Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.yuh] | ڤڠايوه

Definisi : 1. = kayuh alat utk mengayuh (perahu dsb) yg berdaun satu, dayung; 2. = kayuh alat utk menggerakkan basikal atau beca, rakap, pedal, injak-injak; 3. orang yg mengayuh: dr jauh datang sebuah beca dgn ~nya yg lesu; apa digaduhkan, ~ sama di tangan, perahu sama di air prb a) jika kedua-dua sama hajat­nya, haruslah diperjuangkan terus supaya tentu siapa yg mendapat; b) janganlah gentar melawan orang yg setara dgn kita kerana nasib kita di tangan Allah; engkau belum mencapai ~, aku telah sampai ke seberang prb orang yg bijaksana dapat segera menge­tahui maksudnya atau dalam dangkal penge­tahuannya drpd cakap atau gerak-geri seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.yuh] | ڤڠايوه

Definisi : 1 kayuh; dayung; pedal. 2 orang yg mengayuh basikal (beca dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.nga.yuh] | ڤڠايوه

Definisi : 1 alat yg diberi berdaun hujungnya dan digunakan utk menggerakkan perahu (sampan dll); dayung. 2 pedal basikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kayuh
Kata Terbitan : berkayuh, mengayuh, pengayuh,

Puisi
 

Kecil-kecil pengayuh lidi,
     Mari sampai hutan seberang;
Kecil-kecil hendak berbini,
     Apa belanja kulit kerang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Pengayuh sama di tangan,
     perahu sama di air.

Bermaksud :

Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya.

 

Lihat selanjutnya...(15)

66

Make bricks without straw

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

Sampan ada pengayuh tidak

We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without

Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan sampan ada pengayuh tidak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
pedal n injak-injak, kayuh, pengayuh, rakap, pedal; ( of piano, organ ) pedal: his foot slipped on the ~ and the bicycle wobbled , kakinya terlepas drpd pengayuh dan basikalnya terhoyong-hayang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rowern /pengayuh, pendayung/ perahu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
oarsmann pendayung, pengayuh (perahu).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
canoeistn /pendayung, pengayuh/ /kanu, jalur/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bowman2n pengayuh, pendayungKamus Inggeris-Melayu Dewan
oarn long pole used to propel boat, dayung, pengayuh (perahu, sampan, as appropriate); /get, put, shove, etc/ o’s ~ in, (colloq) meddle, masuk campur: she’s always putting her ~ in, dia suka masuk campur; rest on o’s ~s, berehat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stroke b. (rowing) dayungan: the boat, propelled by the long even ~s of the crew, moved quickly down the river, perahu yg digerakkan oleh dayungan pengayuh yg tetap dan sama itu, bergerak dgn cepat menghilir sungai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boatsmann 1. one who hires out his boat (s) /tuan punya, pemilik/ /perahu, sampan, bot, dsb/; 2. one who rows a boat for a fee, /pendayung, pengayuh/ perahu; 3. one who sails a boat for a fee, jurulayar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas