Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.dang] | ڤادڠ

Definisi : 1. tanah yg lapang, lapangan; ~ bola padang tempat bermain bola sepak; ~ belantara = ~ gurun = ~ tiah tanah luas yg tidak di­kerjakan; ~ jarak = ~ tekukur padang atau tanah luas yg ditinggalkan (tidak dikerjakan); ~ (kapal) terbang lapangan terbang; ~ mahsyar padang tempat berkumpul pd hari kia­mat; ~ minyak tanah luas yg ada minyak tanah di dlmnya; ~ pasir tanah pasir yg sangat luas; ~ ragut = ~ rumput ternak kawasan tanah yg ditumbuhi rumput dan tumbuh-tum­buhan serupa yg sesuai utk diragut oleh binatang ternakan spt lembu dan biri-biri; ~ rumput padang yg ditumbuhi rumput; ~ tandus padang yg tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan; ~ tembak padang tempat berlatih menembak; ~ usaha lapangan atau lingkungan pekerjaan; 2. Kd sawah, bendang; ~ perahu di lautan, ~ hati di fikiran prb a) demikian luas hati itu, berapa banyak pun fikiran masuk di dalamnya; b) fikirkan sung­guh-sungguh sebelum melakukan sesuatu me­nurut kehendak hati; di ~ orang berlari, di ~ sendiri berjingkat prb suka menerima hak orang sahaja tetapi tidak memberi hak sendiri; lain ~ lain belalangnya, (lain lubuk lain ikannya) prb lain negeri lain adat resamnya; tersesak ~ ke rimba prb habis ikhtiar (akal) hingga tidak ada daya upaya lagi; berpadang mempunyai padang, ada padang­nya; diberi ~ luas prb diberi kebebasan utk memilih apa kehendaknya; orang menebus ~ senang, orang diberi beroleh sahaja prb sesuatu yg telah menjadi hak milik kita boleh dibahagi­kan sesuka hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.dang] | ڤادڠ

Definisi : kawasan tanah yg luas dan tidak ditumbuhi pokok; tanah yg lapang. ~ bola padang tempat bermain bola. ~ jarak ~ tekukur kawasan yg luas yg ditinggalkan. ~ mahsyar padang tempat sekalian makhluk Allah berhimpun di akhirat kelak. ~ minyak kawasan tanah yg ada petroleum di dlmnya. ~ pasir kawasan yg tidak ditumbuhi apa-apa kecuali dipenuhi pasir saja. ~ ragut padang yg ditumbuhi rumput tempat lembu, kambing dsb meragut rumput. ~ rumput padang yg hanya ditumbuhi rumput. ~ tembak kawasan tempat berlatih menembak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padang (kata nama)
Bersinonim dengan gelanggang, litar, stadium, arena; lapangan, dataran, halaman, alun-alun, tanah lapang; kancah, medan.,

Puisi
 

Rumput padang tumbuh di padang,
     Sayang keduduk tidak berbunga;
Asal dagang pulang ke dagang,
     Kalau duduk tidak berguna.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Bagai berseru di padang pasir.

Bermaksud :

Seruan yang tidak diendahkan orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti berseru di tengah padang, b. Seperti memekik di tengah padang luas).

 

Lihat selanjutnya...(21)

116

So many countries, so many customs

Lain negeri, lain pula cara, peraturan dan adat resam.

Lain padang, lain belalang.

So many countries, so many customs. What is considered a friendly gesture in one country may be seen as impudent in a another. So, be careful.

Lain padang, lain belalang. Sesuatu yang dianggap sebagai tanda persahabatan di sebuah negara mungkin dianggap biadap di negara lain. Jadi, berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fieldn 1. open tract of grassland, padang: cows grazing in the ~s, lembu-lembu yg meragut rumput di padang; 2. cultivated tract of land, ladang; (irrigated) sawah, bendang: ~s of wheat ripening under the sun, ladang-ladang gandum yg menguning disinari cahaya matahari; 3. wide expanse covered with substance named, medan, padang: the ice ~s around the North Pole, padang ais di sekitar Kutub Utara; lava ~, medan lava; 4. area rich in named resource, medan: the opal ~s of South Australia, medan baiduri Australia Selatan; gas ~s, medan gas; 5. area cleared and marked for purposes, padang: a football ~, padang bola sepak; a landing ~, padang mendarat; training ~, padang latihan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grasslandn padang rumput: tropical ~, padang rumput tropika.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
meadown grassland, padang rumput: cattle grazing in the ~s, lembu-lembu yg meragut di padang rumput.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shoot2. hunt, berburu: they have gone to Padang Terap to ~, mereka ke Padang Terap utk berburu; 3. move with sudden quick movement, a. (of person, animal) meluru: a cyclist shot out from a side street right into the path of an approaching truck, seorang penunggang basikal meluru keluar dr lorong dan melintas betul-betul di hadapan sebuah lori yg sedang lalu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
park3. (US) sports ground or playing field, padang: all the boys have gone to the ball-park, semua budak itu telah ke padang bola; 4. stretch of land for particular purpose, taman: the National P~, Taman Negara; Damai has a new cultural ~ and village, Damai mempunyai taman dan desa budaya yg baru; Windsor Safari P~, Taman Safari Windsor;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
send c. also ~ so. off the field, memerintahkan sso keluar padang: the referee sent the player off for arguing, pengadil memerintahkan pemain itu keluar padang krn berbalah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mise-en-scènen 1. (theatr) mise-en-scène; 2. (fig.) latar belakang: the Padang and its surrounding buildings formed an impressive ~ for the proclaimation of independence, Padang dan bangunan-bangunan sekelilingnya merupKamus Inggeris-Melayu Dewan
Saharan (padang pasir) Sahara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shooting range n padang /tembak, sasaran/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
playing-fieldn padang (bola).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas