Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nun.tut] | منونتوت

Definisi : 1. meminta dgn mendesak (supaya dilakukan, dipenuhi, dll): pekerja-pekerja ~ supaya dinaikkan gaji; 2. meminta supaya dijelaskan (hutang dll), menagih hutang: pekedai-pekedai tidak berani lagi ~ hutang drpd pelanggan-pelanggan mereka; 3. hendak memulangkan kembali perbuatan yg telah dilakukan kepada seseorang, hendak mengimbangi kembali (kejahatan orang dll), melakukan sesuatu yg setimpal: perbuatan si dajal itu mesti dituntut; 4. mempertahankan (hak atas sesuatu), menjaga, memelihara: hak pengarang dituntut; 5. berusaha dgn keras (utk mendapatkan sesuatu), bekerja sungguh-sungguh (utk mencapai tujuan dll): mereka telah banyak mengorbankan tenaga dan harta dlm perjuangan mereka ~ kebebasan itu; 6. berusaha utk mencari ilmu (pengeta­huan dll), mempelajari: anak-anaknya dihantar ~ ilmu ke tempat yg lebih maju; 7. mewajibkan, mengharuskan, menjadikan kemestian (agar dilakukan dsb sesuatu): kita hendaklah menunaikan kewajiban kita spt yg dituntut oleh agama kita; isinya tidak ~ kita berfikir jauh; 8. membawa perkara ke mahkamah (utk diadili), mendakwa: mereka yg melanggar undang-undang negara akan dituntut; 9. sl menuju ke, menghala ke; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nun.tut] | منونتوت

Definisi : 1 meminta dgn mendesak supaya sesuatu dilakukan atau ditunaikan: Pekerja-pekerja itu ~ gaji lebih. 2 meminta supaya dije­laskan hutang dll: Tiap-tiap bulan, tauke itu pergi ~ hutang drpd pelanggan-pelanggannya. 3 berusaha utk men­cari ilmu pengetahuan atau utk mendapatkan sesuatu: Ia pergi ~ ilmu ke Mesir. 4 membawa sesuatu perkara ke mahkamah; mendakwa. ~ balas membalas sesuatu perbuatan; membalas dendam. ~ bela membalas kejahatan orang; membela kematian seseorang. ~ janji meminta supaya menepati janji. ~ malu membalas sesuatu perbuatan jahat yg memalukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuntut
Kata Terbitan : menuntut, tuntutan, penuntut,

Puisi
 

Buah salak di dalam piring,
     Buah kedondong atas jendela;
Kalau jalak lawan biring,
     Nanti tedung menuntut bela.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sabung selepas hari petang,
     tak dapat menuntut balas lagi.

Bermaksud :

Untung-untungan; berserah kepada nasib.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
exactvt 1. (fml) demand as a right, menuntut: feudal lords who ~ taxes from the peasants, pembesar feudal yg menuntut cukai drpd para petani; she ~ed obedience from her children, dia menuntut kepatuhan drpd anak-anaknya; 2. require, menuntut, memerlukan: the work ~s a high degree of skill, kerja itu menuntut kemahiran yg tinggi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
avengevt membela, menuntut bela thdp; (insult etc) membalas: he vowed to ~ his father’s death, dia bersumpah akan membela kematian bapanya; she was determined to ~ her lover, dia bertekad utk menuntut bela thdp kematian kekasihnya; I will ~ the insult to my family, saya akan membalas penghinaan yg dilakukan thdp keluarga saya; ~ os on so., membalas dendam thdp sso: he ~d himself on his critics in the next issue of the magazine, dia membalas dendam thdp pengkritik-pengkritiknya dlm majalah keluaran yg berikutnya; ~ st on so., menuntut bela thdp sso: he ~d his brother’s murder on the conspirators, dia menuntut bela thdp pembelot-pembelot itu krn membunuh abangnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
counter-claimvt menuntut balas: they ~ed $2,000, mereka menuntut balas $2,000.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
buy~ st off, membayar [sso] supaya tdk + approp v, menyingkirkan (sst) dgn membayar (sso): he bought off the other claimants to the title, dia membayar pihak lain yg turut menuntut supaya tdk menuntut hak milik itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
claim3. assert o’s ownership of, menuntut: no one ~ed the watch found in the premises, tdk ada yg menuntut jam tangan yg dijumpai di perkarangan bangunan itu; 4. take, account for, meragut: an epidemic that has ~ed thousands of lives, wabak yg telah meragut beribu-ribu nyawa; 5. call for, memerlukan: his work ~s his whole attention, tugasnya memerlukan sepenuh perhatiannya; 6. deserve, berhak mendapat: the plight of the starving millions ~s our sympathy, penderitaan berjuta-juta orang yg kebuluran itu berhak mendapat simpati kita.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stick 2 b. demand or fight for o’s rights, memperjuangkan, menuntut: more women are beginning to ~ up for their rights, lebih ramai wanita yg mula menuntut hak mereka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
call~ for, a. require, warrant, memerlukan: the situation ~s for drastic measures, keadaan itu memerlukan langkah-langkah yg keras; b. demand, menuntut: the committee members ~ed for his resignation, ahli-ahli jawatankuasa menuntut supaya dia meletakkan jawatan; c. come to collect, datang utk mengambil;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
assertvt 1. maintain, defend in words, menyatakan, menegaskan; (right) menuntut: to ~ o’s claim, menyatakan tuntutan sso; he ~ed his right to keep his vote secret, dia menuntut haknya utk merahsiakan undinya; 2. demonstrate the existence of, memperlihatkan, menunjukkan: to ~ o’s authority, memperlihatkan wibawa sso; to ~ o’s manhood, memperlihatkan sifat kejantanan sso; 3. declare positively, forcefully, menegaskan: he ~ed that he was innocent, dia menegaskan bahawa dia tdk bersalah; to ~ o’s opinion, menegaskan pendapat sso; 4. thrust (os) forward in an insistent manner, menonjolkan: he was a failure as a leader because he did not ~ himself sufficiently, dia gagal sbg seorang pemimpin krn kurang menonjolkan dirinya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
claimantn pihak menuntut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ask~ st of, a. request, meminta: may I ~ a favour of you?, boleh saya meminta pertolongan kamu?; b. expect, demand, menuntut: you’re ~ing too much of the boy – expecting him to work twenty-four hours a day, kamu menuntut terlalu banyak drpd budak itu – mengharapkan dia bekerja dua puluh empat jam sehari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas