Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mer.lu.kan] | ممرلوکن

Definisi : 1. menjadikan perlu, memesti­kan, mewajibkan: ibu bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka; 2. meng­hendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar: negara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera; 3. membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu drpd perkara (kerja) lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mer.lu.kan] | ممرلوکن

Definisi : 1 menjadikan perlu; mewajibkan; memestikan: Kita tidak boleh ~ apa-apa yg sunat. Ada orang yg lebih ~ pakaian drpd makanan. 2 menghendaki atau menghajati benar-benar: Negara kita masih ~ sejumlah besar doktor dan jurutera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,

Peribahasa

418

A good name is sooner lost than won

Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.

Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)

You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.

Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
call~ for, a. require, warrant, memerlukan: the situation ~s for drastic measures, keadaan itu memerlukan langkah-langkah yg keras; b. demand, menuntut: the committee members ~ed for his resignation, ahli-ahli jawatankuasa menuntut supaya dia meletakkan jawatan; c. come to collect, datang utk mengambil;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
needvt & aux 1. require, memerlukan [n], perlu [v]: I ~ $200, saya memerlukan wang $200; I ~ to borrow $200, saya perlu meminjam wang $200; this house ~s a new coat of paint, rumah ini perlu dicat lagi; the extra money was not ~ed, wang tambahan itu tdk diperlukan; cactuses ~ little water, pokok kaktus memerlukan sedikit air; this section ~s rewriting, bahagian ini perlu ditulis semula; 2. have to, perlu, harus, mesti; (in the negative) tdk perlu; (colloq) tak /payah, usah/: a fact that we all ~ to bear in mind, suatu kenyataan yg harus kita semua ingat; we ~n’t go to work tomorrow, tak payah kita pergi kerja esok; you ~n’t pretend you didn’t hear, kamu tak usah pura-pura tak dengar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
necessitatevt memerlukan, menyebabkan perlu: this new development ~d a change of plan, perkembangan baru ini memerlukan perubahan rancangan; his deteriorating condition ~d his undergoing an operation, keadaannya yg bertambah teruk menyebabkan dia perlu menjalani pembedahan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
take21. (gram.) memerlukan: a transitive verb ~s an object, kata kerja transitif memerlukan objek;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sadly~ in need, sangat memerlukan: the office is ~ in need of new computers, pejabat itu sangat memerlukan komputer baru;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cry~ out for, sangat memerlukan: the organisation is ~ing out for better management, pertubuhan itu sangat memerlukan pengurusan yg lebih baik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
urgentin ~ need of st, memerlukan sst segera: an injured man in ~ need of medical attention, lelaki yg cedera yg memerlukan rawatan segera;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
entailvt 1. involve, require, memerlukan, melibatkan: your project ~s a great deal of research, projek tuan memerlukan banyak penyelidikan; 2. (leg.) menghadturunkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
take19. need, require, memerlukan; (an amount of time) mengambil masa; (colloq) makan: the jumper will 14 ounces of wool, jumper itu memerlukan 14 auns benang bulu; she ~s hours to dress, dia mengambil masa berjam-jamKamus Inggeris-Melayu Dewan
requirevt 1. need, memerlukan, perlu [v]: this letter ~s an answer, surat ini perlu dijawab; the matter ~s further clarification, perkara itu memerlukan penjelasan selanjutnya; 2. (usu pass.) ask, force or order, menghendaki: all voters are ~d to register immediately, semua pengundi dikehendaki mendaftar serta-merta; the law ~s that accidents be reported as soon as possible, undang-undang menghendaki bahawa kemalangan dilaporkan secepat mungkin; 3. (fml) wish to have, hendak, mahu: will you ~ coffee?, kamu hendak kopi?.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas