Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.nyah] | مڠوڽه

Definisi : 1. melumatkan (meng­hancurkan) makanan dlm mulut dgn gigi se­belum menelannya, memamah: tanganku menyuap nasi lagi, mulutku ~ perlahan-lahan; 2. ki memikirkan baik-baik, meneliti (ajaran, kata-kata, dll): segala ajarannya hendaklah dikunyah dan diambil mana yg baik; 3. ki memakan, menelan: usia tua telah ~ hidupnya sejak suaminya meninggal dunia; 4. = mengunyah-ngunyah ki me­nyebut (memperkatakan) berulang-ulang, selalu membangkit-bangkitkan: janganlah dikunyah-kunyah lagi perkara itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.nyah] | مڠوڽه

Definisi : menghancurkan makanan dlm mulut dgn gigi (sebelum menelannya); memamah: Makanan hendaklah dikunyah lumat-lumat sebelum ditelan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kunyah
Kata Terbitan : mengunyah, terkunyah, kunyahan,

Peribahasa

Belum bergigi hendak mengunyah.

Bermaksud :

Hendak melakukan sesuatu tetapi alat syaratnya belum ada.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
munchvt mengunyah: he ~ed an apple while reading his book, dia mengunyah epal semasa membaca bukunya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chewvi mengunyah, memamah: this tooth hurts when I ~, gigi ini sakit apabila saya mengunyah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
munchvi mengunyah(-ngunyah): he could hear the cows ~ing in the shed, dia dapat mendengar bunyi lembu mengunyah-ngunyah di dlm kandang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chewvt 1. crush, grind (food etc) with teeth, mengunyah, memamah: to ~ food before swallowing, mengunyah makanan sebelum menelannya; 2. bite repeatedly with teeth, menggigit-gigit: she sat in one corner, nervously ~ing her fingernails, dia duduk di satu sudut sambil menggigit-gigit kukunya dgn gugup;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crunchvt 1. also ~ on st, crush noisily with the teeth, berkerap-kerup [sso] mengunyah; (on st big and hard) mengerkah: they were ~ing sweets and peanuts, berkerap-kerup mereka mengunyah gula-gula dan kacang; the dog is ~ing a bone, anjing itu sedang mengerkah tulang; 2. crush noisily, approv + berderap-derap: the heavy wheels ~ed the pebbly road, roda yg berat menggelek berderap-derap jalan yg berkerikil itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chompvi & vt mengunyah dgn kuat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chew~ /over, on/, (fig.) memikir-mikirkan, mengunyah: he ~ed over the problem all day, sepanjang hari dia memikir-mikirkan masalah itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chewn 1. act of chewing, mengunyah, memamah, pengunyahan; 2. quid of tobacco, gentel: a ~ of tobacco, segentel tembakau;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
masticatevi & vt (fml) chew, mengunyah, memamah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shut vt 1. close, menutup: she ~ the suitcase and locked it, dia menutup beg pakaian dan menguncinya; ~ your mouth while you’re chewing your food, tutup mulut kamu semasa mengunyah makanan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas