Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.ru] | ممبورو

Definisi : 1. mengejar atau menyusul utk menangkap sesuatu (orang, binatang, dll): ~ binatang; ~ pencuri; 2. meluru atau bergegas utk mendapatkan sesuatu: ia menanggalkan kasut terus ~ ke dlm; 3. berikhtiar sekuat tenaga utk mencapai sesuatu: aku tidak akan ~ dan berlumba-lumba utk mencapai kedudukan yg tinggi; ~ kekayaan (pangkat, wang) berikhtiar mendapat kekayaan dll; ~ selamat berikhtiar agar selamat; ~ masa (waktu) berikhtiar agar jangan terlambat; 4. = memburu-buru, memburu-burukan menggesakan, mempercepat: tak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.ru] | ممبورو

Definisi : 1 mengejar kerana hendak menangkap atau menyusuli sesuatu: Orang ramai dilarang ~ binatang di kawasan ini. 2 berusaha sungguh-sungguh supaya mendapat apa-apa yg dihajati: Di samping ~ kekayaan, janganlah kita lalai mengerjakan ibadat kpd Tuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memburu

Puisi
 

Orang memburu seberang sana,
     Dapat seekor landak betina;
Senjata buruk besi dah lama,
     Mana tikam susah nak kena.


Lihat selanjutnya...(13)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
hunt~ after, (fig.) memburu, mengejar: ~ after fame and fortune, memburu kemasyhuran dan kekayaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hunt~ down, memburu sampai dapat: the police dogs ~ed down the criminal, anjing-anjing polis memburu penjenayah itu sampai dapat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rabbitvi memburu arnab: the boys want to go ~ting this afternoon , budak-budak lelaki hendak pergi memburu arnab petang ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chaseln 1. pursuit, pengejaran, pemburuan, mengejar, memburu: the villagers joined in the ~, penduduk kampung turut serta dlm pengejaran itu; after a long ~ the thief was captured, selepas lama memburu, pencuri itu dapat ditangkap; give ~ (to), mengejar, memburu: police gave ~ to the speeding car, polis mengejar kereta yg laju itu; 2. hunting, perburuan, berburu: they enjoyed the ~ more than the kill, mereka lebih seronok berburu drpd mendapat hasil buruan; 3. animal pursued, buruan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hound~ so. down, memburu sso sampai dapat: the police were determined to ~ down the bank robber, pihak polis berazam akan memburu perompak bank itu sampai dapat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
witch-hunt2. persecution of those with different views, characteristics, etc, usaha memburu (approp n): the ~ against the Jews started as soon as Hitler came to power, usaha memburu orang Yahudi bermula sebaik saja Hitler naik berkuasa; a ~ for Reds in the organization, usaha memburu komunis dlm organisasi itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pursuitn (fml) 1. chasing with intention to capture, (usaha) /memburu, mengejar/: the guards went all over the grounds in ~ of the intruder, pengawal-pengawal pergi merata-rata di tempat itu utk memburu penceroboh; the ~ ended when they had the escapee trapped in an old shack, usaha memburu itu berakhir apabila orang yg melarikan diri itu terperangkap dlm sebuah pondok buruk; in hot ~, memburu dgn hebat: he took to his heels with the villagers in hot ~, dia cabut lari krn diburu dgn hebat oleh penduduk-penduduk kampung itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
manhuntn usaha memburu: the army and the police joined in the ~ for the escaped prisoners, pihak tentera dan polis bersama-sama dlm usaha memburu banduan-banduan yg lepas lari.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
season b. (of animal) musim memburu [sst]; (of fish) musim menangkap ikan: pheasants are not in ~, ini bukan musim memburu burung kuang; c. (of female animal) sedang berahi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
huntvi pursue game, berburu; (of animal) memburu mangsa: to go out ~ing, pergi berburu; animals that ~ at night, binatang-binatang yg memburu mangsa pd waktu malam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas