Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.han] | مناهن

Definisi : memasang jerat dll (utk menangkap binatang, ikan, dll): ~ bubu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.han] | مناهن

Definisi : 1. tidak membiarkan berlalu (mengalir dll), menghentikan, menyekat: ada sebuah tandup yg ~ air sungai itu utk digunakan di sawah; 2. memberi bersokong supaya jangan rebah (jatuh), menopang, menyangga: mereka sedang mencacak buluh di kaki tebing sungai itu utk ~nya supaya jangan runtuh; 3. melambaikan tangan supaya (bas, kereta sewa, dll) berhenti: aku ~ bas itu; 4. mencegah, mengelakkan atau menjauhkan (penyakit dll): ~ diri drpd diper­daya; 5. melawan dan memukul mundur (musuh), menangkis (serangan): dia pun menyuruhlah membuat beberapa kubu se­pan­jang-panjang sungai itu akan ~ angkat­an dr Sabukit; 6. menguasai perasaan (hawa nafsu dll), mengekang: saya akan mencuba ~ nafsu muda sehingga pengajian saya di universiti tamat; 7. tidak memanjangkan (permohonan dll) kpd yg lebih tinggi, tidak disampaikan kpd: surat permohonannya telah ditahan oleh ketua bahagian; 8. tidak membiarkan pergi, tidak membenarkan (masuk, pergi, dll): kami bertiga telah ditahan di luar dan Said Abu Bakar seorang sahaja yg disuruh masuk; 9. memasukkan dlm pen­jara (utk sementara sahaja), memenjara­kan, mengurung: polis ada kuasa ~ seseorang yg disyaki selama empat belas hari; 10. menye­kat sesuatu drpd sampai kpd yg berhak, tidak memberikan sesuatu kpd yg berhak: permin­taan isteri utk membeli itu dan ini dan perbelanjaan anak-anak ditahan sedikit; 11. menyimpan (utk persediaan dll): dua karung beras ditahan utk bekalan dlm pelayaran; 12. menguatkan diri supaya sanggup men­derita dll, menderita: dia kelihatan terkial-kial ~ kesakitan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.han] | مناهن

Definisi : 1 tidak membiarkan lepas (mengalir, lalu dll); menyekat: Batas ini gunanya utk ~ air drpd mengalir keluar. 2 tidak membenarkan masuk, pergi dll: Kerana kami tidak mempunyai surat kebenaran masuk, pengawal itu telah ~ kami di pintu pagar istana. 3 memberi bersokong supaya tidak roboh (run­tuh); menopang. 4 memasukkan ke dlm penjara; memenjarakan: Dia telah ditahan oleh polis selama seminggu. 5 melambai-lambaikan tangan supaya bas (kereta dll) berhenti. ~ jerat a. memasang jerat. b. ki mengenakan atau melakukan tipu muslihat; men­celakakan dgn tipu muslihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,

Puisi
 

Budak-budak menahan taut,
     Joran dicacak di tepi kolam;
Asal ikan tempat di laut,
     Kenapa masak dibubuh garam?


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Bungkal genap menahan cuba,
     emas baik menahan uji.

Bermaksud :

Keutamaan sifat seseorang dapat diuji dan dicuba. genap = cukup timbangannya; bungkal (bungkalan) = anak timbangan, ukuran berat emas.

 

Lihat selanjutnya...(7)

194

To fish in troubled waters

Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri.

Menahan lukah di pergentingan

The two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict.

Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menahan lukah dipergentingan dengan menjual senjata kepada Negara terbabit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
restrainvt 1. prevent, hold back from some action, procedure or cause, menahan; (laughter) menahan diri: the prisoner grew violent and had to be forcibly ~ed by the warders, orang tahanan itu menjadi ganas dan pengawal penjara terpaksa menahannya dgn paksa; she tried to ~ herself from shouting back, dia cuba menahan dirinya dr memekik; she couldn’t ~ her tears, dia tdk dapat menahan air matanya; he could not ~ his laughter, dia tdk dapat menahan dirinya dr ketawa; 2. curb, curtail, mengawal: measures were taken to ~ inflation, beberapa tindakan telah dilaksanakan utk mengawal inflasi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
subdue 2. bring under control, menahan: she tried to ~ her rage, dia mencuba menahan rasa marahnya; his presence ~d my fears, kehadirannya menahan rasa takutnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
keep~ from st, a. refrain from st, menahan + approp n, menahan diri drpd sst: he couldn’t ~ from expressing his disappointment, dia tdk dapat menahan diri drpd menyatakan rasa kecewanya; b. avoid st, /mengelakkan diriKamus Inggeris-Melayu Dewan
repressvt 1. restrain, menahan: he could barely ~ his laughter, hampir tdk dapat dia menahan ketawanya; he tried to ~ a sneeze, dia mencuba menahan bersin; 2. quell, menindas: to ~ a revolt, menindas pemberontakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
endurevt 1. bear, menahan: he is able to ~ pain without complaining, dia dapat menahan kesakitan tanpa merungut; they have ~d great hardships, mereka telah menahan kejerihan yg dahsyat; 2. tolerate, tahan: she can’t ~ to see animals being cruelly treated, dia tdk tahan melihat binatang diperlakukan dgn kejam; I cannot ~ him, saya tdk tahan dengannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abstain~ from, refrain voluntarily from, a. (gen) menahan diri drpd: to ~ from comment, menahan diri drpd membuat ulasan; b. (food, drink) menjauhi, menahan diri drpd /(me)makan, (me)minum/; (for health or religious reasons) memantang(kan), berpantang /(me)makan, (me)minum/: to ~ from fatty foods, memantang makanan berlemak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stop 11. hinder from doing st temporarily,, menahan: they ~ped passers-by to ask their opinions,, mereka menahan orang yg lalu-lalang utk menanyakan pendapat mereka; police ~ped two men at the airport,, polis menahan dua lelaki di lapangan terbang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stop3. prevent a. (so. from doing st) menahan, menghalang: they ~ped me from seeing her, mereka menahan saya drpd menemuinya; ~ os, menahan diri; b. (st from happening) menghalang: the marriage was ~ped at the last minute, perkahwinan itu dihalang pd saat-saat akhir;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
refrain 1 vi menahan diri supaya tdk [v]: he wanted to argue, but ~ed, dia hendak bertengkar tetapi menahan diri supaya tdk melakukannya; she found it difficult to ~ from tears, dia mendapati sukar hendak menahan diri supaya tdk menangis; kindly ~ from smoking, tolong jangan merokok.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abstinencen ; ~ from, a. (gen) menahan diri drpd /(me)makan, (me)minum/: ~ from certain kinds of food, menahan diri drpd memakan jenis-jenis makanan yg tertentu; b. (alcoholic drink ) menjauhi, menahan diri drpd.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas