Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.tu.ran]/[per.a.tu.ran] | ڤراتورن

Definisi : 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipa­tuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kera­jaan peraturan (ketentuan, garis pan­duan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.tu.ran]/[per.a.tu.ran] | ڤراتورن

Definisi : segala yg telah ditentukan dan mesti diturut: Apabila kita memandu sebarang jenis kenderaan, kita hendaklah mematuhi ~ lalu lintas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peraturan

Peribahasa

Zaman beralih,
     musim bertukar.

Bermaksud :

Segala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman.

 

Lihat selanjutnya...(8)

116

So many countries, so many customs

Lain negeri, lain pula cara, peraturan dan adat resam.

Lain padang, lain belalang.

So many countries, so many customs. What is considered a friendly gesture in one country may be seen as impudent in a another. So, be careful.

Lain padang, lain belalang. Sesuatu yang dianggap sebagai tanda persahabatan di sebuah negara mungkin dianggap biadap di negara lain. Jadi, berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
statute 2. formal rule made by a corporation, institution, etc, peraturan: the ~s of the Foundation, peraturan-peraturan Yayasan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
impetusn 1. dorongan: these new regulations gave ~ to rural industries, peraturan-peraturan baru ini memberi dorongan pd industri luar bandar; 2. (phys) daya pendorong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gazetten (US) warta: the regulations take effect from the date of notification in the Government G~, peraturan-peraturan itu berkuat kuasa dr tarikh pemberitahuan dlm Warta Kerajaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
set7. fix, determine, menetapkan, menentukan:the rules that he ~ have not always been adhered to, peraturan-peraturan yg ditentukannya tdk selalu dipatuhi; have they ~ a date for the wedding?, sudahkah mereka menetapkan tarikh perkahwinan?; bail was ~ at $5,000, wang jaminan telah ditetapkan sebanyak $5,000;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
palliative 2. st that mitigates, meringankan + approp n: the administration’s new rules are merely ~s, peraturan-peraturan baru pihak pentadbiran itu semata-mata utk meringankan masalah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
explainvi & vt menerangkan, menjelaskan: the teacher ~ed the school rules to the new students, guru itu menerangkan peraturan-peraturan sekolah kpd murid-murid baru; please ~ to me what this notice means, tolong terangkan kpd saya apa maksud kenyataan ini; let me ~ how it happened, biar saya jelaskan bagaimana hal itu berlaku; that ~s her strange behaviour, itu menerangkan mengapa dia berkelakuan ganjil;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ground rulen peraturan asas: before you come to the negotiating table, you must be sure of the ~s, sebelum kamu ke meja perundingan, kamu harus pasti ttg peraturan-peraturan asas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spell 1 b. (fig.) menjelaskan sst: the orders ~ out exactly what he should do on the job, peraturan-peraturan itu menjelaskan apa yg patut dibuatnya utk kerja itu; the report ~s out all the reasons for the change, laporan itu menjelaskan kesemua sebab bagi perubahan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
supine 2. (fig. & derog) apathetic, spiritless, mengalah saja: her ~ acceptance of such harsh regulations riles me, sikapnya yg mengalah saja thdp peraturan-peraturan yg begitu keras menjengkelkan saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
operationcome into ~, (of law, regulation, etc) berkuat kuasa, dikuatkuasakan; (of plan, system, syllabus, etc) dilaksanakan: the new regulations came into ~ immediately, peraturan-peraturan baru itu dikuatkuasakan dgn serta-merta; be in ~, a. (of machine) beroperasi; b. (of plan, system, etc) dilaksanakan: the new system is already in ~, sistem baru itu sudah dilaksanakan; put st into ~, (law, regulation, etc) menguatkuasakan; (plan, system, etc) melaksanakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas