Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sir] | ڤاسير

Definisi : 1. batu yg hancur halus spt yg dilihat di pantai, gurun, dll, kersik halus: mengasingkan ~ drpd batu; 2. kawasan (timbunan) pasir (kersik halus): bermain galah panjang di ~; beting ~ gosong yg panjang; busung ~ gosong; gurun (padang) ~ kawasan luas (lapang) yg tandus dan diliputi pasir; 3. berbiji-biji (ber­butir-butir) spt rupa pasir; emas ~ emas urai, emas yg halus-halus spt pasir; gula ~ gula drpd air tebu yg berbutir-butir; 4. Mn ark laut; tepi ~ tepi laut; bersuris bagai ~, berbau bagai embacang prb kaum kerabat yg jauh tidaklah sangat kuat pd hak waris; spt ~ di tepi pantai, tatkala air timpas bolehlah dibahagikan prb hendak menyatakan kebenaran kpd orang yg berkuasa janganlah tatkala ia marah, tunggulah ketika kurang marahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sir] | ڤاسير

Definisi : ; ~ lingga sj tumbuhan (pokok), ke­runtum, pelawan todak, Tristania maingayi; rumput ~ sj tumbuhan (herba), rumput tahi babi, sembung gajah, Adenostemma lavenia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sir] | ڤاسير

Definisi : ; ikan ~ sj ikan darat, tali, Acanthopsis choirorhynchos. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sir] | ڤاسير

Definisi : 1 butir-butir batu yg halus spt yg terdapat di tepi pantai atau di dasar sungai. 2 kawasan yg dipenuhi pasir 1: Mereka bermain di ~. padang ~. 3 spt pasir 1 rupanya: gula ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasir

Puisi
 

Pakai kasut turun ke pasir,
     Datang ke pasir lalu berjalan;
Hati kusut tidak terucir,
     Ucirlah ucir darimu tuan.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.

Bermaksud :

Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).

 

Lihat selanjutnya...(18)

422

News lords, new laws

Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan.

Sekali air bah, sekali pasir berubah

''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss.

''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air bah, sekali pasir berubah,'' jawab ketuaku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
sandbagn guni pasir: ~s were placed along the river bank to prevent flooding, guni-guni pasir diletakkan di sepanjang tebing sungai itu utk menyekat air banjir;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
desert 1 adj of, pertaining to desert, gurun, padang pasir: ~ dune, bukit pasir gurun; ~ wind, angin gurun; ~ climate, iklim gurun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sandpapervt mengempelas [sst] dgn kertas pasir: the carpenter ~ed the table top, tukang kayu mengempelas permukaan meja dgn kertas pasir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sandvt 1. sprinkle sand on, /menaburkan, membubuh/ pasir pd [sst], /menaburi, membubuhi/ [sst] dgn pasir;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sandbagvt place sandbags upon or against, meletakkan guni pasir di: the soldiers were ~ging the tops of the trenches, askar-askar itu meletakkan guni-guni pasir di bahagian atas kubu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sand-blastvt approp v + dgn bagas pasir: the outer walls of the museum were ~ed to remove the layers of grime, dinding-dinding luar muzium itu dibersihkan dgn bagas pasir utk menanggalkan lapisan kotoran.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sandn 1. fine gritty grains of rock, pasir: concrete is made by mixing certain measures of cement, ~ and water, konkrit dibuat dgn mencampurkan simen, pasir dan air mengikut sukatan tertentu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gritn 1. (small pieces of stone) batu halus; (sand particles) pasir; (tech) kersik, grit: ~ got into his eye, pasir masuk dlm matanya; ~ was spread on the road to make it less slippery, grit ditaburkan di atas jalan supaya jalan itu tdk berapa licin; 2. pluck, determination, /ketabahan, kecekalan/ hati, /tabah, cekal/ hati: he showed he was a player with plenty of ~, dia menunjukkan bahawa dia pemain yg amat tabah hati;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
quicksandn pasir jerlus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
greensandn pasir hijau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas