mereka, budak-budak itu tdk terkawal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
untamed2. uncultivated, wild, diliputi tumbuh-tumbuhan liar: we walked for miles on the ~ moor, kami berjalan berbatu-batu di mur yg diliputi tumbuh-tumbuhan liar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
saturnalian pesta /liar, gila-gila/, saturnalia, pesta pora.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wild flowern bunga /hutan, liar/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910

Kembali ke atas