Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sang] | ڤاسڠ

Definisi : 1. jodoh, kelamin (laki-laki dan perempuan atau jantan dan betina); 2. dua benda yg melengkapi satu sama lain: tiga ~ selipar, dua ~ stoking; 3. selengkap, sepe­rangkat, satu set: dua ~ pakaian; sepasang 1. satu pasang, sejodoh, sekelamin, selengkap: ~ pengantin; ~ baju Melayu; ~ merpati a) sekelamin burung merpati jantan dan betina; b) ki sekelamin lelaki dan perem­puan; 2. sesuai (dgn), sepadan (dgn): tali lehernya ~ dgn bajunya; 3. = ~ dgn merupa­kan pasang (dgn), selengkapan (dgn): barang ini ~ dgn yg di atas meja; berpasang = berpasangan; berpasang-pasang 1. banyak pasang, bebe­rapa pasang: ~ kasut yg dibelinya; 2. berdua­-dua, sepasang-sepasang: kasut itu disusun ~; mereka datang ke kelab malam itu ~; memasangkan menjadikan sepasang (dgn), menjodohkan; pasangan 1. barang apa yg merupakan pa-sang (jodoh dll): ~ dr Malaysia itu telah berjaya memenangi set pertama; 2. jodoh (imbangan, lengkapan): ~ hidup; benda ini mana ~nya? berpasangan 1. merupakan pasangan kpd: gelas ini ~ dgn yg itu; 2. = berpasang-pa­sangan berpasang, berdua-dua (sepasang-sepasang): para tamu sama ~ mengikuti irama muzik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sang] | ڤاسڠ

Definisi : 1. naik atau menjadi bertambah (air laut, sungai), lwn surut: apabila air ~ , tidak mungkin kita menyeberangi kuala sungai itu; 2. ki semakin kuat (bkn penyakit); ~ anak air pasang kecil yg berlaku pd suku pertama (pengakhir) bulan; ~ bah air pasang yg mengakibatkan bah (tenggelam); ~ besar (perbani) air pasang besar pd masa bulan muda (atau penuh); ~ keling air pasang besar sekali; ~ kering air surut (timpas); ~ menyurut air pasang yg sedang naik (di laut); ~ penuh air pasang yg penuh atau besar (sebelum surut); ~ purnama air pasang tatkala bulan purnama; ~ surut a) = ~ turun air laut (sungai) surut atau turun; b) banyak atau sedikitnya, baik atau buruknya dll (bkn hasil, keadaan, dll); adat ~ berturun naik = air pun ada ~ surutnya = takkan ~ selalu, di mana surut sentiasa prb keadaan (kekayaan, pangkat, dll) itu tiada tetap; ibarat ~ masuk muara prb perkataan (celaan) yg tiada ditahan-tahan keluarnya; kalau takut dilimbur ~, jangan berumah di tepi pantai prb kalau takutkan kesusahan, jangan buat sesuatu pekerjaan; tidak mengenang ~ surut prb tidak memikirkan kesusahan yg mungkin terjadi pada kemudian hari; berpasang; ~ surut ada pasang surutnya: hidup tanpa jadual ini mengakibatkan pendapatan kami ~ surut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sang] | ڤاسڠ

Definisi : ; ~ siap (yg) dibina atau dibuat dgn mengena-ngenakan atau mencantum-can­tumkan bahagian-bahagiannya yg telah disediakan atau dibuat terlebih dahulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sang] | ڤاسڠ

Definisi : 1 dua orang yg terdiri drpd seorang lelaki dan seorang perempuan; dua ekor binatang yg terdiri drpd seekor jantan dan seekor betina; jodoh; kelamin: se~ anak ayam. 2 dua benda yg satu menjadi pelengkap kpd yg lain dan sebaliknya: Ada dua ~ kasut pd saya. 3 beberapa benda yg semuanya dikira satu; selengkap; set: se~ baju Melayu. berpasang-pasang 1 berdua-dua; sepasang-sepasang: Kemudian mereka pun menari ~. 2 beberapa pasang: ~ kasut. memasangkan menjadikan sepasang (dgn); menjodohkan: Dia bersetuju jika anaknya dipasangkan dgn gadis itu. pasangan sesuatu yg menjadi regu atau jodoh kpd sesuatu yg lain; satu drpd dua yg berpasang-pasang: Stoking ini mana ~nya? berpasangan 1 ada pasangannya; berdua: Dia pergi seorang diri, tidak ~. 2 merupakan pasangan kpd: Dia ~ dgn saya ketika pergi ke majlis itu. berpasang-pasangan dlm kumpulan dua-dua; terdapat pasangan-pasangannya: Mereka berbaris ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.sang] | ڤاسڠ

Definisi : menjadi lebih tinggi parasnya (bkn air laut atau air sungai); lw surut; naik: Hari ini air laut ~ pd pukul sepuluh pagi. ~ surut a. paras air laut yg berubah-ubah menjadi tinggi (pasang) dan menjadi rendah (surut). b. ki banyak atau sedikitnya; baik atau buruknya dll (ttg keadaan, hasil dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.sang] | ڤاسڠ

Definisi : ; memasang 1 mengenakan api pd sesuatu supaya bernyala atau terbakar; menyalakan (lampu dll); melepaskan (tembakan meriam): ~ pelita. 2 menyambungkan beberapa bahagian yg disediakan dahulu supaya menjadi lengkap; membuat sesuatu supaya lengkap jadinya: ~ kereta; ~ langsir jendela; ~ paip air. 3 meletakkan sesuatu (spt lukah) di tempat-tempat tertentu utk menangkap benda-benda yg lalu di situ; menahan (lukah dll): ~ jerat; ~ jaring. 4 memulakan perjalanan sesuatu jentera; menghidupkan: ~ enjin. 5 ist tindakan mengenakan atau menyambungkan perkakasan atau perisian ke dlm sistem komputer. ~ badan menghias diri dgn memakai pakaian yg cantik-cantik dll. ~ bendera menaikkan atau mengibarkan bendera. ~ harga menentukan harga. ~ kaki mengadakan orang utk mengintip dll. ~ mata memperhatikan baik-baik. ~ mata-mata mengambil polis utk menjaga sesuatu. ~ telinga mendengar dgn sungguh-sungguh dan berhati-hati; mendengar baik-baik. memasangi memasang pd atau di: ~ siling dgn kipas. memasangkan 1 menyebabkan sesuatu dilekatkan pd. 2 memasang sesuatu utk. terpasang sudah dipasang atau dipasangkan: Lampu berwarna-warni ~ di keliling rumah. pemasangan perbuatan atau kerja memasang: Kebanyakan kemalangan elektrik disebabkan oleh kecuaian, kejahilan dan ~ wayar yg tidak betul. pemasang orang yg memasang sesuatu: ~ paip. pepasangan ist sistem yg terdiri drpd perkakas atau alat-alat (spt wayar elektrik) yg telah dipasang; sesuatu yg dipasang (terutama perkakas elektrik): Sebarang sambungan kpd ~ yg ada hendaklah dilakukan oleh kontraktor penyambung wayar yg berdaftar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasang

Puisi
 

Pasang ini pasang purnama,
     Daun cempedak tidak melayang;
Datang ini datang bertanya,
     Hendaklah tidak berkasih sayang.


Lihat selanjutnya...(80)
Peribahasa

Pasang masuk muara.

Bermaksud :

Terlalu mudah mencela; mengeluarkan kata-kata tanpa pertimbangan.

 

Lihat selanjutnya...(15)

210

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
tidaladj pasang surut: the Thames is a ~ river, Sungai Thames ialah sungai pasang surut; ~ energy, tenaga pasang surut; ~ movements of commuter traffic, gerakan pasang surut lalu lintas yg ulang-alik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
prefabricatedadj pasang siap: a ~ bridge, jambatan pasang siap; a ~ house, rumah pasang siap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tiden1. a. rise and fall of sea, pasang surut: the sun and moon both affect the ~s, bulan dan juga matahari mempengaruhi pasang surut; b. water moved by this, air pasang: the causeway is covered by the ~ twice a day, tambak itu diliputi air pasang dua kali sehari; wreckage from the ship was washed up by the ~, kayu-kayu dr bangkai kapal di bawa ke darat oleh air pasang; c. current, arus air pasang: the ~s on this coast are very strong, air pasang di pantai sebelah sini sangat kuat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
detachableadj pasang tanggal: ~ collar, kolar pasang tanggal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
self-assemblyadj pasang sendiri: ~ furniture, perabot pasang sendiri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
in7. (of tide) pasang: when will the tide be ~?, bila air pasang?; 8. (of crop) be brought in, dibawa masuk: the harvest was ~ before the storm began, hasil tuaian dibawa masuk sebelum ribut melanda; 9. (in cricket, baseball) have a turn to bat, (giliran) memukul: Malaysia is ~ now, giliran pasukan Malaysia memukul sekarang; 10. (of fire) burning, menyala; 11. received from a number of people, sampai, diterima: all entries to the contest must be ~ by 31 December 1989, semua borang penyertaan peraduan itu mestilah sampai selewat-lewatnya pd 31 Disember 1989;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
prefabricatevt membuat secara pasang siap: the kitchen cupboards have all been ~d in a factory, gerobok dapur itu telah dibuat secara pasang siap di sebuah kilang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
prefabn(colloq)approp n+ pasang siap: there are a lot of ~s on the construction site, terdapat banyak bangunan pasang siap di tapak pembinaan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
refitn (esp of ship) kerja-kerja pasang pulih: two of the warships are in dock for a ~, dua drpd kapal perang itu berada di limbungan utk kerja-kerja pasang pulih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pairn 1. two things of the same kind, pasang: a ~ of shoes, sepasang kasut; the insect has two ~s of wings, serangga itu mempunyai dua pasang sayap; a ~ of gloves, sepasang sarung tangan; 2. single object consisting of two parts [not translated]; (of trousers) helai: a ~ of scissors, satu gunting; a ~ of spectacles, satu cermin mata;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas