Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[puas] | ڤواس

Definisi : 1. berasa senang (kenyang, lega, dll) ke­rana sudah mendapat secukup-cukupnya: sesudah sepinggan penuh ~lah ia; 2. berasa senang kerana sudah terpenuh hasrat hati: rakyat berasa ~ dgn apa yg dilaksanakan oleh kerajaan; 3. lebih drpd cukup, sudah tidak ingin lagi, bosan, jemu: ~ dia mencari kerja tetapi masih belum dapat-dapat juga; ~ hati berpuas hati; ~ lelas puas sungguh­-sungguh; puas-puas hingga puas (jemu): Sharifah Barlian meneliti susuk tubuh tukang kebun itu ~; belum ~ belum jemu-jemu; tidak ~-~nya tidak jemu-jemunya; sepuas-puas; ~ hati = ~nya hingga puas (kenyang dll), hingga jemu (tidak mahu lagi): budak itu diciumnya ~ hati; biarlah mereka mengatakan hal kita ~nya; berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll); memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hing­ga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~; ~ dahaga (haus) minum hingga hilang daha­ga; ~ dendam membalas dendam; ~ hawa nafsu mengikut hawa nafsu supaya puas hati­nya; ~ selera dapat memenuhi kemahuan seleranya; kepuasan perihal puas, kelegaan, kenikmatan, kesenangan: mencari ~ dan ketenteraman jiwa; ketidakpuasan perihal tidak puas, perasaan tidak puas hati; pemuasan perihal memuaskan: ~ nafsu; pemuas (sesuatu dsb) yg memuaskan: ~ nafsu seks lelaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[puas] | ڤواس

Definisi : 1 lega, senang, kenyang, gembira dll kerana sudah merasai secukup-cukupnya atau sudah memperoleh apa-apa yg dihajati: Sesudah minum tiga gelas, barulah ia ~. Dia tidak akan ~ selagi tidak mendapat ijazah. 2 sudah lebih drpd cukup; tidak ingin lagi; jemu: ~ saya mencari kerja, tidak juga berjaya. berpuas berasa puas: Mereka tidak ~ hati dgn cara pelantikan itu. memuaskan menjadikan puas; memberi dll hingga puas; menyenangkan; melegakan: Keputusan hakim itu ~ kedua-dua belah pihak. Hasil padi tahun ini ~ juga. ~ dahaga minum sehingga hilang rasa dahaga. ~ dendam membalas dendam. ~ hawa nafsu menurut kemahuan nafsu supaya puas hati. kepuasan hal atau keadaan puas. pemuasan perbuatan atau hal memuaskan. pemuas yg memuaskan. sepuas-puas sehingga puas: Kami pergi ke sebuah anak sungai yg jernih airnya lalu minum ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puas (adjektif)
1. Bersinonim dengan senang hati: lega, selesa, bahagia, sejahtera, seronok, tenang, tenteram, kenyang, cukup, pada, jelira, marem,

2. Bersinonim dengan jemu: bosan, jelak, jenuh, cemus, muak, lugu, majal, pasai,

Kata Terbitan : berpuas hati, memuaskan, kepuasan,

Puisi
 

Hendak memakan buah cermai,
     Makan bersama jambu susu;
Puas ombak melanda pantai,
     Mengapa pantai tak ambil tahu?


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Lengkuas di tepi kandang,
     tekak (= tegak) puas badan menyandang.

Bermaksud :

Tiap-tiap yang salah haruslah menerima hukuman yang setimpal.

 

Lihat selanjutnya...(8)

411

The more you have, the more you want

Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.

Nafsu tidak bertepi

I told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you have, the more you want. Now, I think that amount is not enough.

Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi nafsu tidak bertepi. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
insatiableadj tdk pernah puas; (of person) tdk pernah puas, tdk puas-puas + approp v: his appetite seems ~, nafsu makannya tdk pernah puas; an ~ desire for fame and glory, keinginan yg tdk pernah puas utk mendapat kemasyhuran dan kegemilangan; ~ curiosity, rasa ingin tahu yg tdk pernah puas; the children were ~, budak-budak itu tdk puas-puas bertanya; ~ of, sangat tamak akan: people who are ~ of wealth, manusia yg sangat tamak akan kekayaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
insatiateadj (fml) tdk pernah puas; (of person) tdk pernah puas, tdk puas-puas + approp v: ~ desire for knowledge, keinginan yg tdk pernah puas utk mencari ilmu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
good11. thorough, complete, betul-betul; (of cry, laugh) sepuas-puasnya, puas-puas; (of beating, thrashing), (dgn) teruk: he took ~ care not to offend anyone, dia memastikan betul-betul bahawa dia tdk menyinggung perasaan sesiapa pun; take a ~ look at the picture, lihat lukisan itu betul-betul; after he left, we had a ~ laugh, selepas dia pergi kami ketawa sepuas-puasnya; the home team suffered a ~ beating, pasukan tuan rumah kalah teruk; take ~ care of /so., st/, menjaga /sso, sst/ /baik-baik, elok-elok,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
weepn; have a ~, menangis: the girls had a good ~ on receiving their exam results, budak-budak perempuan itu menangis puas-puas semasa menerima keputusan peperiksaan mereka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
self-satisfactionn (rasa) puas dgn diri sendiri, puas diri: he was a pompous man, full of ~, dia seorang yg angkuh, terlalu puas dgn diri sendiri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
complacentadj (usu derog) berpuas hati, berasa puas hati; (of smile) puas: after working for five years, he became ~ about his accomplishments, selepas lima tahun bekerja, dia berasa puas hati dgn pencapaiannya; a ~ smile, senyum puas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unsatisfiedadj tdk puas hati: an ~ customer, pelanggan yg tdk puas hati; I was very ~ with the job you did, saya sangat tdk puas hati dgn kerja yg kamu buat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gratifiedadj puas: a ~ smile, senyuman puas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
contentmentn (rasa) puas hati: he smiled with ~, dia tersenyum puas hati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
malcontentadj tdk puas hati: the ~ student body, persatuan pelajar yg tdk puas hati itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas