Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lang] | مالڠ

Definisi : 1. letaknya melintang (mengalang): pd tiap-tiap sawah terlihatlah beberapa tali ~ melintang; 2. nasib yg tidak baik (tidak beruntung), celaka, sial: tolonglah hamba yg ~ ini; 3. = malangnya dikesalkan sedikit, dukacita: ~nya kebanyakan orang yg terkena penyakit itu tidak mahu berjumpa doktor; ~ celaka Raja Genggang tuak terbeli tunjang hilang prb hal orang yg malang sewaktu sampai maksud yg kedua yg sudah di tangan hilang pula; ~ tak berbau prb kecelakaan yg tidak dapat diketahui sebelumnya; ~ tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb nasib buruk tidak dapat dielakkan begitu juga nasib baik tidak boleh dicari-cari; memalangi ark menghormati, menyegani: di kalangan penduduk kampung itu, dia sangat dimalangi; kemalangan 1. kecelakaan, kesialan, kerugi­an, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. ter­timpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lang] | مالڠ

Definisi : tidak bernasib baik; ditimpa kecelakaan dll; sial: Jika baginda berjumpa dgn fakir miskin atau orang-orang yg ~, disuruhnya orang itu datang ke istananya. kemalangan 1 apa-apa bencana yg berlaku dgn tidak disangka-sangka; kejadian yg merosakkan yg berlaku dgn tidak diduga; kecelakaan. 2 ditimpa bencana; ditimpa kecelakaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malang (adjektif)
Bersinonim dengan tidak bernasib baik, tidak beruntung, bernasib buruk, ditimpa malang, celaka, sial, langkah kiri, lacur, geruh, sueh, sebal, sarau, udi;,
Kata Terbitan : kemalangan,

Puisi
 

Ikan talang ikan terubuk,
     Udang galah udang kepai;
Malang sungguh nasib Pak Kaduk,
     Ayam menang kampung tergadai.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Mujur sepanjang hari,
     malang sekejap mata.

Bermaksud :

Malang yang tak dapat dielakkan.

 

Lihat selanjutnya...(36)

396

Misfortunes never come singly

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Untung melambung, malang menimpa.

It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, Untung melambung, malang menimpa. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(26)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
ill-fatedadj malang: the ~ expedition, ekspedisi yg malang; the ~ attempt, percubaan yg malang; an ~ marriage, perkahwinan yg malang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unhappy2. unlucky, unfortunate, malang: the ~ captain was held to be responsible, kapten yg malang itu telah dipertanggungjawabkan; that was an ~ time for them, waktu yg malang bagi mereka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unfortunate2. accompanied by or resulting in misfortune, malang: an ~ experience that affected his whole life, pengalaman malang yg menjejaskan seluruh hidupnya; it was an ~ day for us all, hari itu hari yg malang bagi kami semua;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
haplessadj malang: the ~ children caught up in the war, kanak-kanak malang yg terlibat dlm peperangan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unluckyadj 1. (having bad luck) tdk bernasib baik, bernasib malang; (characterized by misfortune) malang: he is always ~ in gambling, dia selalu tdk bernasib baik semasa berjudi; I was ~ enough to miss the train, saya cukup tdk bernasib baik krn ketinggalan kereta api; he had an ~ day at the races and had to walk home, nasibnya malang pd hari perlumbaan kuda itu dan dia terpaksa pulang berjalan kaki;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
woe~ /betide, to/so., malang menimpa sso: ~ betide you if you disobey her, malang akan menimpa kamu kalau kamu mengingkarinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wretchedadj 1. pitiable, malang; (of life) sengsara: his ~ wife was left without any means of support, isterinya yg malang ditinggalkan tanpa sara hidup; the ~ life of the refugees, hidup sengsara orang-orang pelarian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tough~ on so., (colloq) malang bagi sso: it’s rather ~ on her to break her leg just as the children are starting their holidays, memang malang baginya apabila kakinya patah ketika anak-anaknya mula hendak bercuti;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
misfortunen 1. bad, luck, (nasib) malang: that family has had its share of ~, keluarga itu pernah beberapa kali ditimpa nasib malang; 2. unlucky event, kemalangan: they suffered many ~s on the journey, mereka banyakKamus Inggeris-Melayu Dewan
unfortunateadj 1. hapless, unlucky, tdk bernasib baik, malang: the ~ prisoners were kept standing for hours in the hot sun, tawanan-tawanan yg malang itu dibiarkan berdiri berjam-jam lamanya di tengah panas; we will do our best to help the ~ people, kami akan berusaha sedaya upaya utk menolong orang yg tdk bernasib baik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas