Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.ka] | ريک

Definisi : (réka) 1. = reka-reka ark aturan, tin­dakan: mengambil ~ utk menyelamatkan dirinya; 2. = rekaan (sesuatu) yg dibuat-buat (diada-adakan, diakal-akalkan), buat-buat karangan: kita tumpukan perhatian kita pd sebuah keluarga Jepun rekaan kita; cerita seumpama ini adalah semata-mata rekaan; 3. daya upaya (tipu muslihat), akal ikhtiar: ia seorang yg banyak ~nya; ~ letak susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pd iklan atau halaman buku, surat khabar, dll; mereka, mereka-reka 1. menyusun (me­masang, mengatur, mengarang) baik-baik: perlembagaan itu telah direka oleh orang yg bijak pandai; sedikit sekali pengarang kita yg dapat ~ cerita-cerita yg bermutu tinggi; siapa tahu kalau cerita itu direka-reka; 2. mencari akal (daya, upaya, ikhtiar): sepanjang minggu, ia mereka-reka ke­putus­an yg akan diambilnya nanti; 3. me­mikirkan (sesuatu), merancang, merencana­­kan: seorang ahli sains telah ~ sepasang jangka suhu; dia ~ jawaban yg akan diberikan esok; 4. membayangkan (dlm angan-angan), mencita-citakan: ia mereka-reka siapa yg patut men­jadi suaminya; 5. menduga, mengagak-agak­kan, mengira-ngirakan: tidak ada orang yg ~ bahawa ia akan terpilih sbg wakil rakyat; rekaan, reka-rekaan 1. karangan (khayal), cerita karangan: cerita ini semata-mata ~; 2. buatan, ciptaan: reka-rekaan baharu yg dicipta oleh ahli-ahli sains; ~ bunga ciptaan bunga; 3. angan-angan, fantasi, rancangan; 4. kira-kiraan, perkiraan, perhitungan; perekaan perbuatan mereka: ~ mesingan menyebabkan perang menjadi perkara yg usang; pereka orang yg mereka (mereka-reka). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.ka] | ريک

Definisi : /réka/ 1 = rekaan sesuatu (spt cerita dll) yg dibuat-buat atau yg diada-adakan; karangan: cerita ~. 2 daya upaya; tipu muslihat; akal ikhtiar: Dia itu banyak ~nya. mereka 1 menyusun (mengatur, mengarang) baik-baik: Tidak banyak pengarang yg pandai ~ cerita yg menaikkan semangat. 2 memikir-mikirkan sesuatu; membayangkan dlm fikiran; mencari akal; mencari ikhtiar: Dia ~-reka perkara yg akan dilakukannya utk hidup berdikari. 3 memikir-mikirkan dan mencipta sesuatu: Thomas Elva Edison yg mula-mula ~ lampu elektrik. rekaan 1 sesuatu yg direka: Cerita ini ~ semata-mata. 2 hasil drpd mereka; ciptaan; buatan: bulan ~. 3 apa-apa yg difikir-fikirkan. perekaan perbuatan atau hal mereka (sesuatu). pereka orang yg mereka: ~ kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reka
Kata Terbitan : mereka, mereka-reka, rekaan, pereka,

Peribahasa

315

A liar is not believed when he tells the truth

Orang yang sudah biasa berbohong akan disangsikan kebenaran katanya.

Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya?

Please don't make up stories because a liar is not believed when he tells the truth. You have only yourself to blame if your genuine pleas for help go unheeded someday.

Janganlah awak mereka-reka cerita kerana orang akan beranggapan kayu bengkok, masakan lurus bayangannya. Jangan awak menyalahkan orang lain pula jika rayuan minta tolong awak itu, meskipun betul, tidak diendahkan kelak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
designn 1. (gen) reka bentuk: dress ~, reka bentuk pakaian; a machine of faulty ~, jentera yg cacat reka bentuknya; the building lacks ~, reka bentuk bangunan itu tdk memuaskan; graphic ~, reka bentuk grafik; industrial ~, reka bentuk perusahaan; 2. pattern, corak: a piece of material with a ~ of roses, sehelai kain yg mempunyai corak bunga ros; 3. the art of designing, seni reka bentuk: a course in graphic ~, kursus seni reka bentuk grafik; 4. intention, tujuan, maksud: his ~ to defraud the company was forestalled, tujuannya utk menipu syarikat itu dipintas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
comparevi be worthy of comparison, se + approp adj: how do our designs ~ with those of our competitor?, adakah reka bentuk kami sebaik reka bentuk pesaing kami?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
designingn seni reka bentuk: he has always been interested in ~, dia sentiasa berminat dlm seni reka bentuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dream~ st up, (colloq & derog) mereka-reka sst: he is always ~ing up some wild scheme, dia selalu sahaja mereka-reka rancangan yg gila-gila.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
layoutn susun atur; (publishing) reka letak: the whole ~ of the garden is attractive, susun atur keseluruhan taman itu menarik; the sub-editor sent the ~ of the leader to the printer, penolong editor menghantar reka letak halaman lidah pengarang kpd pencetak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
layoutn susun atur; (publishing) reka letak: the whole ~ of the garden is attractive, susun atur keseluruhan taman itu menarik; the sub-editor sent the ~ of the leader to the printer, penolong editor menghantar reka letak halaman lidah pengarang kpd pencetak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tell~ tales, a. inform against, mengadu: she is always ~ing tales about her sister, dia selalu mengadu ttg adiknya; b. tell lies, mereka-reka cerita: she loves ~ing tales, dia suka mereka-reka cerita;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fakevt also ~ up, a. counterfeit, memalsukan: he ~d a van Gogh, dia memalsukan karya van Gogh; 2. invent, mereka-reka: the witness ~d up the whole story, saksi itu mereka-reka seluruh cerita itu; 3. feign, simulate, buat-buat, berpura-pura; she ~d a headache and excused herself from the meeting, dia buat-buat pening kepala dan meminta keluar drpd mesyuarat; he ~d his own kidnapping, dia buat-buat kena culik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inherentterdapat dlm reka bentuk itu; the power ~ in the office of President, kuasa yg ada pd Presiden; ~ approp n in st, approp n yg /terdapat, wujud/ dlm: the ~ problems in these systems, masalah-masalah yg wujud dlm sistem-sistem ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
choreographyn reka tari, koreografi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas