Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.tah] | ڤاته

Definisi : 1. putus (bkn barang yg keras dan panjang), tidak bertaut atau bercantum kuat­kuat lagi: penselnya sudah ~; 2. ki tidak dapat diteruskan (dilanjutkan) lagi; pelajaran saya ~ di tengah jalan tidak tamat, terhenti; 3. penjodoh bilangan utk kata (perkataan): beberapa ~ kata; se~ dua kata satu atau dua patah kata, sedikit perkataan; ~ arang putus langsung, tidak boleh berbaik kembali (perselisihan); ~ balik berbalik, ber­tukar arah hingga berlawanan dgn yg semula; ~ batu (hatinya) tidak mahu berusaha lagi; ~ celana Id lipatan pd seluar; ~ hati a) tawar hati, hilang keberanian (kemahuan); b) = ~ lesu putus harapan, kecewa (dlm percintaan dll); ~ jetam Kl penyakit pecah-pecah kulit pd kaki; ~ kaki tidak dapat berbuat apa-apa (kerana tidak ada penolong yg boleh diharap); ~ lagu gentar atau putus-putus suara (apabila menyanyi); ~ lidah tidak dapat berkata (dgn lancar), tidak dapat menjawab; ~ mayang ikal atau mengombak (rambut); ~ nafsu (selera) hilang nafsu (selera) makan; ~ perang kalah perang; ~ pucuk tidak habis atau selesai (pekerjaan dll); ~ riuk patah yg teruk (tulang); ~ said renyuk, tidak licin (baju, seluar); ~ semangat hilang keberanian atau kemahuan (utk berusaha dll), tawar hati; ~ siku a) sudut siku-siku; b) tidak dapat menolak (membantah dll) lagi, menurut sahaja (kerana kasihan, terhutang budi, dll); ~ tulang a) patah tulang­nya; b) tidak dapat menolak lagi (permintaan dll); ~ dahan tempat bernaung, ~ lantai tempat berpijak prb tidak ada lagi (habis langsung) tempat meminta pertolongan dll; ~ kepala bertongkat paruh, ~ paruh bertelekan = ~ tongkat berjeremang prb tidak putus harapan, terus berikhtiar (bekerja); ~ lidah alamat kalah, ~ keris alamat mati prb tidak pandai membela sesuatu perkara tanda kalahlah; ~ tumbuh hilang berganti prb seseorang ketua dll yg mati (pergi) yg lain ada gantinya; siapa melalah siapa ~ prb siapa yg berhajat sangat, dialah yg datang meminta (peminangan); sudah ~ yg bertaji prb Mn kalau kematian bapa (mamak) yg berharta (disegani) susahlah kaum keluarganya yg tinggal; tiada ~ yg tak tempang prb tiap-tiap kecelakaan (perselisihan) tetap meninggalkan bekas (perasaan) yg tidak baik; sepatah satu patah; ~ kata a) suku kata (perkataan); b) kata pendahuluan (peng­antar); berpatah bertukar haluan (arah): dia ~ mahu pergi; ~ balik berbalik, bertukar arah yg ber­tentangan dgn yg semula; ~ arang berputus langsung hubungan (kerana perselisihan dsb); ~ hati berasa patah hati (kecewa dll); mematah 1. menukar haluan (arah): kemudian ia ~ masuk ke sebuah lorong; ~ balik menukar haluan ke arah tempat datangnya; ~ selekoh menukar arah mengikuti selekoh; 2. Pi tidak dapat berjalan, lemah: kenapa pula itik itu ~ sangat; mematah-matah; ~ jari melipat-lipat atau menarik-narik jari hingga berbunyi; mematahkan 1. menjadikan (menyebab­kan) patah: ~ batang besi; 2. ki menjadikan (menyebabkan) tidak berlanjutan dll, menggagalkan (mengecewakan, mengalahkan, dll): ~ cita-cita; ~ serangan lawan; ~ haluan mengalih (menukar) haluan; mematah-matahkan mematahkan sesuatu beberapa kali atau banyak kali: mereka ~ ranting kayu utk dibuat kayu api; patah-mematahkan ki saling mengalah­kan; terpatah telah (sudah) patah: tujuh bilah lantai ~, tujuh mengkawan atap ~; patahan sesuatu yg patah; pematahan perbuatan mematahkan; pematah 1. pepatah, bidalan; 2. sesuatu yg dipakai utk mematahkan; (doa, mantera) ~ lidah mantera utk membuat orang tidak boleh berkata-kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tah] | ڤاته

Definisi : ; ~ kemudi sj tumbuhan (herba yg boleh dibuat ubat); (kayu) ~ tulang sj tum­buhan (pokok kecil), kayu urip, tulang-tulang, Euphorbia tirucalli; rumput ~ pisau sj tumbuhan (rumput), rumput bakau (batu, macap, meresek), Daemonorhops leptopus; rumput ~ siku sj tumbuhan (rumput), rumput katik belalang (tulang sentadu), Paspalum orbiculare. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tah] | ڤاته

Definisi : 1 putus atau hampir putus kerana kekerasan (bukan kerana dipotong); tidak bertaut atau tidak bercantum lagi: Lengan kiri Amir telah ~ kerana terjatuh dr pokok jambu. 2 penjodoh bilangan utk perkataan atau kata: Dia tidak berkata se~ pun. ~ hati a. hilang keberanian. b. tidak mahu berusaha lagi; kecewa. ~ lidah tidak dpt berkata-kata atau tidak dpt menjawab. ~ perang kalah perang. ~ riuk patah tulang yg teruk. berpatah bertukar atau berubah dr arah yg dituju: Penyu pun terus ~ balik dan menghantar kera itu pulang. mematahkan 1 membuat atau menyebabkan patah: ~ ranting kayu. 2 menjadikan tidak berlanjutan (bkn serangan dll); menggagalkan; mengalahkan: Brooke telah ditawari jawatan gabenor jika dia berjaya ~ pemberontakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patah (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sekah: serkah, pukah, ripuk, kopak, sempal, jahanam,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terhenti, tergencat, terencat, tergendala, terhalang, terbantut, terbengkalai, terkandas,

Kata Terbitan : berpatah, mematahkan, pematahan, pematah,

Puisi
 

Kalau bergelang jangan patah,
     Kalau patah dalam perahu;
Hati adik tidak berbelah,
     Orang tidak mahu manalah tahu.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Patah tongkat berjermang (= bertelekan).

Bermaksud :

Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, c. Patah sayap bertongkat paruh). jermang = kayu pendek untuk menopang perahu.

 

Lihat selanjutnya...(59)

390

Misfortunes never come singly

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Antan patah lesung hilang.

It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, antan patah lesung hilang. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
break~ st off, a. snap st off, mematahkan sst; ( with non-human agent <./i>) menyebabkan sst patah, sst patah: he broke off a piece of chalk and gave it to the child, dia mematahkan sebatang kapur dan memberikannya kpd kanak-kanak itu; the wind broke off several branches, beberapa dahan patah ditiup angin; b. sever st, memutuskan sst: they broke off their engagement, mereka sudah memutuskan pertunangan mereka; b Bolivia has broken off relations with a neighbouring country, Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lovelornadj patah hati, kecewa: the ~ young man decided to remain single, orang muda yg patah hati itu memutuskan utk terus membujang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heart-brokenadj /patah, hancur, remuk/ hati: she was ~ when he left her, dia patah hati setelah lelaki itu meninggalkannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fracturevt patah; (skull), (menyebabkan) retak: he ~d his leg in the fall, kakinya patah semasa jatuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shearvi also ~ off, patah: the bolt has ~ed off, bolt itu telah patah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breakc. suddenly start doing st, (tiba-tiba) mula + approp v: the horse broke into a fast trot, kuda itu mula berlari dgn kencang; the comedian broke into a dance, pelawak itu mula menari; his face broke into a smile, dia mula tersenyum; ~ into tears, mula menangis; ~ /into, to / pieces, a. shatter, pecah /berkecai, bersepai/; b. snap, menjadi patah-patah; ~ st into pieces, a. shatter st memecahkan sst hingga /berkecai(-kecai), bersepai(-sepai)/; ( with repeated blows ) memecah-mecahkan sst; b. snap st, mematah-matahkan sst; ~ into / two, three, etc /, /pecah, patah/ /dua, tiga, dll/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unbowed2. (fig.) tdk patah: despite his failure, his spirits remained ~, meskipun dia gagal, semangatnya tetap tdk patah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
break~ off, a. snap off, patah: the branch broke off and fell to the ground, dahan itu patah dan jatuh ke tanah; b. stop abruptly , ( deliberately ) berhenti (dgn tiba-tiba); ( involuntarily ) terhenti: let’s ~ off now and take a rest, mari kita berhenti sekarang dan berehat; the lecturer broke off to admonish some students in the back row, pensyarah itu berhenti dgn tiba-tiba utk menegur beberapa orang penuntut di barisan belakang; he broke off in the middle of a sentence when the door opened, dia terhenti di tengah-tengah percakapannya ketika pintu terbuka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fracturen (of bone), (tulang yg, bahagian yg) patah, fraktur; (of skull) retak, fraktur; (of pipe etc) rekah; (of rock) retak: he has a ~ of the rib, tulang rusuknya patah; one of the ~s hasn’t healed, salah satu drpd tulang yg patah itu belum pulih lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fracturevi (of bone) patah; (of pipe) merekah; (of rock) meretak: old people’s bones ~ easily, tulang orang tua mudah patah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910

Kembali ke atas