Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nom.bor] | نومبور

Definisi : tanda yg menyatakan bilangan, angka; ~ asas nombor dr 0 hingga 9; ~ atom (Kim) nombor yg menunjukkan bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan elektron yg mengelilingi nukleus atom neutral; ~ Avogadro (Kim) bilangan molekul, atom, ion, atau elektron dlm satu mol bahan; ~ bercampur nombor yg mengandungi nombor penuh dgn angka pecahan; ~ bulat = ~ penuh nombor yg tidak ada angka pecahan; ~ ganjil nombor yg berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ genap nombor yg tidak berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ induk = ~ pokok Id bilangan daftar dlm buku daftar; ~ lepas Id eceran (surat khabar, majalah); ~ neutron (Kim) bilangan neutron dlm sesuatu nukleus atom; ~ pendaftaran satu siri huruf dan nombor yg terdaftar dgn pihak yg berwajib, mis bagi kereta dan syarikat; ~ pengenalan diri nombor rahsia yg di­per­untukkan kpd seseorang pemegang akaun, biasanya digunakan dgn kad bank utk me­ngeluarkan wang tunai melalui ATM: ~ peng­oksidaan (Kim) bilangan elektron yg perlu ditambah kpd kation atau disingkirkan drpd anion utk memperoleh atom neutral; ~ perduaan (Mat) nombor yg menggunakan sistem pernomboran berdasarkan dua angka asas, iaitu 0 dan 1; ~ perenambelasan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan enam belas angka asas, iaitu 0 hingga 9 dan A hingga F; ~ perlapanan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan lapan angka asas, iaitu 0 hingga 7; ~ plat nombor pendaftaran pd kenderaan bermotor; ~ satu a) angka satu; b) = ~ wahid bp yg terbaik atau terdahulu; ~ siri nombor yg menandakan satu-satu item atau butiran dlm sesuatu siri, mis pd wang kertas; ~ tunggal nombor yg hanya boleh dibahagi oleh nombor itu sendiri dan nombor satu (tanpa berlebih); bernombor mempunyai nombor atau telah dinomborkan; menombori memberi bernombor, mem­berikan nombor (bilangan) kpd; penomboran perihal (perbuatan dsb) me­nombori (sesuatu): ~ bab dibuat berdasarkan jenis dan kategori buku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nom.bor] | نومبور

Definisi : tanda atau lambang dlm tu­lisan utk menyatakan bilangan; angka. ~ atom ist nombor yg menun­jukkan bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan elektron yg mengelilingi nukleus atom neutral. ~ bulat (penuh) nombor yg tidak mempunyai ang­ka pecahan. ~ ganjil nombor yg ber­baki satu apabila dibahagikan dgn dua. ~ genap nombor yg tidak ber­baki apabila dibahagikan dgn dua. ~ perdana (tunggal) nombor yg tidak dpt dibahagikan dgn sebarang ang­ka lain dgn tidak berbaki kecuali dgn angka 1 atau dgn angka itu sen­diri (mis 7, 17, 41). menombori mem­beri bernombor; menjadikan se­­sua­tu bernombor; meletakkan atau membubuh nombor pd: Mereka ~ piring-piring itu lalu menyimpannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nombor (kata nama)
Bersinonim dengan angka, bilangan.,

Puisi
 

Darilah Raib berperahu ke hutan,
     Lumba pertama si nombor satu;
Apa ditangis apa disukakan,
     Hilanglah lama berganti baru.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

211

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
number onen 1. the most important person, orang nombor satu: who’s the ~ in this organization?, siapakah orang nombor satu dlm organisasi ini?; 2. the best, nombor satu: the ~ ballet dancer in the world, penari balet nombor satu di dunia; 3. the most important, nombor satu: public enemy ~, musuh nombor satu orang awam; 4. (colloq) oneself, dirinya (sendiri): he only thinks of ~, dia hanya memikirkan dirinya sendiri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
numbern 1. symbol or word that indicates a numeral, nombor: 1, 3, 5, 7 and 9 are odd ~s, 1, 3, 5, 7 dan 9 ialah nombor ganjil; this ~ is divisible by 4, nombor ini boleh dibahagikan dgn 4; 2. numeral identifying person or thing in a series, nombor: telephone ~, nombor telefon; the registration ~ of the car, nombor pendaftaran kereta; 3. (usu in abbreviated form), (before a figure or figures) no.; (indic size) saiz: they live at no. 5, Jalan Dang Wangi, mereka tinggal di no. 5, Jalan Dang Wangi; ~ 5 shoe, kasut saiz 5; 4. amount, quantity, bilangan:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unlucky2. bringing misfortune, tdk bertuah: he was born under an ~ star, dia lahir di bawah bintang yg tdk bertuah; 7 is my ~ number, nombor 7 ialah nombor yg tdk bertuah bagi sayaKamus Inggeris-Melayu Dewan
number~ off, menyebut nombor: the soldiers ~ed off from the right, askar-askar itu menyebut nombor bermula dgn sebelah kanan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
refershe ~red to the dictionary for the meaning, dia merujuk kpd kamus utk makna perkataan itu; don’t ~ to the clock in the hall; it’s slow, jangan berpandukan jam di dlm dewan itu; jam itu lambat; 4. have relation to, merujuk; (discovery, idea, event) menganggap: the numbers ~ to the footnotes, nombor-nombor itu merujuk kpd nota kaki; observers ~ed to the event as the turning point in the economy, pemerhati-pemerhati menganggap peristiwa itu sbg titik perubahan ekonomi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chalkvt 1. also mark, outline with chalk, menanda [sst] dgn kapur: to ~ lines on the tennis court, menanda garisan di gelanggang tenis dgn kapur; 2. write with chalk, menulis [sst] dgn kapur: to ~ different numbers on the boxes, menulis nombor-nombor yg berlainan pd kotak-kotak itu dgn kapur; 3. also ~ out, draw with chalk, /melukis, melakar/ dgn kapur: to ~ a rough map on the blackboard, melukis peta ringkas dgn kapur di papan hitam; 4. whiten, rub with chalk, mengapuri: he ~ed the end of his cue, dia mengapuri hujung kayu kiunya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wrong/have, get/ the ~ number, tersalah nombor: I’m afraid you’ve got the ~ number, saya rasa kamu tersalah nombor;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
finishb. finish race etc (in certain position) mendapat tempat; (colloq) mendapat nombor: Bulgaria ~ed third in the high jump, Bulgaria mendapat tempat ketiga or mendapat nombor tiga dlm acara lompat tinggi; where did Zaitun ~?, Zaitun mendapat tempat keberapa?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
godG~ damn you, haram jadah, celaka kamu; G~ help so., Tuhan melindungi sso; G~’s gift to women, jantan nombor satu di dunia: he thinks he is G~’s gift to women, dia fikir dia jantan nombor satu di dunia; G~ willing, jika dizinkan Tuhan; (in Islam) Insya-Allah, jika diizinkan Allah; by G~, (colloq) Ya Tuhan, Ya Rabbi; for G~’s sake, tolonglah; good G~, my G~, oh G~, G~ in Heaven, Ya Tuhan; (in Islam) Ya Allah, Ya Rabbi; /how, what, why/ in G~’s name, [not translated]: why in G~’s name didn’t you go to the police?, kenapalah kamu tdk pergi pd polis?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
binaryn nombor binar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas