Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mung.kin] | موڠکين

Definisi : tidak mustahil, boleh jadi, harus: apa yg dikatakan oleh orang itu memang ~ ter-jadi; secepat (selekas) ~ (dgn) secepat yg boleh, (dgn) secepat-cepatnya; sedapat ~ se­dapat-dapatnya; memungkinkan 1. menyebabkan mungkin, menjadikan mungkin, mengharuskan: ke-matian mereka ~ terjadinya sesuatu yg tidak diingini oleh manusia; 2. memberi kesem­patan (kpd), membolehkan (melakukan se­suatu): ini tidak ~ si pengarang dapat mengata-kan dia sudah banyak membaca; 3. meng­anggap mungkin (boleh jadi), memandang tidak mustahil; kemungkinan perihal mungkin, keharusan: beberapa orang pakar sejarah sedang me-nyelidiki ~ agama Islam dibawa dr negeri China; berkemungkinan mempunyai kemungkin­an, ada kemungkinannya: dgn ini bererti masih ada sistem planet di bintang lain yg ~ lebih tua usianya drpd planet bumi; ketidakmungkinan perihal tidak boleh terjadi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mung.kin] | موڠکين

Definisi : boleh jadi; dpt terjadi; tidak mustahil: Emaknya ~ datang ke rumahnya hari ini. secepat (selekas) ~ secepat yg dpt; secepat-cepatnya. memungkinkan 1 menjadikan mungkin. 2 membolehkan sesuatu berlaku: Peraturan itu ~ pekerja-pekerja menjalankan tugas dgn cekap dan teratur. 3 menganggap mungkin atau menganggap tidak mustahil. kemungkinan 1 keadaan mungkin. 2 sesuatu yg mungkin berlaku: Syarikat tsb mempunyai ~ besar utk maju. berkemungkinan mempunyai kemungkinan; ada kemungkinannya: Usaha itu ~ akan menghadapi rintangan kerana ada pihak yg kurang senang terhadap pelaksanaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mungkin (kata tugas)
Bersinonim dengan barangkali, boleh jadi, harus, tidak mustahil, agak-agaknya, mudah-mudahan, mentak;,
Kata Terbitan : memungkinkan, kemungkinan,

Puisi
 

Duku dekat pohon melati,
     Banyaknya di bawah bunga bertabur;
Hatiku lekat mungkin ke mati,
     Rasa jiwa seumpama lebur.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Alu pencungkil duri.

Bermaksud :

Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti antan pencungkil duri).

 

Lihat selanjutnya...(40)

298

The leopard cannot change its spots

Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah.

Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan

I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard cannot change its spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose!

Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(24)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
possiblyadv 1. perhaps, maybe, mungkin, barangkali, boleh jadi: ~ he has missed the train, mungkin dia telah ketinggalan kereta api; “Will you apply for the post?” “P~”, “Kamu akan memohon jawatan itu?” “Mungkin”; 2. conceivably, by any way at all, yg mungkin; (with negative) mungkin: they did everything they ~ could to secure his release, mereka melakukan segala yg mungkin supaya dia dibebaskan; a story that could not ~ be true, cerita itu tdk mungkin benar; I’ll do all I ~ can to help, saya akan membuat apa yg mungkin utk membantu; 3. (with negative) tdk mungkin: I can’t ~ finish this job on time, tdk mungkin saya dapat menyiapkan kerja ini tepat pd masanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
possibleas/ much, soon, well, etc/ as ~, /sebanyak, secepat, sebaik dll/ mungkin: she came as soon as ~, dia datang secepat mungkin; /the best, the worst etc/ ~, /sebaik, seburuk dll/ mungkin: we had the best ~ education, kami mendapat pendidikan yg sebaik mungkin; the highest ~ score, pungutan mata yg sebanyak mungkin; /where, wherever, whenever/ ~, /di mana, pd bila-bila masa yg/ mungkin: she visits him at the hospital whenever ~, dia akan melawatnya di rumah sakit itu pd bila-bila masa yg mungkin; wherever ~, leave a space for notes, di mana mungkin, tinggalkan ruang utk membuat nota;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
foolproofadj tdk mungkin gagal; (of system, device, etc) tdk mungkin disalahgunakan: a ~ scheme, rancangan yg tdk mungkin gagal; a ~ security system, sistem keselamatan yg tdk mungkin disalahgunakan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
perhapsadv 1. possibly, maybe, mungkin, boleh jadi: ~ it will be fine tomorrow, mungkin cuaca akan elok esok; 2. (when offering a possible reason) maybe, mungkin, barangkali, boleh jadi: “I wonder why he’s late?” “P~ his car has broken down again”, “Saya hairan kenapa dia lewat?” “Mungkin keretanya rosak lagi”;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
likelyadj 1. expected to happen, probable, mungkin: there’s ~ to be a storm this afternoon, ribut mungkin berlaku petang ini; I think Jones is his most ~ successor, saya fikir Jones yg mungkin sekali menjadi penggantinya;it seems hardly ~ that they’ll go ahead with the threat, nampaknya mereka tdk mungkin akan meneruskan ugutan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
likelyadj 1. expected to happen, probable, mungkin: there’s ~ to be a storm this afternoon, ribut mungkin berlaku petang ini; I think Jones is his most ~ successor, saya fikir Jones yg mungkin sekali menjadi penggantinya;it seems hardly ~ that they’ll go ahead with the threat, nampaknya mereka tdk mungkin akan meneruskan ugutan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
perhaps3. (by way of example) maybe, mungkin: we could visit one of the hill resorts – Genting Highlands or ~ Fraser’s Hill, kita boleh melawat salah satu bukit peranginan – Genting Highland atau mungkin Bukit Fraser; 4. (when making a rough guess) possibly, mungkin: he had slept for ~ three hours, dia telah tidur mungkin tiga jam; 5. (when making a polite request) mungkin: ~ you would like to come with us, mungkin kamu hendak ikut bersama kami; 6. (disagree or criticize in a polite way) barangkali: the dish is ~ a bit too hot, barangkali masakan ini pedas sedikit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unlikelyadj a. will probably not happen, tdk mungkin (approp v): the widow is ~ to marry now, janda itu tdk mungkin akan berkahwin sekarang; as things stand, victory is ~, dgn keadaan yg ada, kemenangan tdk mungkin dicapai; in the ~ event /of, that/, sekiranya ada kemungkinan: in the ~ event of her marrying again, the money goes to the children, sekiranya ada kemungkinan dia berkahwin lagi, wang itu akan diserahkan kpd anak-anaknya; b. is probably not true, tdk dapat dipercayai: a most ~ story, cerita yg tdk dapat dipercayai langsung; c. unexpected, tdk disangka-sangka: the document was found in the most ~ place, dokumen itu dijumpai di tempat yg tdk disangka-sangka langsung; d. unpromising, dirasakan tdk mungkin: this ~ alliance cannot last long, perikatan yg dirasakan tdk mungkin ini tdk akan dapat bertahan lama.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
impossibleadj 1. that cannot be done, be fulfilled, undertaken, exist, etc, (used with infin) mustahil, tdk mungkin; (attrib), /mustahil, tdk mungkin/+ approp v: it is ~ to get there in under an hour, tdk mungkin ita dapat sampai di sana dlm masa sejam; the plan would be ~ to execute, rancangan itu mustahil dapat dilaksanakan; conditions made it ~ for the match to proceed, keadaan menyebabkan perlawanan itu mustahil dapat diteruskan; an ~ task, tugas yg tdk mungkin dapat dilaksanakan; an ~ story, kisah yg tdk mungkin berlaku;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
probableadj 1. likely to occur, mungkin: it seems ~ that the meeting will be cancelled, nampaknya mesyuarat ini mungkin dibatalkan; victory is possible but hardly ~, walaupun peluang memang ada, tetapi kemenangan mungkin payah hendak diperolehi; 2.likely to be, bakal: he is among the ~ candidates for the position, dia antara bakal calon utk jawatan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas