Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berbagai-bagai bekas utk memasak (periuk, belanga, kuali, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berbagai-bagai jenis bekas utk memasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata periuk belanga

Puisi
 

Jerang periuk jerang belanga,
     Sama berjerang keduanya;
Sudah terjenguk jandaku lama,
     Sama tercengang keduanya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Periuk mengumpat belanga.

Bermaksud :

Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Kuali mengatakan belanga hitam).

 

Lihat selanjutnya...(7)

478

When the wolf comes in at the door, love creeps out of the window

Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.

Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.

She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!

Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
pot 1~s and pans, periuk belanga; go to ~, (colloq) a. (of garden, house, etc), (menjadi) terbiar: the once-beautiful garden has now gone to ~, taman yg pd suatu masa dulu indah, sekarang telah terbiar; b. (of business, company, etc), (menjadi) hancur: his business went to ~ under his son’s management, perniagaannya hancur di bawah pengurusan anak lelakinya; take a ~ at, (colloq) menembak: Ali took a ~ at the pigeon but missed, Ali menembak burung merpati itu tetapi tdk kena;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scrub 1 ~ out, menyental: the maid ~bed out the pots and pans, orang gaji itu menyental periuk belanga;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
higgledy-piggledyadj & adv lintang-pukang: the pots and pans were all piled up in a ~ fashion, periuk belanga dilonggokkan dgn cara yg lintang-pukang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pan 1 n 1. wide low-rimmed cooking vessel with long handle, kuali (leper); pots and ~s, periuk belanga; 2. contents of such a vessel, kuali (leper): a ~ of hot sauce, satu kuali sos panas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scrape2. clean a surface in this way, menyental: she ~d the pots and pans and stacked them on the rack, dia menyental periuk belanga itu dan menyusunnya di rak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
andconj 1. as well as, in addition to, dan; (with words that come in pairs), [often not translated]: cats ~ dogs, kucing dan anjing; Malik ~ his friends, Malik dan kawan-kawannya; he punched ~ kicked me, dia menumbuk dan menendang saya; day ~ night, siang malam; rich ~ poor, miskin kaya or kaya miskin; up ~ down, naik turun; pots ~ pans, periuk belanga; 2. (linking numbers), [not translated]: two hundred ~ twelve, dua ratus dua belas; four ~ twenty blackbirds, dua puluh empat ekor burung hitam; one ~ a half hours, satu jam setengah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pot 1n 1. round, deep container, a. (used for cooking) (made of metal) periuk; (made of clay) belanga; b. (with handle and spout for making tea, coffee, etc) teko(an); c.(for growing plants) pasu (bunga); d. (for jam etc) botol; 2. amount of, potful, [equivalent based on type of container]: a big ~ of soup, seperiuk besar sup; half a ~ of coffee, setengah teko kopi; they finished a whole ~ of honey, mereka menghabiskan sebotol penuh madu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas